
Penyanyi Elizabeth Tan telah menulis satu twit di akaun Twitter miliknya.
Menariknya, bintang yang mesra disapa Lizzy ini berkongsi status, membayangkan dia menyukai jejaka yang pandai bermain bola sepak.
“One of my weakness is guys yg power main bola sepak heheheh ok tu je yg I nak share harini, bye” tulisnya jujur.
One of my weakness is guys yg power main bola sepak heheheh ok tu je yg I nak share harini, bye ??
— Elizabeth Tan (@elizabethtsm) March 17, 2019
Lantas, ramai jejaka telah membalas twit Lizzy tersebut dan mengaku sangat mahir bermain bola sepak.

Comel je Lizzy ni! Netizen pun bukan main lagi siap nak tunjuk skil main bola sepak dekat Lizzy.
Dalam perkembangan lain, Lizzy baru sahaja selesai penggambaran drama Senafas Rindu Raya selain mempromosi single terkininya, Semua Sudah.
Gambar : Twitter Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Peminat bintang viral, Kylie Jenner pastinya tersenyum lebar apabila figura pujaan mereka telah dinobatkan sebagai billionair paling muda.
Usianya kini baru mencecah 21 tahun dan terdahulu, rekod tersebut dipegang pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.
Mengumpul aset lebih $900 juta, adik kepada super model Kendal Jenner itu pastinya mengumpul kekayaan hasil jenama kosmetiknya yang sukses, Kylie Cosmetics.
A post shared by Kylie (@kyliejenner) on
Apa pun, jom ikuti fakta lain mengenai bintang seksi ini.
Pernah Jadi Mangsa Buli
Siapa sangka, di balik nama keluarga dan status keluarganya yang kaya-raya, Kylie sebelum ini pernah mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli para pelajar lain ketika di bangku persekolah. Oleh sebab itulah, dia mengambil keputusan untuk belajar dari rumah dan keluarganya mengupah guru khas untuk ajarnya di rumah dan Kylie turut lulus cemerlang.
Mengaku Tebalkan Bibir
Menerusi sebuah temu bual, Kylie tanpa berselindung mengakui dia ada melakukan pembedahan kosmetik bagi menebalkan bibir. Kata Kylie, bibirnya sebelum ini agak nipis. Malah, jelas Kylie lagi anaknya Stormi Webster tidak mendapat ‘gen’ bibir mugil daripadanya, tetapi daripada bapanya.
Sembunyikan Kehamilan
Selepas didapati mengandung hasil hubungannya dengan penyanyi Travis Scoot, bintang ini nyata tidak memberikan sebarang kenyatan mengenali ‘kehilangannya’ selama beberapa bulan dari radar dunia Hollywood meski angin bertiup kencang mengatakan dirinya sedang berbadan dua. Malah, Instagramnya pada ketika itu juga tidak di muat naik sebarang updates terbaru. Kylie dilaporkan melahirkan anak pertamanya yang dipanggil Stormi, pada 1 Februari 2018.
Persahabatan Dengan Selena Gomez Retak Gara-Gara Justin Bieber?
Khabarnya, Kylie sebelum ini pernah bersahabat baik dengan penyanyi Selena Gomez. Bagaimanapun, hubungan keduanya menjadi renggang apabila dikhabarkan Kylie pernah merayu cinta sama Bieber saat penyanyi lelaki itu masih bercinta dengan Selena.
Foto: Carian Google, Instagran Kylie Jenner
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Dia Bukan Milik Saya Yang Abadi,” – Genap Dua Tahun Dijemput Illahi, Nora Titip Doa Buat Arwah Suami

Menampilkan foto pasangan romantik ini di atas pelamin, Nora Ariffin menerusi laman Instagram menitipkan kata-kata hiba genap dua tahun ditinggalkan arwah suami, Johan Nawawi.
“Hari ni 24/3/2019, genap 2 tahun Johan Nawawi meninggalkan saya.
Walaupun 24 kami berkahwin dan hidup bersama.
Namun dia bukan milik saya yg abadi.
Dia hanyalah pinjaman dari Allah utk saya.
Begitu lah lumrah kehidupan.
Bahagia mcm mana pun, sayang macam mana pun…..
Sampai masa kita akan berpisah jua.
Kita tidak memiliki apapun..
Semuanya milik Allah…
Al- fatihah buat suami tercinta Johan Nawawi
Semoga tenang disana.
#adadalamtiadabynora.”
A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Akur dengan kehendak Allah, tiada apa yang kekal dalam hidup ini. Seperti kata-kata hikmah yang pernah diucapkan seseorang, di saat kau mula menyintai seseorang, bersedialah untuk kehilangannya suatu hari nanti.
Al-Fatihah untuk Johan Nawawi.
Foto – Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Pukul 7 Ada Orang Ketuk Pintu…,” – Pokok Durian Terbakar, Maya Karin Kongsi Situasi Kebakaran

Sebentar tadi, pelakon Maya Karin ada berkongsi beberapa keping foto yang memaklumkan pokok durian yang berada di kawasan kediamannya telah dijilat api.
Kebakaran tersebut difahamkan telah disampaikan kepadanya sekitar jam 7.00 pagi.
“Pagi2 dah sarapan dengan bomba.. Kul 7 ada orang ketuk pintu “kak, kak, pokok durian bakar kak”. the whole trunk was on fire, 10 meters into the air. Macam mana I pun tak tau. Yang penting bomba datang secepat mungkin. Love you guys,” kongsi Maya.
A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
Pada masa sama, pelakon Munafik 2 ini turut berkongsi potongan video proses memadam api yang dilakukan pihak bomba.
A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
“Bomba killing off the last flames before half the of tree fell into the valley, thank god not crashing across my house and splitting it into 2. There goes my durian tree, goodbye old fellow…,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Maya sekeluarga dan bersyukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Foto: Instagram Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

