Ikatan perkahwinan selama lima tahun pasangan Intan Liana Saleh, 33 tahun dan Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30 tahun atau lebih dikenali sebagai Ude terlerai apabila talak satu dilafazkan Ude pagi tadi.

Lafaz tersebut dibuat dihadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin di Galeri Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur jam 9.50 pagi.

Mahkamah menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah serta memerintahkan Intan menjalani tempoh edah selama 3 bulan bermula hari ini.

Sah Bercerai! Ude Milik Izreen Sepenuhnya

IKLAN

Sebelum lafaz talak dibuat Ude, mahkamah turut memerintahkan agar suami isteri itu bermaaf-maafan buat kali terakhir. Intan juga turut mengalirkan air mata saat lafaz cerai dijatuhkan oleh Ude.

Terdahulu, Ude selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan.

IKLAN

Alasannya memohon permohonan cerai tersebut adalah disebabkan tiada lagi perasaan sayang dan persefaham buat Intan serta berhadapan dengan konflik rumah tangga.

Sah Bercerai! Ude Milik Izreen Sepenuhnya

IKLAN

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Arish Muqri, 3 tahun dan Ariq Muqri , 1 tahun.

Selain itu, November tahun lalu juga, pelakon Izreen Azminda mendedahkan dia sudah berkahwin dengan pemuzik bebas tersebut pada Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup.

sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI