Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia pada 17 April 2010 dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd (Lekas).
Menurut laporan, allahyarham yang ketika itu berusia 37 tahun tidak sempat menyelamatkan diri selepas terbabas dan melanggar papan tanda.
Ads
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Ads
Allahyarham dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.
Al-fatihah buat Achik dan salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham.
Foto : Instagram Tajul Ariff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena Ramadan tahun ini, Datuk Lee Chong Wei ada berkongsi kenangan saat dirinya bersama pemain pelapis lain ketika menjalani latihan di Bukit Jalil ketika usianya masih belasan tahun.
Dedikasi tersebut disampaikan bintang sukan hebat ini menerusi satu posting di Instagram beberapa hari lalu, ketika seluruh umat Islam seluruh negara menyambut 1 Ramadan.
Sambil menyifatkan puasa tahun ini sebagai suatu memori yang akan diingati buat selamanya, dia turut terkenang memori apabila seorang rakannya beragama Islam yang terpaksa menjalani ibadah puasa dan pada masa sama perlu jalani latihan intensif yang ketat.
“Happy Ramadan kepada sumer umat Islam seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Bulan puasa 2020 mmg special. I pasti sumer rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya, dan dicerita kpd anak-anak cucu-cucu nnt masa akan datang.
“Walaupun I tidak mengamalkan ibadat puasa, tapi I harap kawan-kawan sumer dapat berpandangan positif berpuasa MCO kat rumah dgn keluarga tersayang. Bersyukur kerana ramai yg tidak dapat bersama keluarga akibat Covid19 ni.
“I selalu ingat time masih belasan umur, baru masuk bukit jalil. Bulan puasa. Training penat gila. Matahari terik gila. Coach time tu tak tahu lah kenapa, gaduh ngan bini atau kalah stok market, marah sajer hari tu. Bawak team pemain pelapis termasuk saya gi trek balapan. Suh lari 12 km terus.
“Punyerlah panas…. Sambil I lari I toleh belakang, hati kesian kat teammate muslim H yang usia jambu mcm I. Tanya dia, ok tak? Dia jawab ok walaupon muka pucat.
“Lepas habis 12km, tercangkung penat kat corner stadium, minum air sambai basahkan muka sebab panas. H pon sampai. Ingtkan nk minta air, kita pon standby nak hulur. Tapi dia hanya senyum, basuh muka dan beransur balik ke hostel. Respek sgt.
“Masa buka puasa bersama, terlihat wajah “kepuasan” H apabila terdengar azan. Respek I untuk dia sampai sekarang tak luntur.
Selamat Berbulan Puasa, kawan-kawan semua! Bersama Kita pasti Menang!,” tulisnya panjang lebar.
Dia bagaimanapun tidak pula mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan dengan ‘H’ sebagaimana yang ditujukan.
Sementara itu, para pencinta sukan turut memberikan reaski terhadap ucapan serta pengkongsian murni yang dititip Chong Wei.
Dalam meniti perjalanan kerjaya yang tidak sunyi daripada perhatian umum, pelakon Ruhainies memilih untuk terus melangkah ke hadapan dan memberi tumpuan kepada kehidupan serta...