Pelawak dan penyampai radio, Angah Raja Lawak memaklumkan dirinya sudah pun membuat keputusan untuk berhenti sementara daripada menjadi penyampai di stesen radio Sinar Fm.
Perkara tersebut diumumkan angah secara langsung ketika ke udara di segmen Pagi Di Sinar pada pagi Rabu.
“Masalah ini berlarutan. Jadi, sebelum saya nak kembali sihat ini, saya ambil keputusan untuk berhenti sebagai penyampai di radio Sinar.
“Saya akan berhenti sekejap tapi tak tahu lagi macam mana keadaan pada masa hadapan nanti,” katanya.
Pada masa sama, Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim memaklumkan keputusan tersebut dibuat disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Lantaran itu, Angah turut menjelaskan ketiadaannya di Sinar sebelum ini bukan disebabkan masalah disiplin tetapi dia harus berehat untuk kembali pulih.
“Melihat perjalanan saya sebelum ini, saya kerap kali cuti. Jadi, saya risau orang akan anggap saya main-main dan tak serius soal kerja.
Ads
“Padahal apa yang saya lalui ketika ini adalah disebabkan masalah kesihatan. Selagi saya tak sihat, saya tak nak masalah ini berlarutan.
“Kalau saya bangun pukul 4 pagi dan darah tinggi datang lagi, saya terpaksa cuti lagi. Saya akan mengganggu kawan-kawan yang lain.
“Saya perlukan kerja dan memang nak kerja. Saya bukan tak datang kerana sengaja. Saya sakit,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, rakan penyampai turut menzahirkan rasa sedih dengan keputusan yang dibuat oleh Angah itu.
Menerusi hantaran di Instagram, pelawak Rahim R2 menyifatkan ketiadaan Angah pasti akan dirindui dan dia juga mendoakan semoga Angah terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi selepas ini.
“Meskipun harus berpisah, kita tetap akan menjadi sahabat yang selalu ada di hati masing-masing. Walaupun jarak memisahkan, tapi hati kita tetap bersatu.
“Esok mungkin kita berbeda tempat, tapi kenangan kita tetap sama. Angah..kau sentiasa dihati aku,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi rakan penyampai dan pelawak Jep turut menitipkan doa agar Angah kembali sembuh seperti sedia kala.
“Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan kesihatan Angah.
Ads
“Angah orangnya sangat sopan bila bercakap. Suka bila dengar celoteh Angah. Sedih bila Angah sudah tiada di Sinar. Semoga Angah diberikan kesembuhan dan dapat menceriakan konti Sinar semula.
“Angah ni deejay paling relax dan sopan. Suka karakter dia.
“Kenapa aku sedih bila Angah berhenti. Semoga Angah diberikan kesihatan yang baik-baik.
“Tak best bila Angah tiada tapi kesihatan lagi penting. Selamat maju jaya Angah,” antara komen-komen di Isntagram.
Terdahulu, rakan-rakan penyampai di stesen radio Sinar turut hadir pada pagi ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat Angah.
Antara penyampai yang hadir ialah Dina Nazir, Falyq Hikyle dan Roy Azman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM, Angah, Rahim R2, Jep & Falyq Hikyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdulillah syukur ya Allah. Alhamdulillah isteri saya @el_mrsfitri telah selamat melahirkan anakanda (bayi lelaki) kami. Terima kasih atas doa yang di kirimkan
“Doa agar kesihatan baby dan mama nya di beri kesihatan yang baik, baby sekarang di penjagaan rapi untuk menstabilkan pernafasan
“Azan juga di lakukan secara berhati-hati untuk kebaikan baby..dalam penjagaan rapi,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC itu menerusi sebuah hantran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Fitri memaklumkan anaknya kini sedang ditempatkan dibawah jagaan rapi bagi menstabilkan semula proses pernafasan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu, Wahai Kekasihku ini turut menitipkan ucapan penghargaan buat para doktor serta jururawat yang telah pun bertungkus lumus sepanjang proses melahirkan tersebut berlangsung
“Terima kasih kepada Dr.Fatimah, Dr. Maisarah, dan semua team di @annurspecialisthospital yang senantiasa berusaha nurse2 di sini.. masyaa Allah. Syukur ya Allah…syukur,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Fitri telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019.
Fitri yang pernah tiga kali menduda telah pun terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Sofea Soleha, 17 yang kini menetap bersama bekas isterinya di Singapura.
Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini telah pun berusia 11 tahun.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Dr. Fitri Haris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melalui sidang video bagi mendapatkan gambaran manfaat yang diperoleh daripada bantuan tersebut.
Memetik Bernama, sidang itu berlangsung ketika Muhyiddin melawat Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan di sini, bagi meninjau operasi serta status pelaksanaan langkah-langkah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang jumlah keseluruhannya RM295 bilion.
Penerima-penerima yang dihubungkan melalui sidang video itu mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang disalurkan itu.
Antara yang berpeluang berinteraksi dengan Muhyddin hari ini ialah pasangan suami isteri YouTuber viral yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’.
Pasangan sebelum ini turut menerima sumbangan barang keperluan daripada perdana menteri yang membolehkan mereka meneruskan minat memasak.
Muhyiddin sempat mengusik M. Sugu, 29 dan isterinya S. Pavithra, 28, dengan bertanya : “Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing.”
Pasangan yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) itu berkata bantuan itu meringankan beban mereka terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berasal dari Sungai Siput, Perak, pasangan itu berhasrat membuka restoran sendiri. Saluran YouTube ‘Sugu-Pavithra’ kini mempunyai lebih 600,000 pengikut.
Perjalanan sidang berkenan turut dikongsikan menerusi Facebook Bernama.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau operasi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi…
Rosnizam Ishak, 43, pula menggunakan dana BPN untuk memulakan perniagaan kambing perap setelah kedai makan yang diusahakannya sejak 2015 terjejas sewaktu PKP hingga terpaksa ditutup akibat perniagaan merosot selain pekerja tidak hadir bekerja atas faktor keselamatan.
Kesan daripada PKP itu, katanya dia dan isterinya mendapat idea perniagaan baharu yang bersesuaian dengan kebiasaan baharu dengan memilih mengusahakan perniagaan kambing perap sejuk beku.
“Musibah telah menjadi hikmah. Perniagaan kambing mendapat sambutan luar jangkaan. Penggunaan 100 peratus media sosial telah memulihkan ekonomi kami,” kata Rosnizam yang berasal dari Bertam, Pulau Pinang, sambil menambah BPN itu diberikan tepat pada masanya.
Rosnizam berkata usahanya tidak terhenti di situ sahaja kerana perniagaan itu turut membuka peluang kepada orang lain dengan menjadi ejen dan penghantar kambing perap untuk menampung pendapatan semasa PKP.
Pemandu teksi di Lembah Klang, Ahmad Rusdi Mat Daud, yang terkesan ketika PKP berkata bantuan one-off RM600 untuk pemandu teksi dan BPN sebanyak RM1,600 telah membantu meringankan bebannya.
Berkongsi kesukaran ketika PKP, Ahmad Rusdi, 52, berkata pendapatannya begitu terjejas dan ketika itu amat sukar untuk mendapat RM20 walaupun bekerja sehingga 13 jam.
Turut berinteraksi dengan perdana menteri ialah Pajan Singh Kirpal Singh, 55, pemilik hotel bajet di Kuantan, Pahang yang menerima bantuan subsidi upah dan moratorium pinjaman bank.
Walaupun perniagaan hotel terjejas, beliau masih menyediakan perkhidmatan percuma untuk barisan hadapan yang bertugas ketika tempoh PKP bagi menghargai pengorbanan mereka.
Michael Lo Vun Leong dari Tamparuli, Sabah pula memanfaatkan bantuan pembiayaan BSN Micro/i Kredit sebanyak RM60,000 sebagai suntikan modal perniagaan dan membayar gaji pekerja.
Lo, 45, terlibat dalam perniagaan pengangkutan barang-barang sejak 2016, namun mengalami kerugian kerana perniagaan tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP.
Sesi persidangan video kira-kira 20 minit itu turut dihadiri Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah, dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Sumber: Bernama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar duka menyeliputi industri seni Indonesia apabila penyanyi dan pelakon terkenal era 80an, Marissa Haque dilaporkan meninggal dunia pada tanggal 2 Oktober 2024.
Berita kematian wanita berusia 62 tahun itu disahkan sendiri dalam satu mesej yang disampaikan kepada media tempatan.
“Assalamualaikum wr.wb. Innalillahi waina ilaihi rojiun, telah berpulang dengan tenang ke rahmatullah, Assoc. Prof. Dr. Marissa Grace binti Haque – Fawzi. Pada 2 Oktober 2024 pukul 00.50 WIB.
“Semoga Almarhumah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadahnya dan berpulang dalam keadaan Husnul Khotimah dan ditempatkan di tempat terbaik di sisi Allah SWT,” tulis pesanan yang diberikan.
Allahyarham Marissa bersama suami, Ikang Fawzi.
Setakat artikel ini ditulis, punca kematiannya belum lagi dikongsikan kepada umum, walaupun begitu menurut beberapa sumber jenazah akan disemadikan di Tempat Pemakaman Umum Tanah Kusir.
Popular pada era 80an, anak jati Balik Papan ini memulakan karier apabila muncul sebagai penyanyi menerusi sanggar ‘Swara Mahardika’. Dia kemudian melebarkan sayap ke dalam dunia lakonan dan berlakon dalam beberapa filem.
Penampilan cemerlangnya dalam filem Tinggal Landas Buat Kekasih melayakkannya memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Piala Citra yang merupakan salah satu anugerah berprestij dunia perfileman Indonesia.
Marissa ketika memenangi Piala Citra pada 1985.
Berkahwin dengan penyanyi Ikang Fawzi pada 1986, Marissa meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu, Isabella Fawzi dan Chikita Fawzi.
Seorang yang mementingkan Pelajaran, Allahyahamah memperoleh gelaran Doktor Falsafah (PhD) apabila menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di Institut Pertanian Bogor pada 2012.
Marissa pernah berkhidmat dalam dunia politik sebagai anggota DPR Republik Indonesia bermula 2004 sehingga 2009.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia pernah menghadapi...