Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
Bagaimanapun Aiman menjelaskan, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi.
“Bulan Februari cukup istimewa memandangkan bulan itu merupakan bulan kelahiran Zahirah.
“Namun tarikh sebenar belum ditetapkan buat masa ini kerana bagi saya perkahwinan bukanlah satu benda yang remeh-temeh.
Ads
“Banyak hal yang perlu diambil kira, termasuk lokasi dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti tersebut ditemui pada majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinan Aiman dan Zahirah yang berlangsung di Bikersfellas Cafe, di Ara Damansara.
Lebih romantik, Aiman turut sempat melafazkan “Will You Marry Me” dengan nada bergurau sewaktu pengumuman tersebut.
Ads
Setakat ini, Aiman memaklumkan majlis perkahwinan mereka hanya akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Sebarang perubahan lain akan diberitahu kemudian, bergantung kepada situasi.
Ads
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada Jun lalu sejurus berkongsi gambar majlis yang berlangsung di akaun media sosial masing-masing.
Kongsi Aiman lagi, lamaran darinya buat kekasih hati untuk mendirikan rumah tangga pada November lalu.
Tidak habis lagi isu motosikal Ysuku miliknya, terbaru Shuib dilihat sedang mengomel gara-gara motosikal itu dilekatkan dengan pelekat berbentuk bibir oleh anak-anak.
Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Siti Sarah itu menunjukkan wanita ini sedang ‘membebel’ memberi peringatan dan mempersoal mengapa motor ini diletakkan di dalam rumah.
Katanya lagi, banyak tugasan rumah yang perlu dilakukan selain memerhati ‘isteri’ kedua suami.
“Itulah akibat bila tak mendengar kata,budak2 bkn boleh dihalang halang… sabar ye daddy @shuibsepahtu,” tulis Sarah.
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu ada berkongsi sepotong video yang memaparkan gelagat anaknya, Adam Musa yang kini berusia satu tahun enam bulan.
Kongsi pemilik nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim di Instagramnya, dia memohon orang ramai agar mendoakan urusan pembedahan pintasan jantung anaknya, Adam Musa berjalan lancar.
Difahamkan, proses pembedahan akan dijalankan pada pertengahan bulan ini.
“Peace be upon you. All i ask today and for the rest of the next 2 weeks is for all of u to send a little prayer for my son Adam Musa bin Khairul Azhar who will undergo his first Bypass Heart Operation, Glen Shunt.
“May he recover and be blessed with a wholesome life. May he be filled with days full of happiness and health always. May the operation go smooth and steady for both Adam Musa and the team of surgeons. Ameen.
“With that said, I wanna thank IJN Foundation for helping us out by making the admission seamless and for making sure Adam is comfortable. He’s been crying since morning (because he hates hospitals and the sight of doctors and nurses) but is happy now with his blue berries and tofu with rice.
“I’m super nervous inside but hopefully with all of your prayers, Adam will recuperate. Insya Allah. With that said, I’m sorry if I have ever done anything wrong to you and if my presence has somehow been a negative energy. Please forgive all of my wrong doings. All i ask for is a little prayer. Much love, always. Bismillahirrahmanirrahim. #hakhakgoodvibes #always,” tulisnya.
Terdahulu, Adam mengalami penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pada Disember 2017.
Malah, Adam juga pernah menjalani pembedahan dikenali Stent PDA sebanyak dua kali.
Untuk rekod, Hunny mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid dan dikurniakan dua orang anak iaitu Eva Medina,7 dan Adam Musa, 1 tahun 6 bulan.
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, mengakui turut berasa gembira atas pertunangan bekas isterinya, Bella Astillah, bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.