Wah, nampaknya baru-baru ini Sajat ada berkongsi sebuah video dirinya bersama Datuk Seri Aliff Syukri yang sedang menyanyi dan menari lagu terkininya.

Bukan main lagi MH tengok kedua-dua pengasas kosmetik ini menari keriangan sambil bergurau bersama.

MH difahamkan walaupun ketika ini Sajat sedang menahan kesakitan kerana sakit gusi dan jelas kelihatan bibirnya sedang bengkak namun Sajat masih ceria begelek.

IKLAN

Aliff pula seperti biasa sungguh melucukan dengan aksi spontannya.

Apa yang lebih menarik, Sajat telah berkongsi di ruangan kapsyen akan ke luar negara bulan depan untuk urusan video klip untuk lagu tersebut.

IKLAN

Jika benarlah apa yang dikatakan itu, MH tumpang gembira dan teruja untuk lihat bagaimana hasil video klip itu nanti.

IKLAN

Mesti meletop dan mencuit hati bukan? Nah MH belanja lagu mereka yang sedang hangat diperkatakan…

https://youtu.be/cs6ho0yJzPI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI