Hubungan di antara dua vokalis rock lagenda tanah air Datuk Awie Wings dan Datuk Amy Search kini kembali jernih setelah hampir empat tahun mereka dikatakan tidak bertegur sapa.
Jelas Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, perasaan hormatnya terhadap Amy masih tinggi dan disebabkan itu, dia tidak mahu memanjangkan lagi persengketaan ini.
“Kami sudah kembali rujuk. Alhamdulillah, saya merasakan bulan ini sangat mulia dan penuh dengan kemaafan. Banyak perkara baik yang berlaku di dalam bulan ini.
“Ada pihak mengutuskan seseorang untuk berjumpa dengan saya bagi membincangkan tentang satu perjumpaan dengan Amy. Namun, saya minta waktu untuk berfikir dahulu. Maklumlah, masing-masing ada ego yang tersendiri.
“Lama-kelamaan, saya terfikir yang saya tidak mahu berlaku biadap terhadap orang yang lebih dewasa. Saya sayang Amy seperti abang sendiri dan sebagai pelopor muzik rock di Malaysia ini. Tiada orang lain boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” katanya kepada MH.
Awie yang kini turut bergelar pengarah itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai festival muzik, Nusafest yang berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ads
Katanya lagi, dia dan Amy sudah pun saling bemaaf-maafan dan kini bersedia untuk membuka lembaran baharu.
“Hubungan kami dingin agak lama juga sejak Abang Yazit meninggal. Namun, saya akur sebagai orang yang lebih muda, saya pergi berjumpa dia dan bermaaf-maafan sebagai adik dan abang, sahabat dan rakan seperjuangan.
“Saya tak nak panjang cerita lagi. Makin lama, kita makin berusia dan kubur pun memanggil. Cukup-cukuplah. Jadi, saya ingin berterima kasih kepada pengaturnya daripada pihak Shiraz Projek.
Ads
“Mereka asbab kami berbaik-baik. Pahalanya besar,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Dipenjara Janji ini turut menyifat pertemuan semula dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, baru-baru ini menjadi asbab dia membuka matanya untuk memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan yang kain.
“Saya ambil masa beberapa minggu juga untuk bertemu dengan Amy. Secara terus terang, saya tidak mahu berkelakuan kurang ajar kerana dalam keadaan kita marah, kita akan bercakap yang bukan-bukan.
Ads
“Jadi, saya harus berfikir panjang. Apabila saya dapat bertemu semula dengan anak-anak saya bersama bekas isteri, di situ saya mula merasakan cukuplah zaman perang-perang ini.
“Bila saya dapat memeluk dan cium kedua-dua anak saya, dari situ saya hubungi semua kawan-kawan yang pernah bergaduh, saya minta lupakan persengketaan dan berkawan semula,” akhirinya.
Terdahulu, hubungan dingin bermula apabila Amy dikatakan berkecil hati dengan kenyataan Awie yang mendakwanya mengabaikan Yazit ketika sakit.
Lantaran itu, Amy merasakan tuduhan tersebut tidak berasas dan dan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak.
Sekadar informasi, Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia sekitar September 2019 akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suasana di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil gamat saat penyanyi, Nikki Palikat mempersembahkan lagu Tragedi Buah Apel di pentas akhir All Star Gegar Vaganza (ASGV).
Rata-rata peminat memberikan tepukan gemuruh selepas Nikki mempamerkan persembahan yang penuh bertenaga.
Perkara tersebut turut diakui oleh juri jemputan ASGV, Ellla.
Jelas Ella, persembahan Nikki sangat menarik sehingga membuatkan dirinya turut sama ingin menari.
“Tahniah kerana berjaya ke final. Persembahan kamu buat saya tak boleh duduk diam. Saya rasa nak menari. Persembahan yang sangat bertenaga,” katanya.
Jelas Ella lagi, Nikki sememangnya sudah pun bergelar juara di hati para peminatnya.
“Saya rasa satu Axiata ini dapat merasakan persembahan kamu. Apapun keputusan juri, kamu sudah menjadi juara di hati peminat,” ujarnya lagi.
Pada malam ini, Nikki juga bakal beduet dengan Datuk Zainalabidin menerusi lagu Ikhlas Tapi Jauh.
Manakala di pusingan battle pula, Nikki bakal berentap bersama Azharina, Hadi Mirza dan Naqiu menerusi lagu Sorry, Sorry.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sinonim dengan layanan baik yang diberikan terhadap pembantu rumahnya, pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam sekali lgi mendapat perhatian peminat.
Kisahnya pada pertengahan Februari lalu, bintang ini telah menghadiahkan telekung dan senaskhah ayat suci al-Quran lengkap terjemahan buat salah seorang pembantu rumah yang dikenali sebagi Bik Nia bersempena dengan ulang tahun kelahiran.
Lebih manis, pembantu rumahnya itu difahamkan memang sedia inginkan telekung yang cantik untuk bersolat selain senakshah al-Quran sebagai hadiah pemberian.
Turut diselitkan dalam bingkisan hadiah tersebut ialah wangian jenama mewah, Dior.
“Katanya Ibadah nya, Harus Semakin Kuat, Dan Bilangnya Malu nya Kalau enggak sembahyang. Hehe comel Bik Nia,Baik je,Lembut aje orangnya.
“Request Nak Hadiah pun Yg Baik Baik je. Mau telekung putih Yg Cantik Dan Mau Al Quran Yg ada Ertinya.
“Alhamdulillah Saya Pun Dapat Doa Dari Birthday Girl,Seronok dia,Dok belakang tu tgh sibuk dgn pen and kertas Nak Tulis Nombor Rekening Utk hantar sikit Gaji nya ke kampung,” tulis Rabecca menesuri ruangan kapsyen pada IG TV yang terkait.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 57 saat itu, Rebecca memanggil Bik Nia lalu memintanya untuk membuka hadiah hari jadi sambil diperhatikan pembantu rumah lainnya.
Terharu atas penghargaan itu, Bik Nia turut menitipkan dedikasi buat majikannya itu lalu disambut baik Rebecca.
Dalam pada itu, tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 25,000 kali.
Foto: Instagram Rabecca Nur Al Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...