
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali, 48, yang akhirnya mengakhiri zaman bujang apabila selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Wardah Mahbob, 30.
Majlis pasangan sama cantik sama padan itu dilangsungkan di dalam satu majlis yang berlangsung di Gopeng, Perak, pada Ahad.
Sampai seru pada tarikh cantik 25 Mei 2025, majlis bahagia itu difahamkan hanya dihadiri oleh kira-kira 150 tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM101, manakala jumlah hantaran tidak didedahkan kepada umum.

“Tahniah Babah!”
Khabar gembira itu turut dikongsikan rakan artis yang juga hos kepada majlis tersebut iaitu Ahmad Fedtri Yahya menerusi hantaran terkininya di Instagram.
“Alhamdulillah…. Dapat mengacarakan majlis pernikahan Qi Razali dan Wardah. Tahniah Babah!” tulisnya pada ruang kapsyen bersama beberapa keping foto momen sepanjang majlis.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dengan khabar berkenaan. Antaranya;
“His plan is always perfect.”
“Babah dah kahwin. Tahniah moga bahagia hingga ke syurga Allah. Teringat tonton cerita babah bersama anak-anak.”
“Selamat pengantin baru, babah! Insya-Allah sampai syurga.”
“Sampai jua jodohnya, semoga bahagia sampai syurga.”
“Bila jodoh dah sampai. Percaya Allah yang menentukan segala, tahniah.”
Sebelum ini, pelakon filem Babah itu pernah berkongsi hasrat untuk berkahwin pada tahun ini, namun ketika itu tidak mendedahkan identiti bakal isterinya.
Menurut Qi, wanita tersebut turut bergelar anak seni namun bekerja di belakang tabir, dan bukan sebagai figura awam di hadapan kamera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nora Danish Jaga Hubungan Harmoni, Nafi Bakal Rujuk Nedim – “Dia Memang ‘Soulmate’ Saya.”

Pelakon popular Nora Danish menafikan dakwaan yang mengatakan dia bakal kembali rujuk dengan bekas suaminya, Nedim Nazri, 42.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, spekulasi tersebut mungkin timbul disebabkan keakraban antara mereka yang masih terjalin meskipun sudah tidak bergelar suami isteri.
“Saya baru dengar cerita ini hari ini. Mungkin keakraban kami yang buatkan orang keliru atau salah faham.
“Dia memang betul-betul ‘soulmate’ saya. Setakat ini, kami memang tak boleh bersama tapi kami saling faham sesama sendiri,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Amber Oasis Abaya Collection di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Nora turut menegaskan, tidak wujud sebarang perancangan untuk mereka kembali bersama buat masa ini.
Sebaliknya, dia lebih selesa mengekalkan hubungan yang harmoni dengan Nedim, mengambil kira pengalaman hidup berumah tangga bersama selama lebih sedekad.
“Situasi kami adalah pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri dan itu sahaja, tidak lebih dari itu.
“Untuk dakwaan saya akan rujuk dengan bekas suami saya itu, saya sangkal dakwaan tersebut. Memang tiada langsung ura-ura rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini,” tambahnya.
Mengulas soal jodoh, Nora tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin semula pada masa akan datang.
Namun buat masa ini dia lebih fokus terhadap diri sendiri dan mendekatkan diri kepada Allah.
“Saya memang dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Dalam fasa itu, memang saya banyak mendekati juga golongan ustaz, habib, maulana untuk saya mengisi ruang hati saya yang kosong ini.
“Kalau ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin, memang ada. Cuma saya ada letakkan batasan bahawa saya masih belum bersedia untuk berkahwin.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja. Kalau Allah berikan saya jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan seterusnya hanya kerana saya sunyi,” katanya lagi.
Untuk rekod, Nora dan Nedim Mohamad Nazri bercerai pada Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia enam tahun.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum mereka berpisah pada tahun 2008.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon Edika Yusof sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri pada jam 10.40 pagi, Isnin.
Lafaz tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
“Saya Mohd Yusof Abd Majid menceraikan isteri saya Nor Hidayah Yusri talak satu mulai hari ini (Isnin),” lafaz Edika di hadapan hakim.
Menarik perhatian, sebelum lafaz cerai dilakukan, Edika enggan memberikan sebarang ucapan terakhir kepada bekas isterinya.
Hidayah bagaimanapun mengambil peluang memberikan ucapan terakhir kepada Edika sambil menitiskan air mata, mengakui keputusan yang diambil bukan sesuatu yang mudah.
“Saya sebagai isteri tak pernah nafi kebaikan dia tetapi keputusan ini berdasarkan hukum.
“Saya terpaksa buat. Saya harap dia faham,” jelasnya dan kedua-duanya dilihat saling bersalaman dan memohon maaf buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri.
Terdahulu, pada 23 April lalu, Hidayah telah menyatakan 10 sebab utama kepada mahkamah yang menjadi punca permohonan cerai terhadap Edika.
Menurutnya, semua sebab tersebut adalah isu kritikal yang menyebabkan rumah tangga tidak dapat diselamatkan.
Untuk informasi, Hidayah memfailkan permohonan cerai pada pertengahan Februari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan mereka, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Bergelar ratu cantik, pelakon Shweta Sekhon mendedahkan dia tidak pernah menerima sebarang gangguan yang tidak sepatutnya sepanjang menceburi bidang seni.
Shweta atau nama sebenarnya, Shwetajeet Kaur Sekhon berpendapat rata-rata pelakon lelaki di industri ini tahu menjaga batas dan mempunyai hati yang baik lebih-lebih lagi buat pelakon baharu sepertinya.
“Tiada yang cuba nak ‘flirt’ dengan saya. Kebanyakan pelakon di industri kita tahu menjaga batas. Selalunya orang akan salah faham bila lelaki berbuat baik kepada kita.
“Kadang kala mereka nak hulurkan air pun kita rasa pelik. Kita anggap mereka ada agenda. Setakat ini, saya tak pernah diganggu. Mereka semua punyai hati yang baik.
“Mereka ikhlas nak beri tunjuk ajar. Saya juga bukan seorang yang suka buat hal di set. Peluang seperti ini tak semua orang dapat. Jadi, saya tak nak ambil mudah. Saya tak nak timbul sebarang kontroversi,” katanya kepada MH.
Pemenang ratu cantik Miss Universe 2019 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Keluang Man, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Shweta turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dia berjaya mendapat watak Dr. Malini kerana statusnya sebagai bekas pemenang ratu cantik.
“Saya kurang bersetuju jika ada yang kata saya dapat watak ini kerana kecantikan saya. Sebenarnya, saya banyak kali jalani proses casting untuk watak ini. Hampir lima kali.
“Saya sampai bertanya kepada pengarah, apa sebenarnya yang dia inginkan. Bila dia terangkan, barulah saya tahu masalahnya adalah berat badan.
“Ketika itu, saya agak berisi. Saya diberikan satu tempoh masa untuk turunkan berat badan. Setiap minggu saya kena datang casting untuk tunjuk progres agar mereka tahu saya bersungguh buat homework,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga mendapat bantuan daripada rakan pelakon Nas-T dan Anwaar Beg Moghal untuk menurunkan berat sebanyak lapan kilogram.
Kerja rumah saya adalah bersenam dan jaga diet. Saya juga rapat dengan Nas-T dan Anwaar Beg Moghal yang juga kaki gym. Diet mereka sangat ekstrem.
“Kalau mereka nampak saya mengelat sikit bila jaga diet, mereka akan ajak saya work out. Setidaknya saya dapat sokongan mereka. Tak rasa penat sangat. Daripada 68 kilogram, saya berjaya turut ke 61 kilogram,” katanya lagi.
Filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Selain Shweta, filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Nas-T, Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

