Pasangan popular Bollywood, Alia Bhatt, 29, dan Ranbir Kapoor, 40, selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Mumbai, India pada Khamis.
Majlis pernikahan ‘power couple’ itu hanya dihadiri kenalan rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Kedua-dua mempelai kelihatan segak dan cantik menggayakan busana perkahwinan daripada pereka fesyen tersohor India, Sabyasachi.
Pernikahan yang diadakan di kediaman pasangan itu dihadiri ibu bapa Alia iaitu Mahesh Bhatt dan Soni Razdan yang merupakan pengarah dan pelakon terkenal di sana.
Ads
Bapa Ranbir, pelakon veteran Rishi Kapoor dan isterinya, Neetu Singh turut hadir memberi restu perkahwinan anak mereka.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran sepupu Ranbir, aktres popular Karisma dan Kareena Kapoor.
Ads
Alia menerusi laman Instagramnya berkata dia sudah tidak sabar untuk mencipta seberapa banyak memori bersama suami tercinta.
“Kami sudah tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi memori bersama, memori yang penuh dengan kasih sayang, jenaka, gaduh manja dan sebagainya.
Ads
“Terima kasih untuk semua doa anda, ia menjadikan memori ini lebih indah dan istimewa,” tulis Alia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alia Bhatt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan yang juga peserta program Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli memberikan dedikasi selepas pertama kali diberikan peluang beraksi di hadapan lensa kamera sebagai pelakon.
Sambil menitipkan ucapan kepada produksi drama bersiri, Perempuan Itu, penyanyi lagu Hujan ini akui bergelar pelakon bukanlah hal yang senang.
“Pertama kali berlakon, pengalaman yang diingati sampai bila-bila. Jasa Kak Erma Fatima, memasukkan saya ke dalam bidang yang bukan mudah, akan saya kenang. 30 episod selama 2 bulan penggambaran untuk drama PEREMPUAN ITU, @tv3malaysia.
“@zul_ariffin orang pertama yang paling banyak mengajar saya. Terima kasih @missmimilana juga. Ramai lagi belum sempat bergambar sama, pun saya tidak lupa berterima kasih.
“Pengarah, krew, pelakon dan kesemua yang terlibat, kerja penat kalian amat saya hargai. Maaf jika ada yang kurang senang, tidak baik dari saya. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi.
“Kepada kalian yang sudi menyokong saya, terima kasih tidak putus memberi semangat. Saya berharap bidang lakonan ini dapat diteruskan. Tolong doakan saya ya?,” pintanya.
Iqbal berkongsikan perkara itu menerusi satu perkongsian terkini di Instagram.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kebanjiran konten-konten bertemakan masakan bersempena sambutan bulan Ramadan.
Ada segelintir warganet yang beranggapan meraka yang berkongsi video masakan ini seperti tiada ‘originality’ dan hanya ingin meniru kandungan-kandungan daripada bintang media sosial, Khairulaming.
Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, Khairulaming telah terpanggil untuk memberikan responnya berhubung isu tersebut.
Menurut Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, isu seperti ini sebenarnya tidak patut dibangkitkan sebaliknya, ia merupakan budaya yang sihat bagi dunia ‘content creator’ di negara ini.
“Since ramai yang tag dari smalam aku just nak cakap please please meriahkan lagi content industry dekat Malaysia. Kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ni.
“Negara jiran pun dah ramai maju ke depan dengan content hebat-hebat and we should do the same.
“Dari dulu lagi aku dah buat coffee talk dgn macam-macam creator dari bidang beauty, dental, animator and including memasak sekali. Banyak lagi potential kita boleh buat ramai-ramai,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang media sosial yang popular menerusi kandungan 30 Hari 30 Resepi itu menerusi beberapa ciapan di Twitter pada Jumaat.
Dalam pada itu, Khairulaming turut menyeru kepada semua pihak untuk terus menunjukkan sokongan dan menghargai usaha para ‘content creator’ di negara ini agar mereka dapat menghasilkan lebih banyak kandungan-kandungan yang menarik.
“Aku harap dah tak berbangkit issue ni and kita semua enjoy and appreciate content setiap sorang.
“Bukan senang weh nak buat video, memang penat. Lets appreciate effort semua orang yang buat video ni.
“Tahun ni dah makin ramai develop creative content, kat tiktok pun dah makin meriah.
“Keep up the momentum and network with each other. Negara kita ni banyak local talent, jangan kita sekat talent tu. Rugi nanti,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji mentaliti yang ditunjukkan oleh Khairulaming.
“Sudah tiba masanya kita saling menyokong antara satu sama lain, kembangkan kreativiti dalam diri anda.
“Content creator yang berkualiti. competition dan open market adalah menyihatkan.
“Good statement. Terus terdiam sepi menyendiri pada yang mengecam sebelum ni. Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
“We need more Khairul Aming in Malaysia. Bayangkan semua anak muda kita berjaya macam dia!
“Selagi content memasak tu bermanfaat dan tidak membazir. Wa support semua,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, program 30 Hari 30 Resepi kini telah pun memasuki tahun yang ke-5 penganjurannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Twitter & Instagram Khairulaming
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, idea yang lebih segar, jalan cerita yang menarik selain pemilihan pelakon yang berkaliber menjadi antara intipati penting dalam menghasilkan sesebuah naskhah filem atau pun drama.
Bagi penerbit Mache AllStar United Sdn Bhd, Norley Aimi Nadiah Shaari, 35, mereka cukup menitikberatkan aspek berkenaan dalam penerbitan memandangkan ia kunci untuk sesebuah karya itu diterima baik penonton.
“Untuk menghasilkan sesebuah naskhah bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan kita perlu teliti daripada pemilihan cerita, kru dan pelakon hinggalah ke proses suntingan akhir.
“Semua itu perlu berkait rapat dan perlu bekerjasama untuk menghasilkan sebuah produk yang bermutu. Kalau viral itu bonus buat semua,” katanya yang mesra disapa dengan panggilan Nadia.
Menariknya, sempena kehadiran Ramadan kali ini, dia gembira apabila tiga buah naskhah terbitannya menjadi pilihan tiga stesen televisyen tempatan.
Teruja dengan maklum balas awal yang diterima, Nadia gembira apabila kesemua pihak tersebut percaya kepada syarikat mereka untuk menerbitkan drama sempena kedatangan Ramadan kali ini.
Bermula 3 April ini, Nusyuz Berkiblat Cinta akan ditayangkan di Astro Ria dan Mem & Bibik-Bibik pula menerusi TV3 manakala Republic Of Gombak pula menghiasi slot TV9 mulai 14 April ini.
Bagi Norley, dia beruntung kerana dapat menggunakan khidmat pelakon popular untuk kesemua produk di bawah kendaliannya.
“Apabila kita datang dengan naskhah yang baik, sudah tentu pelakon juga memainkan peranan yang penting. Kami bertuah kerana dapat menggunakan nama-nama besar untuk semua drama.
“Bukan mudah untuk menyelia tiga buah penerbitan dalam satu masa. Apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana kebanyakan pelakon terikat dengan banyak komitmen lain,” tambahnya lagi.
Untuk Nusyuz Berkiblat Cinta, mereka menggandingkan Emma Maembong dan Fikry Ibrahim sebagai teraju utama dalam naskhah mengenai kisah penderaan rumah tangga.
Manakala Mem & Bibik-Bibik pula, Zain Saidin dan Rozita Che Wan mengemudi drama ini selain pelakon undangan seperti Nabila Razali, Iqram Dinzly, Adibah Nor, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Drama komedi Republic Of Gombak pula mengisahkan tentang perseteruan dua keluarga yang melibatkan pelakon Farouk Husaain, Amyza Aznan, Azza Elite, Afieq Syazwan, Myra Natasha, Ayuni Rizal dan ramai lagi.
Kata Nadia, dia beruntung kerana mendapat tunjuk ajar daripada suami, yang terlebih dahulu ‘terjun’ ke dalam bidang ini.
Suaminya, Arisz Ab Rahman terlebih dahulu bergelumang ke dalam bidang penerbitan dan telah menghasilkan banyak produk termasuklah Pujaan Hati Kanda, Lelaki Mu Yang Dulu dan Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.
Mereka juga pernah mencetuskan fenomena dengan drama Korban Kasih dan Senduk Kuali Kak Lina Pompom yang ditayangkan di RTM dan mendapatkan respons baik daripada penonton.
“Saya masuk ke dalam bidang ini secara tidak sengaja apabila suami mula beralih arah kepada bidang pembinaan dan hartanah.
“Memang kekok daripada peringkat awal tapi dengan sokongan yang diberikan, saya mampu mengatasi dan menjalankan kerja-kerja produksi dengan bantuan suami dan staf yang lain.
“Sekarang saya selesa menguruskan syarikat dan perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga dan anak-anak,” tambahnya lagi.
Bagi Nadia yang berkelulusan Ijazah Ukur Bahan dari UTM, tidak ada apa yang akan menghalang wanita sepertinya untuk berjaya memandangkan sudah ada contoh wanita lain yang berjaya menguruskan produksi dengan baik.
Menjadikan anak jati Kedah, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan Alahyarhamah Datuk Maznah Hamid ‘Iron Lady’ sebagai contoh dan idolanya, dia yang berasal dari Alor Setar juga mahu duduk sama tinggi dengan mereka pada masa hadapan.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.