Hos dan penyampai radio terkenal, Linda Onn tidak menyangka dirinya kini sudah tiga tahun bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata.
Kongsi Linda, anak perempuannya yang diberi nama Ungku Zara Ungku Azhar kini sudah genap mencecah usia tiga tahun, hari ini.
Di samping berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn ada menitipkan ucapan istimewa buat puterinya itu.
“3 tahun lepas, time macam ni…masih tak sangka, rasa bagai mimpi…eh dah ada anak?!
Ads
“Ungku Zara sayang, happy birthday! 3 tahun lah!.
“Remember ya my daughter, no one else loves you LIKE I DO.
Ads
“I love you sayang.. No matter how “ulat” you are now. (tak reti duk diam macam ulat ),” tulisnya.
Ads
Sekadar informasi, Linda telah mendirikan rumah tangga bersama seorang kerabat diraja Johor, Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013.
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan kini dalam proses untuk mendapatkan serta melakukan pemberian suntikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun difahamkan, pemberian vaksin tersebut hanya akan diberikan secara berperingkat meski tiada kadar bayaran bakal dikenakan.
Lalu, pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi yang lebih sinonim dengan panggilan Pak Nil ingin mengambil insiatif tersendiri, iaitu mahu menaja suntikan vaksin kepada golongan memerlukan. .
“Salam Semua, katanya proses suntikan vaksin percuma adalah berperingkat2. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu.
“Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin 5-10bulan akan datang.
“Namun begitu, mungkin ada juga peluang utk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran.
“Paknil ingat Paknil nak ambik yang berbayar. Ada sesiapa yg nak join Paknil? Paknil sponsorlah…Tp taklah ramai sbb harga pun xtau lagi,” tulisnya.
Hasil tinjauan MH, rata-rata netizen memberi pujian terhadap sikap murni Pak Nil kepada orang ramai. Malah, ada yang turut menyatakan kesediaan untuk mendapatkan tajaan vaksin berkenaan.
Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ruhainies tampil memberikan reaksi berhubung komen sesetengah netizen yang mendakwa layanan yang diberi kakitangan perubatan terhadapnya ketika menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai kasar.
Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata, petugas kesihatan terbabit menjalankan ujian swab dengan cermat dan baik, mungkin ia kelihatan sedemikian kerana dirinya yang tak duduk diam kerana ketakutan.
“Tidaklah kasar seperti yang dibayangkan sesetengah netizen. Mungkin hanya sudut video ia kelihatan sedemikian. Bagi saya okay sahaja. Malah sebelum buat ‘swab’ pun, petugas kesihatan tersebut beri masa untuk saya bertenang.
“Ketika itu, hanya saya yang berada di klinik swasta terbabit untuk menjalankan ujian saringan. Tidaklah petugas tersebut melakukan sesi itu secara kasar kerana ramai yang menunggu giliran sebagaimana yang disangka sesetengah pihak.
“Mungkin yang beri komen itu melalui pengalaman berbeza dengan saya. Jadi masing-masing boleh memberikan pendapat,” katanya.
Terdahulu, Ruhainies memuat naik video melakukan ujian calitan Covid-19 menerusi Instagram pada Khamis hingga mengundang reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bintang drama Jejak Karmila ini turut menambah, setiap individu juga mempunyai tahap keberanian masing-masing.
“Orang yang rapat dengan saya tahu mengenai tahap ketakutan saya terhadap hal sedemikian. Seharian tidak boleh tidur bila esoknya ada temujanji ‘swab test’. Malah sepanjang 29 tahun ini, saya hanya sekali masuk wad. Itu pun kerana menjalani pembedahan appendiks.
“Sebolehnya saya elak untuk masuk hospital sebab takut punya fasal, sampai begitu sekali. Keluarga pun faham.
“Jadi bila juga yang cakap saya hanya mengada-ngada lebih, orang boleh cakap macam-macam. Masing-masing ada pendapat dan mungkin petugas yang lakukan ujian terhadap mereka buat dengan lembut atau mereka tidak penakut macam saya.
“Yang penting, petugas tersebut sudah jalankan ujian saringan dengan baik. Saya pun tidaklah rasa sakit atau ada kesan sampingan selepas itu.
“Alhamdulillah, hasil keputusan yang diterima juga negatif,” katanya yang menghormati akan komitmen para petugas barisan hadapan di di dalam menjalankan tugas.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies bakal memasuki set drama rantaian 40 episod, Cukup Derita Itu di samping Jasmin Hamid, Didie Alias, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Sehingga kini, video yang dimuat naik itu telah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat Datin Lisa Surihani yang kini disahkan hamil anak ketiga. Berita gembira itu dimaklumkan suami, pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim.
Menurut Yusry, semuanya bermula secara kebetulan selepas dia memuat naik gambarnya bersama Lisa semalam bersempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, Yusrybelum bersedia mendedahkan berapa usia kandungan isteri tercinta.
“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.
“Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.
“Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” katanya.
Dia yang pernah mengganggotai kumpulan KRU ini turut menambah, ahli keluarga mereka juga sudah pun mengetahui hal berkenaan.
“Ikutkan berita isteri saya hamil sudah dikongsi sesama ahli keluarga. Cuma tidak secara terbuka sebelum ini.
“Dalam hati, soal ini, kami tak boleh mementingkan diri. Ada pasangan yang ditakdirkan lambat beroleh rezeki. Kami juga pernah melalui fasa berkenaan.
“Ia bukan sesuatu yang senang. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap untuk mendapat cahaya mata. Insya-Allah,” katanya lagi.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.