“Salahkan Diri Bila Dah Positif Sebab Pembawa Tak Akan Mengaku, Ramai Selfish!,” – Kes Covid-19 Tinggi Di Shah Alam, Jasmin Hamid Bimbang

Share

Umum sedia maklum, kes pesakit yang disahkan positif Covid-19 kini dilaporkan kian meningkat sekaligus menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.

Lalu, masing-masing tampil memberikan pendapat, misalnya pelakon senior Jasmin Hamid.

Jasmin menyatakan rasa bimbang apabila kes positif di sekitar Shah Alam semakin meningkat saban hari.

“Allahuakhbar… Banyaknya kes di Shah Alam, Selangor Apa dah jadi ni? Cukuplah jadi Close Contact pun dah seksa, apatah lagi bila POSITIVE COVID. Nyawa di hujung tengkorok,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu turut menasihati ramai agar tidak bersikap pentingkan diri demi keselamatan orang lain.

“Tak perlu salahkan sesiapapun, salahkan diri sendiri bila dah POSITIVE sebab PEMBAWA tidak akan mengaku, ramai yang SELFISH!

“Jagalah diri masing-masing supaya terhindar dari WABAK CORONA. Sedangkan kita yang berjaga -jaga pun boleh di jangkiti, apatah lagi yang LALAI..,” tulisnya lagi.

Link posting

Sekadar informasi, Shah Alam merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 941 kes positif dilaporkan hujung minggu lalu.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

IKLAN