Pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan seorang pengacara yang terkenal dan sering menjadi perhatian peminat.
Terbaru, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor ada berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Twitter.
Pengunaan media sosial yang semakin memainkan peranan yang besar dalam kehidupan, Neelofa kini sudah memiliki imej Graphic Interchange Format atau lebih dikenali sebagai ‘GIF’ sendiri.
Ads
“Check out these new GIFs on Instagram featuring yours truly,” tulisnya.
Pengacara dan hos televisyen senior, Datuk Aznil Nawawi atau lebih sinonim disapa Pak Nil menerusi Instagram yang dikemas kini ada berkongsi beberapa foto memorinya sepanjang kerjaya.
Foto yang merakamkan dirinya naik ke pentas untuk menerima anugerah nyata memberi 1001 memori buat bintang berusia 57 tahun itu.
“Buruk atau Baik itu masa lampau kita.
Selagi Allah beri kesempatan bernafas, bermakna Allah beri kesempatan untuk kita jadi lebih baik.
“Terima kasih pada masa lalu kerana meletakkan di mana saya kini #30TahunPaknil 1990-2020 sbg host tv,” tulisnya penuh makna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji skil pengacaraan Pak Nil selain ada yang berkongsi kisah masing-masing.
Pak Nil sebelum ini cukup dekat menerusi beberapa program misalnya Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Macam-Macam Aznil, Mikrofon Impian, Jangan Lupa Lirik dan banyak lagi.
Foto : Instagram Pak Nil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sejujurnya ibu Puteri pernah DM saya, tetapi waktu itu saya tidak perasan.” Itu perkongsian usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkesempatan bertemu secara empat mata dengan Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Pertemuan berkenaan diadakan di kediaman mewah penyanyi Abang Nak Tegur itu di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.
Terkesan dengan keperitan hidup mereka yang kini tular, Aliff Syukri berkongsi rasa di IG TV miliknya.
“Abang sedih dengan apa yang berlaku dan abang tak nak salahkan sesiapa. Abang percaya berat lagi mata Memandang berat lagi bahu yang memikulnya, abang cuba bantu yang mana yang termampu.
”Cuba korang komen kat bawah apa patut abang lakukan lagi untuk mengubati sakit Puteri?
”Abang begitu sedih kalau nak tahu kisah selanjutnya korang pergi sahaja dekat YouTube TV Telajak laris abang dah posting di sana,” antara kata yang ditulis Aliff di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Aliff turut mendedahkan ibu kepada bintang muda itu pernah menghubunginya lebih tiga tahun lalu bagi bertanya andai ada kekosongan kerja.
“Yang buka teks itu pembantu saya. Katanya, ada tak job yang boleh saya buat kerja. Sedih saya dengar ceritanya ini. Saya minta maaflah ya,” pinta Aliff.
“Waktu itu keadaan Puteri dalam keadaan yang sangat teruk,” jelas Norashikin.
Terdahulu, kisah hidup pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014 di Anugerah Televisyen Asia itu bersama ibunya, mendapat perhatian apabila kisah mereka disiarkan dalam Bersamamu di TV3, Ahad lalu.
Berikutan kesempitan hidup, mereka mulai menjual buku puisi nukilan Balqis, 38 Poems Of Puteri Balqis.
Perkongsian penuhnya boleh ditonton menerusi saluran YouTube usahawan berkenaan dan hingga kini, IG TV terbabit sudah pun mendapat tontonan lebih 200,000 kali.
Beberapa hari lalu, ada peminat yang terkejut dengan sekeping foto yang merakamkan pelakon, Eyra Hazali terlantar di katil hospital sebagaimana yang dikongsikan menerusi kemas kini Instagram peminat mereka.
Terdahulu, pasangan muda ini mendirikan rumah tangga kira-kira lebih dua bulan lalu.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.