Pasangan raja sehari, Isa Khan dan isterinya Risteena bersyukur akhirnya mereka selamat disatukan sebagai suami isteri dan majlis akad nikah berjalan sempurna pada pagi Jumaat.

Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata, majlis akad nikah yang diadakan   Masjid Tunku Sultan Mizan Abidin, Putrajaya itu hanya dihadiri kira-kira 15 tetamu iaitu ahli keluarga sahaja.

“Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar! “Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar!

Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia juga memberikan wang hantaran kepada Risteena berjumlah RM32,000 sebagai simbolik usia isteri tercinta.

“Alhamdulillah… akhirnya kami selamat diijab kalbulkan pada pagi tadi di Masjid, Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi. Ikutkan perancangan kami memang nak bernikah pada tahun lalu tapi PKP pula. Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

“Acara akad nikah tadi pun mengikut SOP dan hanya 15 orang sahaja tetamu iaitu ahli keluarga. Untuk kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantar RM32,000.

“Ikutkan kita nak buat majlis tahun lepas, ketika itu Risteena berusia 32 tahun jadi jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usianya. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga, saya tunaikanlah janji,” kata Isa.

IKLAN

Sementara itu, Risteena yang setia di samping suami mengakui masih belum percaya sudah bergelar isteri orang.

“Sampai sekarang, masih tidak percaya. Malah saya cakap dengan Isa, kita dah berkahwinlah. Kiranya ini aturan Allah sebab selama ini menantikan bila tarikh sebenar, rupanya inilah masanya.

“Bila sampai ke masjid untuk dinikahkan, ya Allah … berdebar. Sampai saya cakap kata keluarga adakah perasaan ini normal? Bila semuanya sudah selesai, saya makin lega alhamdulillah,” dedah Risteena.

“Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar! “Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar! “Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar!

Pasangan selebriti ini ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama rakan media dan keluarga terdekat di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur malam tadi yang turut berlangsung dalam norma baharu.

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin dan pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin bernilai RM1,000.

Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.

“Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar! “Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar! “Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar!

Mereka sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.

IKLAN

Bercakap mengenai soal cahaya mata, pasangan sama cantik sama padan ini tidak menolak rezeki andai dikurniakan zuriat awal.

“Perancangan cahaya mata… kitaorang kalau boleh terus nak ada anak. Kalau ada rezeki, insyaAllah. Kalau boleh nak dua tiga orang anak. Kembarlah… ,” seloroh Isa yang turut mengakui dia dan Ristenna cukup sukakan kanak-kanak.

“Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar! “Sampai Masjid Untuk Dinikahkan, Ya Allah Berdebar,” – Wang Hantaran Risteena RM32,000, Isa Khan Rancang 2 Atau 3 Orang Anak, Kalau Boleh Kembar!

Mereka pada masa sama tidak menolak andai digandingkan bersama di dalam mana-mana naskhah drama selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Foto: Instagram Risteena

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI