Baru-baru ini muncul satu artikel yang mendakwa penyanyi, Datin Alyah membuat pendedahan yang dia tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada suaminya, maestro muzik, Datuk Ramli MS.
Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 41, berkata disebabkan video itu juga ramai yang mula menghubunginya dan bertanya mengenai keadaan diri dan rumah tangganya kini.
“Memang ramai sangat yang hubungi saya. Video itu dah lama. Cuma tak tahu kenapa ada yang tularkan kembali sekarang sedangkan saya dan suami tiada sebarang masalah pun.
“Apa yang berlaku telah menimbulkan salah faham. Tak mengapalah, saya maafkan cuma saya kena menjawablah dengan ramai orang.
Ads
“Apatah lagi lepas ini kita nak balik raya, mesti ada yang bertanya. Saya anggap apa yang berlaku ini satu dugaan di bulan Ramadan,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada majlis iftar anjuran Kamya Glow yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala, Selangor pada Rabu.
Menurut Alyah, pendedahan yang dibuat dalam video itu adalah perkara lama dan ketika itu dia masih belum matang sepenuhnya dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Malah, Alyah mengakui ada konflik yang berlaku dalam rumah tangganya ketika sesi video itu dirakam dan dia tercakap perkara yang tidak sepatutnya.
Ads
“Dahulu memang saya nak semua orang tahu yang saya ada masalah… tetapi semakin lama kita berumah tangga, saya dapat rasakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini adalah untuk menjadikan kita seorang insan yang baik.
“Masa saya balik dari melakukan umrah pada 2019, banyak perkara yang merubah saya dan kini saya semakin matang dalam menguruskan rumah tangga,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai keperibadian suaminya yang turut dikenali sebagai Tok Ram, penyanyi lagu Kisah Hati itu mendedahkan, “Tok Ram ini tak romantik tapi dia caring orangnya.”
Ads
Untuk rekod, Alyah dan Tok Ram berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program #samasamakenyang Infaq Ramadan yang diusahakan Dapur Pasak bersama pelakon Amaris diteruskan dengan menyantuni 10 rumah asnaf selain majlis berbuka puasa dengan 100 anak yatim dan tahfiz dari Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah & Anak-Anak Yatim dari Kediaman Cahaya Ain di Taiping, Perak, baru-baru ini.
Menurut Amaris, 37, atau nama sebenarnya Amran Ismail, pihaknya turut mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan bagi membolehkan dia bersama badan bukan kerajaan (NGO) Dapur Pasak merealisasikan misi kebajikan sepanjang Ramadan ini.
“Boleh saya katakan, 10 rumah asnaf terpilih ini memang yang betul-betul susah dan memerlukan. Ada juga yang rumah mereka elok tapi mungkin kerana kesempitan lain seperti sakit, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap turut kami bantu juga. Ada antara mereka boleh keluar rumah sambil tersenyum walaupun dalam hati mereka rasa macam-macam tapi mereka reda.
“Kami memberi sumbangan berbentuk tunai dan barangan keperluan asas. Harapnya selepas ini Allah bagi rezeki yang luar biasa. Saya sentiasa doa ada keajaiban yang Allah bagi supaya dapat bantu lagi ramai orang yang memerlukan.
“Jadi, saya mengajak dan mengalu-alukan orang ramai jika mahu berinfak dalam bulan ini boleh terus salurkan sumbangan ke akaun CIMB- 8604587212 atas nama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur. Kami menyasarkan untuk penuhkan peti ais sebanyak 2000 rumah, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Amaris juga bersyukur apabila sasaran bagi memenuhkan 100 buah peti ais setiap hari Ramadan dipermudahkan.
“Kami rancang untuk penuhkan peti 100 rumah. Tetapi dengan izin Allah kami dapat penuhkan lebih kurang 200 peti rumah pada hari pertama, kedua dan ketiga Ramadan.
“Satu hari satu lori dan kita bukan hanya buat projek penuhkan peti ais tapi dalam masa sama kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berinfak dalam bentuk tunai untuk menyambut lebih kurang tiga minggu lagi ramadan dan juga menyambut bulan Syawal ini.
“Kita sama-sama berkongsi rezeki dan kumpul dana. Sebab mereka menunggu bantuan daripada kita dari segi barangan keperluan asas dan juga wang tunai.
“Kita akan teruskan lagi program infak ini dan bukan hanya dalam bulan Ramadan saja. Cuma dalam bulan Ramadan ini pada saya ia sangat luar biasa.
“Pasukan saya ini mereka semua kerja hebat dan sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat program ini. Mereka tak minta satu sen pun untuk buat program ini. Memang sepenuhnya kerana Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu yang menyertai program itu sepanjang bulan ini turut berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan lagi misi berkenaan.
“Saya ‘enjoy’ sebab pertama kali turut serta. Cuma saya tak dapat buat banyak sebab ini pertama kali dan kadang-kadang saya tak tahu apa yang mereka perlu. Kita harap sangat-sangat ada bantuan daripada semua pihak yang prihatin.
“Selepas ini kita akan ke pusat tahfiz di sekitar Kuala Lumpur. Kita ada lebih kurang 30 tahfiz di KL dan kita akan menyantuni mereka serta berbuka puasa jika diizinkan. Jadi kita sedang rancang macam mana nak berbuka puasa dengan mereka, bawa makan sedap-sedap, pergi jalan-jalan dan bawa beli baju raya. Itu perancangan kita,” katanya.
Bersempena program diadakan, Dr. Dhia yang juga pengasas Semblance Clinic berbesar hati untuk menaja berbuka puasa dan penyerahan duit raya buat anak-anak Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah dan anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain.
“Saya sudah lama memasang niat untuk buat program sebegini. Kebetulan rezeki berjumpa dengan Amaris dan pasukan Dapur Pasak. Saya memang tak boleh bagi orang lapar. Memang sifat saya macam itu. Jadi sangat suka apatah lagi bersama-sama dengan anak-anak yatim dan tahfiz ini. Rasa macam, anak-anak kita makan sedap, tapi mereka mungkin susah nak dapat tanpa adanya bantuan.
“Macam kediaman Cahaya Ain itu mereka tak pernah dijemput ke majlis berbuka puasa. Ini kali pertama buat mereka. Saya berasa sedih. Saya harap program sebegini dapat diteruskan walaupun bukan dalam bulan Ramadan,” katanya.
Malah, Dr. Dhia bersama 19 klinik difahamkan turut membayar sewa bulanan sebuah rumah berserta kelengkapan lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer terkenal, Ajai mengakui berasa amat bertuah apabila berksempatan untuk berkerjasama dengan penyanyi senior, Sanisah Huri untuk merakamkan semula beberapa buah lagu raya untuk projek album, Gema Lebaran Lagenda.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, lagu-lagu raya yang dipopularkan oleh Sanisah Huri akan sentiasa menjadi lagu ikonik untuk menghidupkan suasana di bulan Ramadan dan Syawal.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ajai mendedahkan pengalaman merakamkan album tersebut tidak akan pernah dilupakannya sampai bila-bila.
“Sebuah album yang pernah saya terbitkan 4 tahun lalu ‘Gema Lebaran Legenda’. Ini adalah kenangan terindah yang tidak dapat saya lupakan. Di mana saya dapat menerbitkan semula lagu-lagu nyanyian dari Sanisah Huri.
“Saya rekodkan muzik dan bunyian baru mengikut arrangement asal. Tiga buah lagu darinya yang ‘malah segar’ dan ‘malar hijau’ adalah Joget Aidilfitri, Aidilfitri dan Bersabarlah Sayang.
“Setiap kali datangnya bulan Ramadan, sebelum menjelang ‘Syawal’ pasti lagunya akan berkumandang dan secara tidak langsung lagu-lagunya menghidupkan suasana itu,” tulisnya.
Penyanyi lagu Keliru itu turut menambah, vokal Sanisah Huri sewaktu merakamkan lagu-lagu tersebut, masih lagi saling tak tumpah seperti di piring hitam.
“Vokalnya masih lagi seperti dulu kala. Macam bunyi dalam piring hitam. Syukur Alhamdulillah dia diberikan kekuatan.
“Saya doakan, moga ibu Sanisah Huri sentiasa diberikan kesihatan dan dipelihara Allah. Terima kasih untuk kenangan terindah ini,” kongsinya lagi.
Menerusi entri yang sama, Ajai turut berkongsi beberapa klip video sewaktu mereka mengadakan latihan sebelum sesi rakaman dimulakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Sanisah Huri sebagai antara
penyanyi yang baik sepanjang zaman.
“Legend. Sedap sangat. Lagu tak lapuk dek zaman.
“Legend dulu kini dan selamanya. Semoga ibu Sanisah Huri sihat dan ceria selalu.
“Bestnyaaaa. Suara Lagenda yg masih malar segar.
“MasyaAllah Cik Sanisah Huri merdu suaranya. Memang legend.
“Masyallah, kenapalah air mata saya auto mengalir, terus teringat zaman kanak-kanak membesar bersama Arwah Mak dan Abah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Ajai memaklum album Gema Lebaran Lagenda kini sudah tersedia di seluruh digital platfrom.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Ajai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Maher Zain reda dengan ujian yang menimpa dirinya selepas memaklumkan bapanya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Rabu bersamaan dengan 4 Ramadan.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi asal Lubnan ini menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di laman Instagram.
“Bapa kesayangan saya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terkahir. Semoga Allah mengurniakannya ihsan dan menempatkannya di syurga yang tertinggi.
“Saya memohon dan berharap agar semua pihak dapat meluangkan masa untuk menitipkan doa buat ayah saya,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu, Number One For Me ini juga turut mendoakan semoga bapanya itu diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat di seluruh dunia turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Maher Zain.
“Semoga Allah menempatkannya di syurga tertinggi. Ameen.
“Semoga syurga Firdaus menjadi destinasi abadinya.
“Wahaiabangku, semoga Allah memberikan kamu kesabaran dan kekuatan bagi menempuh detik ini.
“Semoga rohnya sentiasa diberikan ketengangan di alam sana.
“Semoga kamu terus diberikan kekuatan. Kami semua sayang anda,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini, posting berkenaan terlah pun meraih lebih 130,000 tanda suka selain turut dihuhani ribuan komen.
Sekadar informasi, Maher Zain merupakan seorang penyanyi yang popular menerusi lagu-lagunya berentak ketuhanan dan kemanusiaan.
Nama Maher Zain juga sangat popular di Malaysia selepas dia turut melancarkan beberapa buat lagunya dalam versi Bahasa Melayu.
Dalam perkembangan lain, Maher Zain baru sahaja melancarkan muzik video lagu terbaruny yang berjudul No One But You.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Maher Zain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.