Tindakan usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias yang sebelum ini ada berkongsi rakaman video sedang menjalani rawatan kecantikan di akaun Instagram miliknya mendapat reaksi pelbagai netizen.

Safiey yang sinonim dengan sapaan ‘Ratu’ bagaimanapun baru-baru ini ada menjawab pertanyaan sama ada dapat atau tidak perkara yang dicari iaitu ketengahan apabila membuat prosedur pembedahan kecantikan.

Dia yang pernah melancarkan single, Syinta Gila ini bagaimanapun menjelaskan apa yang dilakukan tiada kena mengena dengan masalah, stres dan sebagainya.

Sebaliknya, ia hanyalah kesukaan selain beberapa aktiviti lain seperti membeli-belah dan mencantikan diri.

“Ratu Bedah Bukan Sebab Ada Masalah, Stres, Down. Tak Ada Kena Mengena Dengan Ketenangan…,” – Safiey Illias

IKLAN

“Pelik, bila ratu kene tanya “dapat x apa yg dicari iaitu ketenangan bila wt operation??”

1. Ratu bedah bukan sebab ada masalah , stress , down , dan xd kene mengene dgn ketenangan ke ape ke

2. Nak cantik ?? Ratu buat bkn untuk kecantikan dan bkn kecantikan kepuasan yg ratu cari

IKLAN

3. Mmg hobi ratu suka shopping , suka cantikkan diri , suka bedah , suka beli barang pastu tak pakai ratu preloved

4. Ratu buat untuk diri sendiri bkn sbb shuben suruh ke , sbb org ke , atau sebab sapa2 je lah , xd kaitan . Ratu buat untuk diri ratu dan ratu happy sbb itu yg ratu suka buat,” tulisnya di Instagram. 

IKLAN

Safiey pada masa sama menambah, minat setiap individu itu berbeza-beza.

“Korg xleh samakan mntk ratu dgn mntk korg . Ada org minat motor , mnt kumpul tupperwear , minat mancing . So stiap org hobi beza2 uolls.

“Mcm korg , korg x mnt ratu . Tp korg tetap nk komen dkt wall ratu . Tetap nk stalker . Jari gatal nk komen jugak walau tak suka . Tp ratu tak marah pun , dh mmg tu hobi korang . So ratu respect aje lah . Janji korang happy. Gitu,” tulisnya lagi.

Posting tersebut sehingga kini mendapat lebih 8,000 tanda suka beserta ratusan komen yang ditinggalkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI