Finalis Dewi Remaja, Haneesya Hanee sering kali terpalit dengan kisah melibatkan kritikan sesetengah netizen berkaitan dengan warna kulitnya.

Kisahnya baru-baru ini, dia yang mesra dipanggil Hanee ada menyuarakan isu berkenaan di laman Twitternya apabila dituduh sering menggunakan isu warna kulit bagi menarik perhatian umum.

Dia bagaimanapun menafikan hal tersebut dan memperjelaskan sebab dia berbuat demikian.

“Pertama sekali, Hanee bukan lah seorang yang cepat melatah. Jujur nak kata, setiap hari mesti dapat DM orang kutuk-kutuk, hina Hanee, tapi Hanee okay je.

“Tapi bila mereka start kutuk mak Hanee perkara sama sampai mak Hanee menangis dan migran, bagi Hanee itu dah melampau.

“Hanee post bukan sebab nak minta simpati tapi Hanee nak orang faham apa yang Hanee cuba sampaikan. Jujur Hanee geram jugalah bila mak Hanee terpalit sekali, itu mak aku kot.

“Rasa orang lain pun tak suka kalau ibu bapa dikaitkan sekali,” katanya kepada MH.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia tak boleh nak puaskan hati semua orang.

“Sampai Mak Menangis, Migran…,”- Haneesya Hanee Perjelas Isu Konon Tak Jemu Hadap Isu Warna Kulit Biar Raih Perhatian Netizen

Namun, bersyukur kerana sekurang-kurang ada yang mendapat kebaikan daripada apa yang dikongsinya itu.

“Hanee bukannya takde bahan lain nak cakap, ada je cuma lebih baik kalau Hanee bercakap melalui pengalaman sendiri.

IKLAN

“Contohnya, kalau Hanee cakap soal isteri yang didera suami, walaupun ada pengalaman itu yang bukannya datang dari Hanee, tapi orang akan cakap nak cari simpati lagi.

“Pada Hanee, manusia akan sentiasa bercakap, apa yang Hanee buat, ialah bagi kata-kata motivasi untuk mereka.

“Syukur sebab menerusi perkongsi Hanee itu ada yang DM bagitahu mereka dapat kekuatan daripada apa yang Hanee buat.

IKLAN

“Jadi pada Hanee, sekurang-kurangnya adalah kebaikannya juga,” katanya lagi.

“Sampai Mak Menangis, Migran…,”- Haneesya Hanee Perjelas Isu Konon Tak Jemu Hadap Isu Warna Kulit Biar Raih Perhatian Netizen

Dalam pada itu, Hanee tegas mengatakan akan terus menaikkan isu-isu seperti ini pada masa akan datang.

“Tak. Tak akan berhenti. Akan terus cakap sebab ia adalah perkara yang ‘biasa’ tapi sering kali berlaku dalam masyarakat kita.

“Orang anggap benda ni remeh tapi kesan dia boleh jadi lebih teruk kalau dibiarkan. Jadi selagi Hanee boleh ‘motivate’, why not?,” katanya panjang lebar.

Foto/Instagram: Haneesya Hanee

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI