Selebriti popular, Neelofa memaklumkan dia masih lagi belum bersalin anak kedua, sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak susulan keberadaannya di hospital sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Neelofa, 34, berterima kasih atas kata semangat serta titipan doa yang diberikan peminat.
“Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.
“Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan, namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan saya,” katanya.
Ads
Hos Next To Neelofa itu mengakui akan berkongsi berita gembira itu kepada semua pihak.
“InsyaAllah, kami akan kongsikan secara rasmi bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik,” katanya lagi.
Ads
Ads
Terdahulu pada Jumaat, suami Neelofa, Haris Ismail atau PU Riz menerusi sebuah program yang dihadiri memaklumkan isterinya bakal bersalin pada bila-bila masa.
Dalam pada itu, rakan gandingannya iaitu Fakhrul Radhi memohon doa agar urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan Allah SWT.
Sementara itu, Neelofa ketika ditemui di sebuah majlis pada Selasa mengakui agak gementar untuk kelahiran kedua kerana memikirkan proses yang akan dilaluinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas namanya diseru, pemilik akaun John Dihani tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelawak dan pengacara, Shuib diatas tindakannya yang menyebarkan posting berbaur fitnah di media sosial.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, John Dihani akui kesilapannya yang membangkitkan semula isu mengenai pemergian isteri Shuib yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah.
“Saya John Dihani dengan rendah diri dan penuh penyesalan diatas khilaf yang saya lakukan. Dengan ini, ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada Abang Shuib dengan penuh ikhlas.
“Berkaitan posting saya pada 30/6/2023 dengan memuat naik gambar poster iklan barang kemas yang memaparkan wajah Abang Shuib. Sehingga posting itu mengundang fitnah ke atas dirinya.
“Dan disebabkan posting feed IG tersebut juga telah mengundang pengguna-pengguna lain meninggalkan komen di posting tersebut,” tulisnya.
Katanya lagi, dia kesal dengan tindakannya itu dan bersedia untuk bertemu dengan Shuib secara empat mata untuk menyatakan permohonan maafnya itu.
“Tindakan saya mengiyakan komen yang ditinggalkan pengguna-pengguna lain pada posting tersebut hingga menjerumus dan membawa kepada fitnah pada Abang Shuib dan arwah isteri.
“Jauh dan ikhlas di sudut hati, sejujurnya saya menyesali tindakan saya berkongsi posting-posting isu semasa yang berlegar dan yang saya ambil dari posting orang ldi Facebook tanpa melihat kesan dan akibat dengan perkongsian yang membuta tuli pada diri Abang Shuib sekeluarga.
“Kepada Abang Shuib, saya harap Abang Shuib sudi terima kedatangan saya berjumpa dengan Abang Shuib untuk membuat permohan maaf secara terbuka diatas kekhilafan saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, dalam satu sidang media tergempar yang diadakan pada Selesa, Shuib menegaskan mahu mengheret John Dihani ke muka pengadilan selepas kurang berpuas hati dengan hasil perbincangan yang telah dilakukan di ruangan ‘direct message’ (DM).
Kata Shuib lagi, dia juga sudah mengenal pasti keberadaan John Dihani dan akan mengambil tindakan susulan.
Terdahulu, Shuib telah menerima permohonan maaf daripada seorang individu bernama Zulhairi Osman yang sebelum ini telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa pelawak tersebut sebagai anggota Freemason dan mengaitkan kematian isterinya dengan konspirasi vaksin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram John Dihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan di antara dua vokalis rock lagenda tanah air Datuk Awie Wings dan Datuk Amy Search kini kembali jernih setelah hampir empat tahun mereka dikatakan tidak bertegur sapa.
Jelas Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, perasaan hormatnya terhadap Amy masih tinggi dan disebabkan itu, dia tidak mahu memanjangkan lagi persengketaan ini.
“Kami sudah kembali rujuk. Alhamdulillah, saya merasakan bulan ini sangat mulia dan penuh dengan kemaafan. Banyak perkara baik yang berlaku di dalam bulan ini.
“Ada pihak mengutuskan seseorang untuk berjumpa dengan saya bagi membincangkan tentang satu perjumpaan dengan Amy. Namun, saya minta waktu untuk berfikir dahulu. Maklumlah, masing-masing ada ego yang tersendiri.
“Lama-kelamaan, saya terfikir yang saya tidak mahu berlaku biadap terhadap orang yang lebih dewasa. Saya sayang Amy seperti abang sendiri dan sebagai pelopor muzik rock di Malaysia ini. Tiada orang lain boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” katanya kepada MH.
Awie yang kini turut bergelar pengarah itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai festival muzik, Nusafest yang berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Katanya lagi, dia dan Amy sudah pun saling bemaaf-maafan dan kini bersedia untuk membuka lembaran baharu.
“Hubungan kami dingin agak lama juga sejak Abang Yazit meninggal. Namun, saya akur sebagai orang yang lebih muda, saya pergi berjumpa dia dan bermaaf-maafan sebagai adik dan abang, sahabat dan rakan seperjuangan.
“Saya tak nak panjang cerita lagi. Makin lama, kita makin berusia dan kubur pun memanggil. Cukup-cukuplah. Jadi, saya ingin berterima kasih kepada pengaturnya daripada pihak Shiraz Projek.
“Mereka asbab kami berbaik-baik. Pahalanya besar,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Dipenjara Janji ini turut menyifat pertemuan semula dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, baru-baru ini menjadi asbab dia membuka matanya untuk memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan yang kain.
“Saya ambil masa beberapa minggu juga untuk bertemu dengan Amy. Secara terus terang, saya tidak mahu berkelakuan kurang ajar kerana dalam keadaan kita marah, kita akan bercakap yang bukan-bukan.
“Jadi, saya harus berfikir panjang. Apabila saya dapat bertemu semula dengan anak-anak saya bersama bekas isteri, di situ saya mula merasakan cukuplah zaman perang-perang ini.
“Bila saya dapat memeluk dan cium kedua-dua anak saya, dari situ saya hubungi semua kawan-kawan yang pernah bergaduh, saya minta lupakan persengketaan dan berkawan semula,” akhirinya.
Terdahulu, hubungan dingin bermula apabila Amy dikatakan berkecil hati dengan kenyataan Awie yang mendakwanya mengabaikan Yazit ketika sakit.
Lantaran itu, Amy merasakan tuduhan tersebut tidak berasas dan dan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak.
Sekadar informasi, Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia sekitar September 2019 akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor terkenal, Remy Ishak memaklumkan isteri tercintanya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pagi Khamis.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak bayinya itu dilahirkan tanpa sebarang komplikasi di sebuah hospital swasta di ibukota.
“Assalamualaikum, Alhamdulilah isteri saya Ezza Yusof telah selamat bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur,” tulisnya.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon filem Hijrah Jannah itu menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Remy turut memberitahu, isteri serta anaknya itu kini berada dalam keadaan yang baik.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Remy dan isterinya masih belum mendedahkan jantina serta wajah penuh bayi mereka itu.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Ogos 2021 selepas hampir lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...