Zaman sekarang kes menjalinkan hubungan dengan suami orang bukanlah perkara yang asing. Malah ada juga individu yang langsung tidak malu untuk mengaku perkara ini secara terbuka.

Memetik daripada satu sumber hiburan, pelakon wanita, Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin memberitahu dia tetap dengan prinsipnya untuk menolak lamaran daripada lelaki yang berstatus suami orang untuk dijadikan sebagai suami.

“Saya tidak akan sesekali menerima lamaran suami orang dan rasanya lelaki bujang pun ramai lagi dekat luar sana.

 

“Tak mahu lah nanti timbul isu atau masalah lain membabitkan isteri lelaki tersebut. Saya pun wanita dan faham perasaan mereka.

 

“Sebolehnya minta dijauhkan dengan suami orang, bukan menolak jodoh tapi itu prinsip saya,” katanya kepada Mstar Online.

Reen Rahim Tak Akan Terima Lamaran Suami Orang

MH kagum dengan prinsip pelakon cantik ini malah MH juga turut bersetuju dengan setiap apa yang dikatakan.

Ads

Ramai lagi lelaki yang masih bujang di luar sana jadi tidak perlulah seseorang wanita itu untuk memilih lelaki yang berstatus suami orang untuk dijadikan teman hidup.

Namun jika sudah tertulis siapalah kita untuk menolak takdir itu. Tetapi jika boleh di elak, sebaiknya elakanlah.

Ads

Reen Rahim Tak Akan Terima Lamaran Suami Orang

Ads

Sungguhpun begitu, Reen juga berkata dia lebih selesa bercakap tentang kerjayaannya berbanding hal peribadi.

“Soal peribadi… kalau orang luar nak menghakimi saya terpulanglah, tapi saya tahu masih ramai yang menyayangi saya.

 

“Sebagai wanita siapa yang tidak mahu berkahwin tetapi buat masa sekarang biarlah saya fokus kepada karier lakonan terlebih dahulu,” katanya.

Apapun MH doakan yang terbaik buat Reen dan semoga pelakon ini berjaya dalam kerjayanya sebagai anak seni.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI