Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Ads
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Rapper dan penyanyi, Altimet memaklumkan dia amat berbesar hati untuk menyumbang sebuah van milik syarikat perusahaannya untuk diubah menjadi ambulan.
Jelas Altimet atau nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, usaha tersebut dibuat hasil kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) One Nation.
“Untuk membuat sebuah ambulans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubahsuai van saja menelan belanja hampir 6 angka. Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir rm200k.
“Minggu lepas saya menyerahkan van syarikat saya utk diubahsuai oleh One Nation menjadi sebuah ambulans. Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet,” tulisnya.
Perkhabaran mengenai usaha murni itu dikongsikan Altimet menerusi sebuah video berdurasi empat minit yang dimuat naik di laman Instagram.
Penyanyi lagu Kalau Aku Kaya ini turut menjelaskan, segala kos untuk ubah suai van tersebut akan ditanggung One Nation menerusi wang sumbangan orang ramai.
“Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans.
“Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulans. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka. Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh’afeen yang benar-benar memerlukan,” katanya lagi.
Sementara itu, Altimet turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang selain turut mendoakan semoga mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Bagaimanapun, Altimet menjelaskan dia bersama pihak One Nation masih lagi kekurangan dana sekitar RM35,000 bagi memastikan misi ini dapat dirialisasikan.
“Kami kekurangan sekitar RM35 ribu sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma, mengambil berkat Hari Jumaat. Pahala berganda!,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha yang dilakukan Altimet selain berharap agar misi tersebut dapat berjalan lancar.
Bagi yang ingin menderma, anda boleh menyalurkan sumbangan anda menerusi akaun Maybank Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation Centre) bernombor 564726684086 atau hubungi +6014 395 5050 (Hotline) untuk sebarang pertanyaan.
Foto: Instagram Altimel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah, 32, mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya yang juga asal Sweden, Michael Hansen, 42.
Bagaimanapun, bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci.
Meminta ramai agar menghormati pendiriannya, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired gembira kerana fasa perkenalannya bersama duda kepada dua cahaya mata itu berjalan dengan harmoni.
“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.
Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini turut menambah, majlis pernikahan mereka kelak akan diadakan dalam serba ringkas.
“Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.
“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Sebelum ini, beberapa foto mesra Sakinah dengan kekasihnya, itu menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.
Media sebelum ini turut melaporkan, pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga Mei depan bersempena dengan tarikh lahir mereka berdua.
Ditanya mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal pula, Sakinah memberitahu dia tidak rasa tertekan kerana memiliki bekas suami, Aliff Adha yang sentiasa memberi sokongan.
Meski sudah berpisah, namun mereka masih berkawan demi permata hati, Anais Adha.
“Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Malah dia juga banyak membantu terutamanya dari segi penjagaan anak.
“Misalnya ketika saya perlu lokasi pengambaran, anak akan dijaganya dan kami mempunyai persetujuan yang sangat baik.
“Kami juga tidak ada pergaduhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan,” katanya.
Sakinah berkahwin bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini mencecah usia 4 tahun.
Namun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama Aliff telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial dan hos program Tanya Doktor, Doktor Say Shazril atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin mendedahkan dirinya baru sahaja menyedari akan kepentingan pekerjaan yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.
Menerusi media sosial, doktor yang pernah viral kerana fizikalnya turut menzahirkan rasa syukur apabila Selangor telah pun diletakkan di dalam kategori Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB bagi mengekang penularan Covid-19 bermula 5 Mac.
Perkara tersebut dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata ini menerusi satu perkongsian panjang di Instagram.
“Topik : PKPB Means A Lot. To influencers like me. Walaupun sy bukan foodie influencer ataupun travel influencer, bila semalam @mkn_rasmi isytihar yg Selangor akan PKPB Jumaat ni, berita tu sangat2 menenangkan hati & menggembirakan sy.
“Sebab apa? Sabaq sy cerita. Selama ni sy tak pernah anggap yg influencer ni is a real job. To me its just suka-suka & a little bit of part time job. Tapi bila sy fikir2 balik, dari sy berhenti kerja government pada Disember 2017 sampai ke hari ni, sy tak pernah kerja permanent job.
“Kiranya dekat 3 tahun lebih sy hidup dengan pendapatan hasil menjadi influencer. Bila PKP diisytihar awal Januari 2021 aritu, banyak kempen tertangguh & banyak juga yg cancelled.
“Masa tu baru sy tahu betapa REAL JOB nya influencer ni. Tak pernah sy spend satu hari untuk sy sit down & mesej semua agensi yg bagi sy kempen sebelum ni buat muka tebal tanya kalau depa ada kempen yg bersesuaian untuk sy.
“Mostly kata takde sebab PKP & sebab CNY maka depa nak guna chinese infleuncers. Alhamdullilah hasil bermuka tebal ada lah sy dapat beberapa kempen demi kelangsungan hidup. Sejak dari itu sy sedar yg I NEED TO TAKE THIS INFLUENCING JOB SERIOUSLY,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial dan seterusnya berazam untuk memberikan kandungan yang lebih bermanfaat selepas ini.
Berbalik kepada kegembiraan sy yg Selangor bakal PKPB Jumaat ni, walaupun sy hanyalah influencer sendu apa yg sy perasan bila sy kongsi tempat2 best tuk bawak anak, tempat2 sedap nak makan, tempat2 selesa nak staycation, engagement on my social media meningkat.
“Bila engagement meningkat, barulah big brands NOTICE EXISTENCE sy. Bila mereka perasan kewujudan sy barulah mereka offer sy kempen. Bila kempen di offer maka kelangsungan hidup dapat diteruskan.
“Tak dilupakan sokongan anda semua. Kerana tanpa anda semua, istilah influencers pasti takkan wujud. InsyaAllah i will share even more interesting things on my social media after this untuk kebaikan kita semua.
“Jumaat ni pekena siakap stim limau + siput sedut kam heong Dino’s Seafood Restaurant Jalan Alor dulu!,” tulisnya.
Foto: Instagram Dr Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...