Usahawan terkenal, Datin Rita Sosilawati mendedahkan dirinya memang tidak menyangka namanya akan dipilih untuk menjadi duta bagi jenama pembekal produk elektrik, E.S.H Sdn. Bhd bersempena kempen ESH RAYA 2022.

Menurut Rita, dia menganggap peluang ini sebagai satu rezeki meskipun sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang pengalaman bergelar seorang duta.

Katanya lagi, pihak ESH nekad untuk memilihnya kerana reputasinya sebagai ikon wanita berkerjaya.

Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir

“Saya sebenarnya tak sangka dipilih menjadi duta sempena kempen ESH Raya 2022. Walaupun usia semakin bertambah, tapi masih ada yang percaya dan ingin menjadikan saya sebagai duta. Saya rasa syukur sangat-sangat. Mungkin ini rezeki dan saya kan buat sebaiknya.

“Saya ada bertanya mengapa mereka memilih saya dan mereka mengatakan saya ini melambangkan wanita secara keseluruhan. Seorang yang berkerjaya tetapi masih ada masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu yang memasak dan menggunakan perkakasan elektrik setiap hari.

IKLAN

“Rupa-rupanya pemilik syarikat ini merupakan salah seorang pengikut saya di Instagram. Mereka suka lihat saya memasak dan suka cara saya di Instagram. Saya segan juga sebenarnya sebab saya tak penah menjadi duta mana-mana produk selain produk saya,” katanya kepada MH.

Ibu kepada empat orang cahaya mata ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program tanggungjawab sosial korporat (CSR) E.S.H X Datin Rita Sosilawati yang berlangsung di Bangsar Shopping Center pada Selasa.

Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir

Rita turut menambah, pada kerjasama kali ini, dia bersama pihak ESH akan menyerahkan bantuan berupa perkakasan eletrik dan barangan keperluan asas buat 200 keluarga yang terjejas akibat musibah banjir yang berlaku di Kampung Kemat dan Kampung Menjing, Terengganu baru-baru ini.

IKLAN

“Segala perancangan telah diatur. Pada minggu hadapan, saya dan pihak ESH akan menyerahkan barangan eletrik yang telah dijanjikan buat mangsa-mangsa banjir di Terengganu.

“Perkakasan elektrik ini memang pilihan mereka sendiri antaranya dapur gas dan periuk nasi. Kita akan bagi apa yang mereka perlukan dan bukan apa yang kita mahu. Sudah ada 200 keluarga di dalam senarai kami.

“Misal kata ada pula bancana-bencana yang lain, kita akan teruskan usaha ini. Kalau diizinkan saya mahu usaha ini diteruskan selama yang boleh untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk menjadi duta kepada produk-produk lain pula selepas ini, Rita memberitahu, segalanya tidak mustahil tetapi haruslah mengikut kesesuaian masa.

IKLAN

Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir Rita Sosilawati Sumbang Perkakas Elektrik Buat 200 Keluarga Mangsa Banjir

“InsyaAllah, saya sedia dipinang tetapi mengikut kesesuai masa. Saya tidak mahulah ambil segala brand yang datang. Pada saya, bila saya sudah terlibat, komitmen yang saya akan berikan adalah 100 peratus.

“Saya tak boleh sekadar tangkap muat sahaja sebab ini melibatkan reputasi saya. Orang mengenali saya sebagai seorang yang jarang memimbulkan masalah. Rasanya tiada pun kontroversi yang saya cetuskan.

“Kalau boleh, saya ingin menjaga nama saya sebaik mungkin. Kata orang nak membina nama dan reputasi ini bukan senang tetapi nak menjatuhkan amat mudah. Dalam satu minit pun boleh terjadi,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI