Rani Kulup Hasrat Sunting Datuk Vida

Melalui laporan di Sinar Online dua hari lalu, Abdul Rani Kulup Abdullah telah meluahkan hasratnya untuk menyunting pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Vida.

Katanya dia ingin menyunting Datuk Vida selepas hampir seminggu hasratnya untuk memperisterikan peguam, Siti Zabedah Kasim tidak mendapat sebarang jawapan. Oleh itu, dia berharap agar Datuk Vida membuka peluang untuknya.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” katanya

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan itu berkata, isteri-isterinyanya tidak kisah dengan hasratnya ini.

IKLAN

“Isteri-isteri Ayah ‘steady’,” jelasnya yang lebih senang disapa dengan panggilan ayah.

Sebelum ini Rani ada berkongsi di Facebooknya, menyatakan kesudian dirinya untuk menjadikan Siti Zabedah atau lebih dikenali dengan panggilan Siti Kasim untuk menjadikannya sebagai isteri.

Beliau berkata, dia sudi untuk memperisterikan peguam ini jika wanita itu masih belum bersuami.

“Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.

 

“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni…tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” katanya sambil tergelak.

IKLAN

Menurut sumber lagi, Rani juga berhasrat untuk berduet dengan Datuk Vida dan dia berkata lagu duet terpulang kepada Datuk Vida.

Sumber: Muhammad Shamsul Abd Ghani / Sinar Harian