Sebak mendengar perkongsian penyanyi senior, Noraniza Idris mengenai kisahnya ketika berusia sekitar tujuh tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam seni, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati Kama dan Dikir Puteri ini berkongsi rasa perihal kisah nyanyian dan sisi peribadinya menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Noraniza mengakui dia bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang senang.
Dibesarkan dalam keluarga yang besar dan adik-beradik yang ramai, Noraniza mengakui pernah berhadapan dengan waktu sukar dan pernah mengalas perut hanya berbekalkan nasi dan air garam.
Dek kehidupannya itu, Noraniza seperti yang dipetik turut memberitahu, dia juga terpaksa tinggal bersama atuk, seorang tukang andam dan bidan yang jauh lebih senang berbanding keluarga sendiri.
“Kenapa saya sangat menghargai mak dan abah, lalu perturunkan kepada anak-anak dan anak-anak didik, kenang jasa mak dan abah. Memang arwah mak dan abah keluarga yang susah, kais pagi makan pagi.
“Sampai suatu ketika saya dengan mak saya ada komunikasi dengan atuk sebab abah tak mampu nak beli kasut sekolah. Sampai mak saya kata pada atuk, jagalah. Kami tak mampu nak tampung.
“Atuk pun cakap kemas barang ikut atuk kat rumah, boleh makan ayam hari-hari. Jaga dan tolong atuk masak, atyuk bagi RM10 sebulan. Saya sukalah dengar. Rupanya saya tak dapat jumpa emak. Ketika itu saya berusia 7 tahun, saya tanya pada atuk…,” katanya dalam nada sebak.
Selepas ditanya, atuk memberitahu ibu bapanya sedang sibuk mencari nafkah.
“Atuk kata mak abah kau kerja. Tak apa, atuk boleh bagi macam-macam, tia-tiap minggu bila atuk pergi majlis kahwin bawa Nasi Minyak yang kami adik beradik suka. Tapi masa saya makan, saya rasa kosong. Adik beradik mak ayah tak ada.
“Kalau mak abah datang, saya peluk mereka. Sampai saya dengar atuk cakap kau jangan datang, nanti Ani nak ikut baik. Hingga abah jumpa saya curi-curi jumpa di sekolah dan bagi duit,” kongsi Noraniza yang menyatakan bapanya bukanlah seorang yang memberi ekspresi kasih sayang secara terang-terangan.
“Sebab itulah saya selalu pesan, ingat salam mak…Cium tangan habis-habis. Ini adalah restu. Bila restu ibu bapa kepada kita, aura positif masuk dalam jiwa kita sebagai anak dan itulah rahsia kejayaan kita sampai bila-bila,” katanya.
Luluh hati melihat klip yang dikongsikan Amyza Aznan menerusi laman Instagram yang merakamkan seorang kanak-kanak disepak dan didera seorang individu tidak berperikemanusiaan.
Menerusi suara tersebut, wanita itu beberapa kali mengatakan “ini anak kau kan?”
“TOLONG VIRAL! PLEASE SHARE! SEBELUM ANAK YG TIDAK BERDOSA NI MATI !!!!!
“POLIS TOLONG !!!!! TOLONG !!!!!RAKYAT MALAYSIA VIRALKAN PLS!!!!!!!!!!!!
“Hancur hati aku… allah tolong lindungi anak ini sehingga BINATANG MEROYAN ni DITANGKAP!!!!
“CUCU SIAPA NI??? ANAK BUAH SIAPA NI???? ADA SESIAPA YG KENAL PLSSSS BAGI INFO SEGERA KEPADA
@pdrmsia_official
@pdrmsia_official.”
Menurut sumber asal, kanak-kanak ini dipercayai didera oleh bekas isteri ayah angkatnya.
“Dapat sumber ni dari ayah angkat anak ni. Di percayai ayah angkat dia dah brcerai. Anak ni di percayai di dera oleh bekas isteri/ibu angkat ayah angkat dia..jom gunakan kuasa viral anda supaya pelaku ni di ambil tindakan yg sewajarnya.”
Beberapa hari lalu, pelakon Aprena Manrose ada memuat naik beberapa keping foto dirinya yang disolek persis puteri, lengkap dengan rambut palsu blonde.
Lantas, netizan memberikan pelbagai reaksi, termasuk rakan selebriti.
Malah, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena itu dilihat turut membalas beberapa komen yang ditinggalkan.
“Your new Queen Daenerys Targaryen. Mimpi saya ya,” tulisnya ringkas.
Pada masa sama, ada juga yang samakan Aprena dengan Elsa dek rona rambut palsunya itu!
So, kalau korang penampilan Aprena ni sama macam siapa? Sehingga kini, foto berkenaan mendapat hampir 40,000 tanda suka dengan ratusan komen yang ditinggalkan.
Foto: Instagram Aprena Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!