Jika sebelum ini adik kepada pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose sering mendiamkan diri dan tidak terlalu terbuka bercerita tentang dirinya, kini sejak membintangi drama bersiri di TV3 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Raysha Rizrose yang memegang watak utama mula mendapat tumpuan ramai.

Menurut Raysha, sejak kebelakangan ini ramai yang mula cuba untuk menyatukan dirinya bersama pasangan lakonan, Idris Khan kerana sukakan keserasian mereka.

Ads

Namun, menurut Raysha enggan bercinta dengan Idris. Baginya ‘percintaan’ mereka cukuplah sekadar di kaca TV dan tidak harus dibawa ke mana-mana.

“Saya hanya anggap dunia lakonan ini sebagai kerja saya sahaja. Saya tidak memandang serius terhadap hubungan ini dan enggan bercinta dengannya.
Saya tidak suka bila orang kata saya bercinta dengan Idris di luar konti kerana benda itu adalah sesuatu yang tidak benar,” jelasnya kepada MH Online.

Ads

Malah Raysha juga menambah sekirannya dia ingin bercinta, individu tersebut bukanlah Idris Khan kerana hubungannya bersama Idris hanya sebagai rakan pelakon sahaja.

Ads

MH Online mengambil kesempatan untuk bertanya apakah status hubungannya sekarang, tetapi Raysha enggan menjawab soalan tersebut kerana ingin fokus dalam kerjayanya.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu campurkan kisah peribadi saya kerana masih muda. Banyak benda yang harus saya lalui.

 

“Lagi pula bagi saya hubungan itu bukanlah sesuatu yang penting buat masa ini kerana ingin fokus dalam kerjaya terlebih dahulu,” katanya lagi.

Apa pun MH Online ingin ucapkan tahniah buat Raysha kerana berjaya membawa watak dalam drama PTRNTD dengan bagusnya. Malah kami akui Raysha memang nampak cantik dalam drama tersebut.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI