Tahniah diucapkan kepada pelakon, Izara Aishah yang disahkan sedang hamil anak ketiga.
Berita gembira itu diumumkan oleh sebuah jenama fesyen terkenal menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.
Kolaborasi bersama ibu kepada dua cahaya mata itu menjadi lebih bermakna apabila Izara yang tampil sebagai ‘muse’ bagi projek terbaharu mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata baharu.
“Izara is expecting baby number three. Congratulations. This year collaboration is so special sebab kita dapat muse yang pregnant,” tulis pada kapsyen tersebut.
Ads
Malah, Izara turut memberikan reaksi ringkas terhadap perkongsian berkenaan.
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tidak menyangka lagu ciptaannya berjudul Kesuma nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mencetuskan fenomena, terutamanya selepas kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung Januari lalu.
Menurut Aisha, kejayaan lagu tersebut sebenarnya banyak dibantu oleh kualiti serta pengalaman yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara itu.
“Apa yang boleh saya katakan, Biduanita Negara kita Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya membawakan lagu itu dengan sangat baik. Saya rasa lagu itu memang sesuai dengan genre dan kebolehan vokal beliau.
“Apabila beliau membawakan lagu itu, peminat-peminatnya juga suka. Sebab itu saya merasakan populariti lagu itu melonjak dengan sangat cepat.
“Terutamanya selepas momen viral ketika konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBj) apabila Datuk Siti melompat daripada bawah pentas,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sutera itu berkata sedemikian ketika ditemui di U Mobile Ultra 5G Fest yang berlangsung di Jetty DBKK, Kota Kinabalu, Sabah, pada Sabtu.
Aisha turut manzahirkan rasa bangga apabila Kesuma turut berada dalam senarai lagu yang dipersembahkan di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.
“Saya sangat gembira apabila lagu ciptaan saya berkumandang di SNBJ. Walaupun lagu itu masih baharu tapi beliau berani untuk memukul tanggungjawab itu.
“Ketika bekerja di dalam studio, saya tak pernah meletakkan ekspektasi sesebuah lagu itu akan meletup. Apa yang terjadi, saya biarkan terjadi. Apa yang berlaku ini melebihi jangkaan saya,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kritikan segelintir pihak yang menyifatkan lagu ciptaannya itu seakan merosakkan genre irama asli tradisional, Aisha bagaimanapun menyifatkan muzik juga memerlukan perubahan seiring peredaran zaman.
“Pada saya, orang bebas memberikan pendapat. Itu bermakna mereka mengambil kisah tentang lagu yang saya hasilkan. Saya hormat setiap pandangan. Tak salah pun kita beri pendapat.
“Jika saya boleh bagi input, kita seharusnya terbuka menerima pembaharuan. Gabungan muzik tradisional dan moden sangat diperlukan bukan sahaja untuk menarik minat generasi lama tetapi juga generasi baharu.
“Generasi baharu pun dengar album baharu Datuk Siti disebabkan oleh gubahan muzik yang baharu,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Aisha memaklumkan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk merakam semula lagu Kesuma kerana karya tersebut memang diciptakan khas buat Siti Nurhaliza.
“Saya tiada perancangan untuk merakam semula lagu itu. Saya takut. Cukuplah sampai di versi demo sahaja.
“Lagu itu memang diciptakan khas untuk Siti Nurhaliza. Namun, kalau untuk cover atau nyanyi sahaja-sahaja, apa salahnya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Aisha Retno & Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya memaklumkan dirinya kini telah sah bercerai dengan suaminya, Mohammad Azam Abdullah pada November tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram pada pagi, Khamis, Aleya turut menjelaskan pengumuman itu dibuat bagi menjelaskan tempoh iddah bersama bekas suami sudah selesai.
“Reel ini adalah kompilasi rakaman dan perkongsian sejak November 2025. Saya kongsikan hari ini kerana hari ini menandakan tamatnya tempoh iddah saya.
“Secara rasminya, saya telah bercerai,” tulisnya.
Kongsi kakak kepada pelakon Sharifah Amani itu lagi, dia dan anak-anak kini berada dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan kami saling menyokong antara satu sama lain sepanjang melalui fasa ini.
“Alhamdulillah, kami juga dikelilingi sistem sokongan yang sangat baik. Terus melangkah ke hadapan, anak-anak mama,” ujarnya.
Dalam masa sama, Aleya turut memaklumkan perkongsiannya ini dibuat bagi mengelakkan fitnah dan salah faham orang luar.
“Perkongsian ini sekadar untuk memaklumkan, mengelakkan fitnah, dan memberitahu bahawa kami dalam keadaan baik.
“Saya akan baik-baik sahaja, insya-Allah. Jika sudi, titipkan doa buat saya dan anak-anak. Semoga Dia mempermudahkan dan mengampunkan,” kongsinya lagi.
Seladar informasi, Aleya dan Azam mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah dan Ahyan Abdullah.
Pada Disember 2007, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin dan berpisah pada Februari 2012.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, kini berusia 17 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Aleya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Meerqeen, mengakui perubahan fizikalnya yang kelihatan lebih berisi telah mengundang kritikan daripada segelintir pihak.
Bagaimanapun, Meerqeen memilih untuk tidak mengendahkan komen negatif tersebut demi memastikan proses transformasi tubuh badannya berjalan lancar.
Menurut Meerqeen, fokus utamanya ketika ini adalah untuk mempersiapkan diri bagi membintangi sebuah projek filem berskala besar.
Justeru, dia juga tidak mahu gangguan emosi menjejaskan usahanya mencapai bentuk badan yang diidamkan.
“Peminat saya yang sebenar, mereka faham tujuan saya. Mungkin para pembenci atau mereka yang tidak mengenali saya yang lebih memberikan komen dana kata badan saya makin berisi.
“Ada juga yang kata saya sedang sakit, gemuk dan tidak kelihatan seperti dahulu lagi. Pada saya, kalau saya lagi melayan komen-komen negatif itu, ia akan mematahkan semangat saya untuk terus mendapat bentuk badan yang saya inginkan.
“Sebab itu juga saya ada memuat naik hantaran di media sosial memaklumkan yang saya akan berehat seketika sepanjang proses ini. Saya tahu perkara seperti ini akan terjadi.
“Ketika ini, waktu saya di skrin telefon mungkin dalam lima jam sahaja. Jika saya berkongsi apa-apapun, segalanya berkaitan kerja sahaja,” katanya kepada MH.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.
Dalam majlis yang sama, pelakon drama Thariq Ridzuan itu turut mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai pemenang utama GMWA2025 selepas meraih lebih dua juta undian.
Meerqeen sebelum ini turut dikenali sebagai bintang kelahiran program realiti, Hero Remaja 2020.
Mengulas lanjut mengenai transformasinya, Meerqeen menjelaskan, dia kini menjalani rutin diet serta latihan gimnasium yang tersusun bersama pasukan profesional bagi memastikan sasaran fizikalnya tercapai.
“Banyak perubahan yang saya lakukan sejak bulan September tahun lalu. Berat badan saya daripada 74 kilogram kini sudah mencecah 86 kilogram (KG). Saya akan naikkan lagi sampai 90KG, barulah saya akan turun sehingga 75KG.
“Ini merupakan persiapan saya untuk memainkan watak dalam sebuah filem. Tranformasi ini bukan untuk saya. Ini adalah untuk karakter itu sendiri.
“Saya persiapkan badan saya ini dengan pasukan saya sendiri. Mereka semua merupakan ahli bina badan profesional. Mereka menjaga pengambilan nutrisi dan segala aktiviti saya di gimnasium,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada bayaran yang diterimanya setimpal dengan usaha keras yang dilakukan, Meerqeen menyifatkan ia sebagai sesuatu yang berbaloi.
“Alhamdulillah. Namun, saya tak tahu maksud tinggi itu bagaimana. Sepanjang jadi pelakon, saya tak pernah bertanya tentang bayaran orang lain.
“Mungkin ini adalah bayaran yang biasa sahaja. Jika tinggi, alhamdulillah tapi saya merasakan ia berbaloi. Sebab itu saya setuju,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu meletakkan sebarang jangkaan terhadap kejayaan filem tersebut, namun komited untuk memberikan sepenuh usaha sepanjang tempoh penggambaran.
“Kita tak boleh nak menjangkakan hasil yang bakal terjadi. Apa yang boleh saya rancang, sepanjang penggambaran nanti, saya akan buat yang terbaik.
“Jika filem itu meletup, ia satu penghargaan buat saya dan berbaloi untuk saya menolak setiap perkara yang datang semata-mata untuk mempersiapkan diri untuk membawakan watak itu sahaja,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.