Demi mengejar impian untuk bergelar pelakon berkaliber, aktres Jasmine Suraya bakal melanjutkan pengajian di akademi lakonan berprestij, Lee Strasberg Theatre & Film Institute.

Menurut Jasmine, peluang ini merupakan kesempatan terbaik buat kariernya untuk menimba ilmu dengan tenaga pengajar terbaik di dunia.

Sambung Belajar Di Sekolah Lakonan Lady Gaga & Angelina Jolie, Jasmine Suraya Mohon Kerajaan Pertimbang Bantuan

“Saya bakal berehat sementara daripada dunia lakonan untuk melanjutkan pelajaran ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Saya merupakan rakyat Malaysia pertama dan satu-satunya wakil daripada Asia yang telah diterima pada kemasukkan tahun ini.

“Institusi berkenaan telah melahirkan alumni-alumni hebat yang terdiri daripada bintang-bintang Hollywood seperti Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Paskal ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sambutan hari lahirnya yang ke-34 di ibukota pada Jumaat.

Sambung Belajar Di Sekolah Lakonan Lady Gaga & Angelina Jolie, Jasmine Suraya Mohon Kerajaan Pertimbang Bantuan

IKLAN

Katanya lagi, peluang seperti ini hanya datang sekali seumur hidup.

“Saya teruja apabila terpilih memandangkan proses permohonannya sangat sukar. Saya perlu menulis dua buah essei, menjalani uji bakat dan temuduga.

“Bila dapat tawaran ini, saya sangat terkejut dan tak pasti sama ada perlu terima atau tidak. Kalau tak terima, entah bila saya akan dapat peluang ini lagi.

“Ini merupakan satu-satunya institusi yang menawarkan kelas ‘method acting’ terbaik di dunia.

“Jadi, saya menolak banyak tawaran berlakon dan salah satunya daripada rumah produksi di Indonesia.

IKLAN

“Saya nak tahu sejauh mana saya mampu melangkah di dalam dunia seni selepas belajar di tempat yang terbaik,” ujarnya lagi.

Sambung Belajar Di Sekolah Lakonan Lady Gaga & Angelina Jolie, Jasmine Suraya Mohon Kerajaan Pertimbang Bantuan

Pada masa sama, Jasmine turut memohon jasa baik badan kerajaan untuk membantunya dari segi dana.

“Saya ada menghantar surat untuk memohon bantuan dana atau biasiswa daripada beberapa badan kerajaan dan kerajaan negeri. Namun, belum ada maklum balas.

IKLAN

“Saya tahu industri seni di negara ini masih belum dipandang serius dan diberikan pengiktirafan sewajarnya.

“Saya bukan minta bantuan untuk diri sendiri tapi saya mahu mereka laburkan untuk bakat saya.

“Saya juga boleh memanfaatkan ilmu tersebut untuk kembali berbakti buat industri seni tanah air.

“Kalau kita mengambil contoh negara Korea Selatan, industri seni merupakan antara penyumbang pendapatan terbesar negara,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Jasmin memaklumkan pengajian ini bakal berlangsung selama setahun dan akan bermula Disember ini.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Jasmine menyambung pengajian di luar negara kerana dia juga merupakan graduan dalam bidang politik dan ekonomi di Afrika Selatan dan Australia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI