Pengacara My Doctors, Dr Say Shazril mendedahkan ada satu akaun palsu yang menggunakan nama dan fotonya di laman Facebook, yang dianggap keterlaluan.

Katanya, dia kesal apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama dan fotonya untuk tujuan meminta duit daripada orang ramai.

“Fake Shazril Saharuddin! Slalu sy xkisah org nk guna gmba sy kat Tindr la, Grindr la, Tweeter la tapi sorang ni buat sy Grrr.

 

“Lately ni ramai dm ig sy tnya yg ni Fb sy ka, sy jawab tak & endahkan ja smpai la semalam rakan sejawat @mydrstv sy btau yg fake FB profile ni dh keterlaluan sampai mesej org mintak duit & org ingat ni sy yg sebenar maka ada yg bank in dh kat dia.

 

“Bukan tu ja, baru2 ni masa sy klua jnjln tiba2 ada awek tegur tanya kenai dia tak? Pastu sy pura2 la ckp “ahaa dua pupu kan (sb mata dia besaq mcm saya)” pastu die ckp “bukan la, i liza dari melaka, kite salu whatsapp”.

 

“Sy pun bermonolog ak kenai liza surihani ja xknai plak liza melaka, maka sy mintak die tnjuk nombor whatsapp tu & terus sy explain tu bukan nombor sy & terus liza balik melaka (liza malu & berlalu pergi).

 

“Kesimpulannya kalau ampa main FB tlg report dia ni plis. Sy jenis xsuka nk acah2 hot “tolong2 ade org buat fake profile guna muka saya” tp this is SERIOUS.

 

“Sampai mintak duit, sampai kacau anak dara/ bini/ janda org dah keterlaluan. So please my dear followers tolong report FB Shazril Saharuddin ni, merosakkan nama ayah sy ja,” luahnya kesal.

“Sampai Kacau Anak Dara, Bini & Janda…,” – Dr Say Dedah Akaun FB Palsu Manipulasi Gambarnya

IKLAN

Alahai, sebelum ini sudah beberapa artis yang menjadi mangsa akaun fake ini seperti Anuar Zain lain-lain.

IKLAN

Apa-apapun, MH harap agar orang ramai akan ambil maklum perkara ini supaya tiada lagi yang terpedaya.

IKLAN

Foto/Instagram: Dr Say

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI