Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen menafikan gosip liar yang mendakwa dirinya pernah memiliki akaun di aplikasi mencari teman sebelum menyertai pertandingan realiti tersebut.

Lebih teruk apabila bakat baru berusia 19 tahun itu dikatakan aktif menggunakan akaun tersebut untuk mencari teman sejenis.

View this post on Instagram

First of All i would like to thank my family, friends, crews, team @majalahremaja @ideaktiv and my @meerqeentroopers for always giving me a full support from day one. I would like to congratulate @nadhirnasar_ for winning this competition, aku sangat sangat bangga dengan kau dhir. Terima kasih juga @aniqshr @haziqnz @azimyusof_ @ijeebster @iamtomsz @umarhishammm @jabirmeftah @azri.khair @harizws @jazmyjuma @nadhirnasar_ kerana menjadi sahabat yang sangat baik untuk aku ❤️ • Pengalaman yang takkan aku lupa sampai bila bila. Terima kasih semua ❤️ • “Winning is great, sure, but if you are really going to do something in life, the secret is learning how to lose. Nobody goes undefeated all the time. If you can pick up after a crushing defeat, and go on to win again, you are going to be a champion someday.” Wilma Rudolph • 👔 Stylist : @reanruddean @aanatileeyana MUA : @syamielisma

A post shared by 19 BA (@meerqeen) on

“Untuk pengetahuan anda semua, saya tak pernah ada mana-mana akaun dating apps sama ada yang melibatkan kaum sejenis atau pun sebaliknya.

“Sebab rasanya kalau saya terjebak dalam semua tu saya rasa diri saya murah. Saya tak tahu tapi ini adalah pertama kali saya dengar mengenai perkara ini.

“For sure saya bukan orang yang macam tu jadi tolong jangan buat sebarang spekulasi yang tak bagus macam ni,” katanya.

IKLAN

Bagaimanapun, Meerqeen akui dia tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana perkara sedemikian turut pernah dilalui 11 peserta Hero Remaja lainnya.

“Kalau boleh, janganlah buat macam ni sebab semua orang dekat sini bukan sahaja saya termasuklah 12 peserta lain pernah terkena perkara yang sama.

“Saya tak terkejut dengan benda ni dan kalau boleh tolong hentikan. Mungkin ini yang selalu terjadi dalam industri.

IKLAN

“Semua orang tahu saya macam mana even production dan krew sebab sepanjang berada di dalam pertandingan, saya jadi diri sendiri dan tak berpura-pura.

“Orang semua kenal saya macam mana dan tahu diri saya yang sebenar. Boleh refer dekat mereka kalau nak tahu pasal saya,” katanya kepada MH.

Jejaka asal Ampang, Selangor itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Pentas Akhir Hero Remaja 2020 di Shah Alam, baru-baru ini.

IKLAN

Dalam pada itu, Meeqeen mengakui dia begitu teruja selepas diberi kepercayaan untuk berlakon di samping beberapa pelakon senior lain buat kali pertama didalam kariernya.

“Pengalaman saya sebagai sekecil-kecil insan di set tersebut, saya sangat bersyukur sebab saya dapat berkerjasama dengan Nora Danish, Azhan Rani dan Abang Achey.

“Ini adalah permulaan bagi saya dan saya dapat berlakon dengan orang-orang hebat.

“Pada saya itu adalah pencapaian paling besar buat saya ketika ini,” katanya optimis.

https://www.instagram.com/p/CCTAwGfpzkJ/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI