‘Sambil Kerja Dapat Berdakwah Juga’- Lin Ariffin

Seronok rupanyanya apabila bekerja dalam bidang pengacaraan dan penyampai radio ini. Begitulah yang dirasai oleh penyampai radio Zayan, Lin Ariffin.

Bermuala sebagai pembaca berita, Lin kemudiannya mengembangkan bakat yang sebagai pengacara dan seterusnya penyampai radio.

IKLAN

Katanya, antara pengacaraan dan penyampai radio, kedua-duanya menjadi pilihan kerana baginya ada banyak perkara yang dapat dipelajarinya ketika bekerja.

“Bagi Lin, dua-dua best! Tapi kalau dari segi ‘exposure’ tentulah pada TV kerana kita dapat tengok benda yang ‘real’.

“Contohnya, Lin akan turun ke tempat kejadian, belajar benda baru di ‘site’ dan sampaikan pada para penonton.

“Untuk radio, seronok juga sebab sebelum kita bercakap dengan pendengar, kita akan buat ‘research’ supaya dapat sampaikan infomasi dengan lebih tepat. Cuma tugas di radio agak mencabar sebab kena bercakap 5 jam kan dan berinteraksi dengan pendengar.

“Bagaimanapun, pada Lin dua-dua kerja ini best sebab sambil bekerja, kita dapat berdakwah kepada orang ramai kerana apa yang kita sampaikan itu adalah positif,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Lin juga turut berkongsi perubahan yang dirasainya apabila bergelar seorang ‘public figure’ ini.

IKLAN

“Selain itu, Lin juga perasan bahawa bila asyik bercakap je, jumpa orang ramai semua membuatkan keyakinan diri Lin makin meningkat.

“Sekarang ini, Lin tak takut dan takde masalah untuk berjumpa orang sebab keyakinan diri tu dah tinggi,” katanya lagi.

Wow! Pada MH, mungkin tips yang diberikan Lin boleh diguna pakai oleh mereka yang kurang keyakinan diri. Mula-mula tu mungkin malu tapi lama-lama mesti akan jadi seperti Lin kan?