Vokalis rock senior, Datuk Awie selamat pulang dari mengerjakan umrah semalam.
Ketibaan Awie di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut keluarga dan rakan terdekat. Turut kelihatan ialah bersama peminat yang juga dikenali sebagai Sayap-Sayap Wings.
Menerusi Instagram Sayap-Sayap Awie, akaun berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat semua yang memberikan doa buat penyanyi tersebut sepanjang berada di tanah suci.
“Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya. Terima kasih kepada semua pihak yang mengutuskan doa serta ucapan.
Malah, difahamkan juga, pada 24 November lalu, Sayap-Sayap Wings ada memuat naik satu status sambil mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat penyanyi Tragedi Oktober yang pada ketika itu mengerjakan umrah.
Ads
“Sayap-Syap Wings ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Dato’ Awie yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah. Semoga dipermudahkan serta memperoleh umrah yang mabrur.
Ads
“Kami mendoakan agar Dato’ Awie dikurniakan kesihatan yang baik, berjaya dalam apa jua yang dillakukan, dimurahkan rezeki, ceria selalu di samping keluarga tercinta dan diberkati-Nya,” tulisnya lagi.
Penerbit Datuk Rafiena Ezanee Ramli yang kini sedang fokus terhadap drama rantaian terbaru terbitan syarikatnya, Darkwave Pictures berjudul Syukrgaku Tak Sempurna 2 (STS2) bakal ke tanah suci bagi menunaikan umrah 10 Disember depan.
Turut menyertai rombongannya ke sana ialah ahli keluarga tercinta.
Berkongsi mengenai pemergiannya ke tanah suci dengan lebih lanjut, Rafiena menjelaskan niat untuk menunaikan umrah sebenarnya sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu.
“Kalau nak diikutkan, saya pasang niat untuk ke tanah suci sudah lama, dah lama tergerak hati tetapi masih belum berkesempatan dan akhirnya, nenek bersama ahli keluarga lain yang pergi tunai umrah terlebih dulu. Malah emak pun sudah pun dipanggilNya untuk tunai haji.
“Jadi kali ini saya sudah tekad untuk jejakkan kaki ke sana seterusnya tunai umrah buat kali pertama, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah yang mendorongnya untuk ke sana kali ini, Rafiena menjelaskan semuanya bermula dengan tiga mimpi berkaitan yang seolah-olah menjentik hati.
“Sudah tiga kali saya mimpi perkara yang hampir sama. Pertama tahun lalu apabila saya mimpi sedang melakukan solat betul-betul di hadapan kaabah. Tiada ramai orang waktu itu dan saya dengan mudah dapat lakukan solat.
“Mimpi kedua pula, saya berpeluang untuk mencium Hajarul Aswad selepas tunai solat sehinggalah yang terbaru, saya sekali lagi mimpi berjalan menuju kaabah dengan emak. Jadi memang kali ini saya kena tekadkan niat untuk ke sana.
“Rasa tak sabar dan alhamdulillah, moga semuanya akan dipermudahkan,” terang Rafiena yang sudah berniat untuk mendoakan kesejahteraan keluarga selain mendoakan yang baik-baik buat perkembangan syarikat dan anak syarikat yang lain.
“Pohon doa yang baik-baik, dimurahkan rezeki serta dihindari daripada hasad dengki,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Rafiena turut menyambut kehadiran seramai 40 orang anak angkatnya dari Madrasah Idrisiah, Perak.
Selain dapat beramah mesra sebelum pemergian Rafiena ke tanah suci, anak-anak ini juga turut berkesempatan menyaksikan sendiri penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam.
“Saya memang mahu isi masa bersama mereka sebelum tunai umrah dan kebetulan dapat berjumpa sebab mereka dari Seremban kerana mengikuti satu program. Jadi bila mereka hadir, dapatlah anjurkan sedikit jamuan dan doa selamat,” akhirinya.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah para pelakon drama tersebut iaitu Raja Ilya dan Zarina Zainoordin. Sekuelnya turut menampilkan lakonan mantap Shah Iskandar dan Haliza Misbun sementara sutradara Raja Mukhriz pula menggalas tugas sebagai pengarah.
STS2 dijangka bakal ditayangkan menerusi saluran Hypp TV Mac tahun hadapan.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sangka dahulunya dia hanyalah seorang gadis biasa yang terkenal melalui media sosial sebagai Instafamaous. Namun kini, rezekinya pula ke dunia lakonan.
Individu yang dimaksudkan ialah Scha Elinnea atau nama sebenarnya Natasha Mohamad Mubeen yang kini semakin dikenali apabila wajahnya sering menghiasi kaca televisyen.
Scha, 19 mula bergiat aktif dalam dunia lakonan menerusi drama Mr.Grey yang popular satu ketika dulu dengan hanya memegang watak sampingan sahaja. Drama tersebut turut dibarisi pelakon seperti Fendy Bakry dan Eyra Hazali.
Anak kelahiran Kedah ini juga mulai dikenali ramai apabila dia memegang watak sebagai Iyan menerusi drama trending satu ketika dulu iaitu Cik Reen & En. Ngok Ngek arahan Hadith Omar.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.