Terbaru,heboh di media sosial mengatakan bahawa Datuk Siti Nurhaliza telah hamil terus menjadi tanda tanya ramai.

Tahniah, Siti Nurhaliza, hamil

Berita kehamilan Siti adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu jutaan peminat, lebih-lebih lagi selepas beliau keguguran dua tahun lalu.

Bermula dengan muat naik gambarnya mengenai susu kambing dan kurma di akaun laman Instagram miliknya yang disifatkan sebagai antara kombinasi terbaik bagi ibu mengandung, mencetus berita Siti sudah berbadan dua.

Walaupun belum disahkan, berita ini sudah cukup menggembirakan dan mengujakan para peminat Siti . Disebabkan itu, ratusan jutaan tahniah telah pun diterima oleh beliau di laman sosial di ruangan komen di Instagramnya.

 

IKLAN

Sudah pasti ramai yang teruja dan inginkan kebenaran dari empunya diri.

Selain itu, tularnya kes bocornya maklumat ujian darah kononnya milik individu bernama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ juga mengaitkan spekulasi Siti sudah hamil.

Menurut satu sumber yang entah dari mana, satu sample ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya Isnin lalu, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Bagaimanapun, tidaklah diketahui sama ada nama tersebut merujuk kepada penyanyi nombor satu Malaysia ini ataupun individu lain.

Dalam masa sama, suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd meminta spekulasi berhubung berita itu agar dihentikan.

Tambah Datuk K, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu.

Apapun, MH doakan agar Siti Nurhaliza dan suami dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Amin.

 

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official