Penyanyi Indah Ruhaila hari ini mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga pada Ahad, 24 Disember ini. Indah atau nama sebenarnya, Siti Ruhailah Hussien,30, mengumumkan berita tersebut menerusi satu kenyataan media.

Katanya;

“Assalamualaikum W.B.T

Saya Indah Ruhaila, ingin mengumumkan bahawa saya akan melangsungkan pernikahan pada 24 Disember ini. Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media saya cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

 

Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Saya juga akan memberi kenyataan rasmi berserta gambar sejurus selepas majlis berlangsung.

 

Sekali lagi, saya memohon maaf tulus dari hati. How i wish, i can share my happiest moment in life with all of you. Terima kasih kerana terus membantu karier saya selama ini. Doakan yang terbaik untuk saya.

 

InshaAllah dan Terima Kasih.”

Spekulasi mengenai perkahwinan penyanyi yang popular menerusi lagu Percayalah ini mulai timbul apabila beberapa laman hiburan mendedahkan bahawa penyanyi ini sedang melakukan persiapan bagi melengkapkan proses perkahwinan yang khabarnya berlangsung hujung tahun.

IKLAN

Sebelum ini, Indah pernah putus tunang bersama seorang pengurus akaun beberapa bulan lalu kerana tiada persefahaman.

IKLAN

Apa pun, MH ingin mengucapkan tahniah dengan rumah tangga yang bakal dibina. Semoga masjid yang dibina berkekalan hingga ke anak cucu.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI