Drama bersiri terbaru Akasia, Bukan Gadis Biasa telah mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan meski baru 2 episod ditayangkan.
Bersiaran di TV3, rata-ratanya memberi reaksi baik terhadap lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak, Sheila Rusly dan ramai lagi itu.
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly misalnya, ada berkongsi foto yang memaparkan komen mengenai lakonannya menerusi drama terbabit.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan geram apabila menonton watak Opah Aminah yang dilakonkan ibu kepada dua cahaya mata itu.
Ads
“Ada sesiapa rasa nak tampo Opah? Sabo!! Esuk ep 3 komer #bukangadisbiasa #opahaminah #tv3malaysia #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Pelakon jelita, Mia Ahmad ada berkongsi cerita dan bergurau perihal suaminya, Mohd Izham Tarmizi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara.
Bintang berusia 32 tahun ini mendedahkan suaminya pernah ‘curi-curi’ untuk memakan baju kelawar miliknya.
“Pose teleng kepala since semua dok tanya duk rumah pun pakai lawa-lawa ke? Dah berapa hari dah husband I curi-curi pakai baju kelawar I. dah takde baju dah i nak pakai #insidejoke #curijokepm #husbandpunpakaibajukelawar #7mthspreggo,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur terhadap perkongsian bintang drama bersiri Hati Perempuan itu.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Kini, Mia sedang hamil anak keduanya yang kini sudah mencecah usia 7 bulan.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Syatilla Melvin ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di akaun Instagram.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu memaklumkan dirinya ada memberi bantuan zakat kepada yang memerlukan di saat getir wabak Covid-19.
Pelakon itu turut meminta kepada mereka yang berkenaan agar menghubunginya.
“Disebabkan itu, saya SYATILLA MELVIN ingin memberi zakat bahagian saya kepada sesiapa yg SANGAT MEMERLUKAN DALAM SAAT GETIR SEKARANG.
“saya terlalu faham! Mohon dm tilla utk tilla salurkan sumbangan. Harap dapat membantu selagi mampu, tilla akan tolong insyaallah,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji niat murni baik Syatilla meski pernah dikritik netizen, baru-baru ini.
Sekadar informasi, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.
Gambar: Instagram Syatilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang wanita yang lumpuh selepas melahirkan anak keempat.
Jelas Fedtri, wanita yang dikenali sebagai Meriam Zakaria itu disahkan mengidap penyakit Symptomatic Hypokalemia iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan sehingga menyebabkannya lumpuh dan hilang ingatan.
Walau bagaimanapun, menerusi update terbaru, wanita tersebut dilaporkan telah meninggal dunia sekitar Februari lalu.
“Aduhai ibu srikandi terhebat,
lahirkan zuriat bertarung hayat
“Begitu dalam cinta dizahir,
walau nyawa di garis akhir
“Zuriat cinta tiada tahu,
terbaring lesu seorang ibu
“Hilang daya hilang ingatan,
hanya nafas menyambung harapan
“Dalam hidup serba tiada,
suami di sisi damaikan raga
“Anak-anak hilang sentuhan,
damba pelukan syurga idaman
“Begitu kisah insan diuji,
buat yang lain hulurkan budi
“Setitis air mata tanpa jeritan,
jadi igauan menduga iman
“Catatan 2017
“Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh selepas 18 hari berpantang.
Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.”
Siapa yang ada maklumat terbaru keluarga ini, boleh berkongsi info untuk saling membantu di bulan mulia ini.
“UPDATE TERKINI – si isteri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Februari yang lalu. Al Fatihah,” kongsinya.
Menerusi ruang Insta Story, pengacara Jejak Rasul itu turut berkongsi nombor akaun keluarga terbabit andai ada pihak yang ingin tampil menghulurkan sumbangan.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!