Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah bakal membuat persembahan eksklusif di Makan Malam Amal Kaseh PLG yang akan berlangsung pada 22 Disember depan di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Lebih istimewa, persembahan di dalam skala konsert mini ini bakal diserikan dengan penampilan dua vokalis hebat iaitu iaitu Nash dan Azlan (Lan & The Typewriter).

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Eka Sharif turut diundang untuk membuat persembahan pada acara sama.

“Insya-Allah saya akan tampilkan persembahan bersesuaian dengan majlis makan malam itu nanti. Setakat ini senarai lagu sudah pun ada, cuma tinggal lagi penyusunan lagu yang bakal saya nyanyikan.

“Kalau nak diikutkan, saya senang untuk mengalunkan lagu-lagu mengikut zaman awal penglibatan saya dalam dunia seni sampailah sekarang. Namun saya tidak boleh nafikan, setiap peminat sudah tentu ada lagu tersendiri yang mereka minati.

“Jadi aspek tersebut saya perlu ambil kira juga. Apa pun, saya berharap agar majlis tersebut akan berjalan lancar memandangkan kita turut melakukan ikhtiar bagi tujuan gerak kerja kebajikan,” katanya.

IKLAN

Berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut, Pengarah Program, Norhalim Norsip berkata, 50 peratus keuntungan daripada penjualan meja dan tempat duduk juga akan disalurkan kepada pusat tahfiz serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Malah, pihaknya turut mengambil inisiatif dengan mengutip dana sama yang mana sebahagiannya akan disalurkan kepada Tabung Bantuan Palestin.

“Sebanyak 50 peratus daripada keuntungan bersih penjualan meja akan disalurkan ke Pusat Tahfiz dan beberapa lagi NGO yang bergerak aktif membantu masyarakat. Sebahagian daripadanya juga akan disalurkan juga ke Tabung Bantuan Palestin.

IKLAN

“Kita sedar dengan situasi semasa yang berlaku. Jadi itu antara salah satu ikhtiar yang boleh dilakukan bagi sama-sama membantu golongan sasaran,” katanya.

Terdahulu, Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini ini diilhamkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Ghani Kasim.

Sama-Sama Ikhtiar Soal Kebajikan… Konsert Jamal Abdillah Kutip Dana Bantu Tabung Palestin, Pusat Tahfiz Sama-Sama Ikhtiar Soal Kebajikan… Konsert Jamal Abdillah Kutip Dana Bantu Tabung Palestin, Pusat Tahfiz

IKLAN

@mediahiburanofficial Padu! Persembahan spontan Datuk Jamal Abdullah yang menyampaikan lagu hitsnya, sejurus selesai sidang media Makan Malam Amal Kaseh PLG & Konsert Mini di Hotel Royale Chulan, Seremban. Berhibur sambil beramal kebajikan, acara ini akan berlangsung di hotel sama pada 22 Disember depan. Terbaik! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan


Dalam pada itu Norhalim Norsip menjelaskan, nilai relevan Jamal sebagai Raja Pop bersesuaian dengan tema majlis makan malam amal ini dan pihaknya memilih lokasi luar Lembah Klang, sebagai penghargaan buat peminat penyanyi ini yang berada di selatan tanah air.

Malah persembahan daripada bintang jemputan juga menjadi antara daya penarik yang pastinya bakal memberikan aura yang lebih menyengat.

Senarai harga tiket bagi Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini bermula daripada RM4,000 (Bronze Table) hingga RM15,000 (Platinum Table). Tetamu juga juga boleh membeli tiket secara individu dengan harga serendah RM400 (Bronze Seat) dan RM800 (Silver Seat).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI