Tidak kedekut ilmu untuk memberikan tips kepada bakal pramugara dan pramugari di luar sana, pelakon dan penyanyi Zarul Hussin mendedahkan lima tugas asas yang wajib diketahui bagi pekerjaan di ‘awan biru’. 

Baru-baru ini, Zarul telah berkongsi pengalamannya menerusi Youtube Channelnya, di mana dia pernah berkhidmat selama 16 tahun di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Akui Zarul, pada mulanya dia menyangkakan seorang pramugara atau kabin krew hanya menyediakan makan dan minum sahaja.

Namun, tidak seperti yang disangkakan apabila secara realitinya, tugas kabin krew turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang polis, bomba, doktor, pelayan dan tukang cuci. 

IKLAN

“Sebaik sahaja pintu kapal terbang ditutup, secara automatik anda akan mengawal dan menjaga penumpang dan pelbagai kejadian yang berlaku ketika di dalam kapal terbang.

“Kadang-kadang ada penumpang yang berdarah hidung,  serangan jantung, pengsan dan sebagainya. Jadi secara tak langsung, anda akan jadi seorang ‘doktor’,” kongsi Zarul.

IKLAN

Selain itu, Zarul yang juga bekas peserta Gegar Vaganza 3 mengakui bahawa tugas paling mencabar adalah menjadi janitor atau tukang cuci.

“Memang diakui kerja kabin krew memang kena cuci tandas. Bayangkan kalau penerbangan tu selama berbelas-belas jam, misalnya pakcik-pakcik atau makcik-makcik tua yang nak pergi Umrah atau Haji. 

IKLAN

“Mungkin itu kali pertama mereka naik kapal terbang atau mereka tak tahu nak guna tandas, flash, ada juga yang buang sisa merata. Jadi, tugas kabin krew juga adalah cuci tandas!” jelas Zarul menerusi video lebih lapan minit. 

Ikuti pengalaman Zarul menerusi Youtube Channelnya di bawah.

Video : Youtube Channel Zarul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI