Usanita Entertainment Sdn. Bhd. dengan bangganya mempersembahkan telefilem terbaharu bertajuk Saling Tak Terlihat, arahan pengarah prolifik Izuan Mokhtar, yang bakal menemui penonton pada 6 November 2025, jam 9 malam.
Telefilem ini diterbitkan di bawah jenama UTV milik Usanita Group yang diketuai oleh Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan.
Ia menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air termasuk Datuk Remy Ishak, Nora Danish, Fattah Amin, Alicia Amin, Ummie Aida, Aleza Shadan, dan Raja Azmi.
Mengangkat tema cinta, kehilangan, dan semangat untuk bangkit semula, Saling Tak Terlihat menawarkan kisah yang menyentuh hati dengan sentuhan sinematik menawan, berlatar belakangkan keindahan Auckland, New Zealand.
“Saya bersyukur bila sekali lagi dapat bergandingan dengan Datuk Remy Ishak sebab memang merindui rakan-rakan pelakon lama saya dalam lakonan.
“Naskhah ini juga agak berat untuk saya bawakan sebab memegang watak sebagai wanita yang tidak dapat melihat,” kata Nora ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Saling Tak Terlihat di Dadi Cinema, Pavilion, pada Selasa.
Sementara itu menurut Izuan, telefilem ini dijalankan penggambaran selama sembilan hari, dua hari di Malaysia dan tujuh hari di Auckland, dengan pelbagai cabaran dari segi logistik, cuaca, dan penyesuaian jalan cerita.
Ads
“Sebenarnya idea asal telefilem ini saya rancang untuk menjalani penggambaran di Morocco… tapi akhirnya kami ubah lokasi ke New Zealand kerana faktor logistik dan visual yang lebih sesuai dengan naratif baharu,” katanya.
Kisah Cinta & Deria Menyentuh Hati
Dalam pada itu, Izuan turut berkongsi, idea telefilem ini lahir daripada keinginannya menggabungkan cinta dan kulinari.
“Saling Tak Terlihat ialah cerita tentang cinta dan makanan. Ia menggabungkan rasa cinta terhadap masakan dan rasa cinta antara dua insan.
Ads
“Saya mahu penonton merasakan keindahan cinta yang datang bukan daripada pandangan mata, tetapi daripada ‘rasa’ yang lebih mendalam.”
“Watak utama wanita digambarkan sebagai seorang gadis buta, menjadikan tema ‘deria dan rasa’ lebih kuat dan simbolik dalam penceritaan,” katanya lagi.
Bagi Datuk Adzliana Hasan pula, Saling Tak Terlihat adalah sebahagian daripada usaha UTV memperkenalkan naskhah berkualiti tinggi dengan wajah pelakon yang pelbagai, memperkukuh nilai karya tempatan setaraf produksi antarabangsa.
Ads
Saling Tak Terlihat bermula apabila seorang chef terkenal iaitu Ghaz yang dilakonkan oleh Remy Ishak telah kehilangan ibunya, lalu hilang arah dalam masakannya.
Dalam pencarian ketenangan di Auckland bersama adiknya dan rakan sekerja (lakonan Fattah Amin dan Alicia Amin), Ghaz bertemu Safera (Nora Danish), gadis buta yang mengubah hidupnya.
Bagaimanapun wujud konflik dan salah faham yang boleh memisahkan cinta yang baru berputik.
Telefilem ini akan disiarkan secara eksklusif di UTV pada 6 November 2025, jam 9 malam, dengan runut bunyi (OST) berjudul ‘Jadikan Aku Nadi Hidupmu’ ciptaan Ajai dan dipersembahkan oleh Lah Ahmad, menambah lagi kekuatan emosi cerita.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana, 27, mendedahkan hubungannya bersama Zizan Razak, 39, tidak lebih dari sekadar kawan selain menyifatkan personaliti itu sebagai seorang abang.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan menjawab persoalan tersebut selepas timbul desas-desus mereka kini sedang menjalin hubungan akrab.
“Saya dan Zizan sudah lama berkawan, dari saya baharu masuk industri lagi. Namun saya tak nafikan, sememangnya Zizan kuat mengusik, suka mengacau dengan berkongsi gambar kami.
“Tapi kami tiada apa pun, saya pun anggap dia macam abang. Dia pun kiranya ialah senior saya dalam industri. Saya juga pernah menemubual dia beberapa kali sebelum ini.
“Malah, mungkin ramai buat telahan susulan sama-sama terbabit dalam telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri arahan Micheal Ang,” katanya.
Menerusi naskhah terbabit, mereka mendukung watak sebagai suami isteri.
“Cerita romantik komedi itu pun sangat menarik dan saya gembira dapat bekerja dengan Zizan.
“Jadi ini dikira lakonan pertama saya kerana sebelum ini saya tak pernah berlakon pun. Sebelum ini saya hanya bertugas sebagai pembaca berita dan mengacara sahaja.
“Tapi selepas sekarang mengacara program hiburan, MeleTOP, saya perlahan-lahan memasuki dunia hiburan, jadi lakonan adalah benda baharu bagi saya,” katanya lagi.
Hawa menambah, dia juga tidak kisah dengan usikan netizen, cuma komitmennya kini hanya kepada kerjaya.
“Bagi saya, usikan itu biasa sebab mungkin apabila melihat kami berdua, orang mengusik. Saya pun hanya anggap dia macam abang saya, jadi saya tiada apa pun dengan usikan itu.
“Keluarga saya pun tahu saya macam mana, jadi mereka tiada cakap apa-apa.
“Lagipun sekarang ini berkahwin bukan keutamaan saya, memandangkan saya banyak buat benda baharu sekarang ini.
“Jadi saya lebih fokus untuk memperbaiki diri saya supaya menjadi pelakon dan pengacara yang lebih baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer Ajai memaklumkan hubungan anaknya, Ayu Nazirah dengan bekas isteri iaitu penyanyi Nourul Wahab sudah kembali jernih.
Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 48, berkata, mereka sudah berhubung dan saling bermaafan atas kemelut yang berlaku sebelum ini.
“Mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya dia ada hubungi mamanya (Nourul). Mereka dah bermaafan.
“Alhamdulillah hubungan mereka dah okey. Biasalah kisah ibu terasa ini. Tiada apa yang serius pun,” katanya.
Ajai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu Saag Hilang Cintamu daripada Aufahanie di Damansara, Selangor.
Ajai juga menjelaskan, dia tidak pernah masuk campur atas kemelut yang berlaku antara Nourul dan Ayu sebelum ini.
“Bagi saya dua-dua sudah pun dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini saya dah faham sangat.
“Mereka ialah darah daging. Mesti akan berbaik kalau ada masalah,” katanya lagi.
Dalam masa sama Ajai turut menafikan dakwaan anaknya yang tinggal bersama pelakon Maria Farida sehingga menjadi punca perbalahan.
Malah, Ajai menyambut baik hubungan cinta Ayu bersama anak aktres Maria, Mizan Ashley.
“Ayu pernah jadi pembantu peribadi kepada Maria. Tetapi dia sekarang ada kerja sendiri dalam bidang Zoologi. Dia pun kini ada rumah sendiri.
“Kalau Ayu nak kahwin saya terbuka. Itu pilihan dia dan saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.
“Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dahulu. Untuk bakal suami Ayu stabilkan dahulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.
Terdahulu pada September lalu, Nourul berkongsi di media sosial foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan Ayu sekitar 25 tahun lalu dan seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai ‘ibu baru’.
Perkongsian dibuat itu menerima pelbagai komen netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.
Ayu Nazirah ialah cahaya mata tunggal Nourul bersama bekas suami, komposer Ajai yang bernikah pada 1996 dan sah bercerai pada 2006.
Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-29, penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi ada berkongsi beberapa keping foto dirinya di zaman kanak-kanak bersama peminat.
Dia yang sinonim dengan lagu Di Matamu ini telah memuat naik foto berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.
Lalu, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada peminat yang memberikan reaksi pelbagai selain titipan hari jadi.
Sekadar informasi, Sufian dilahirkan pada 3 Mei 1992 di Mersing, Johor.
Foto: Instagram Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular Korea Selatan, HyunA mencetuskan kebimbangan ramai apabila rebah secara tiba-tiba semasa membuat persembahan di festival muzik Waterbomb Macau 2025 pada 9 November...