Selepas kejayaan produk Kekasih by The Melvins, pelakon Syatilla Melvin bakal melancarkan produk jamunya sendiri hasil sokongan suaminya, Shaheizy Sam yang dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Mengakui sudah mengamalkan pengambilan jamu sejak usia belasan tahun, bekas peserta Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mengakui impak baik yang diterima kerana mendorongnya untuk sama-sama berkongsi dengan wanita di luar sana.
Bezanya, jamu yang dinamakan Pengasih itu dihasilkan bersama ramuan terbaik, hasil dari pengalamannya sendiri selain nasihat dari mereka yang bertauliah.
“Benar, saya sudah amal jamu sejak usia 15 tahun lalu sejak bekerja di salun milik makcik yang ada menjual item berkenaan. Saya cuba dan menyukainya sehinggalah sekarang.
“Ini kerana, saya sendiri boleh rasa sendiri impaknya ketika bujang dan sekarang. Rasa lebih bertenaga, malah dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.
“Pada masa sama, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri.
“Jadi bagi saya, ia sangat membantu hubungan bersama suami sebab kita tak boleh nafikan, antara punca perceraian di negara ini berpunca daripada faktor dalaman di samping hal lain.
“Sebab itulah saya nak lancarkan jamu ini kerana nak tolong wanita dan saya percaya kepada hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami dan isteri demi keharmonian rumah tangga.
Ads
“Malah kalau pergi isi masa pada sesi ceramah dan motivasi pun, perkara tersebut sering disentuh. Hubungan seksual sangat penting dalam rumah tangga.
Ia kunci untuk kita kekal bahagia dan sebagainya,” katanya jujur.
Sementara itu bagi Tila, penjagaan bahagian intim juga perlu dititikberatkan wanita.
Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada keyakinan dan semangat golongan itu.
“Ramai je yang muka lawa tapi ‘bawah’ bersawang atau berbau. Jadi saya kalau boleh nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dan luaran.
Ads
“Jangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar,” pintanya.
Ditanya sejauh mana tahap keyakinannya terhadap kesetiaan suami, ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai jawapannya sendiri.
Kata Tila, dia percaya pada ajal dan jodoh tetapi cuba berikan yang terbaik demi insan tersayang.
“Saya percaya juga pada takdir dan semua berlaku atas aturanNya. Cuma, selagi kita boleh elak, saya cubalah yang terbaik untuk kekalkan rumah tangga.
“Ketika saya lakukan proses uji kaji untuk jamu yang akan dikeluarkan sejak berbulan-bulan dulu misalnya, setiap kali minum saya akan bertanya pada Sam.
Ads
“Bila kami ‘bersama’, saya akan tanyakan Sam. Impak yang saya perasan ialah dari segi energi dan kekeringan kepada golongan wanita, insyaAllah ia boleh membantu.
“Kalaulah ada di antara pasangan suami isteri yang alami fasa suram di dalam rumah tangga kerana hubungan seksual, rasanya lebih baik untuk rawat soal bahagian intim mulai sekarang.
“Malah kadang-kadang kalau nak dibandingkan dengan bini muka punyalah cantik gila, tapi skandal suami muka macam tapak kaki. Kenapa pilih yang tak elok sedangkan isteri cantik?
“Tapi mungkin mereka tidak tahu, mungkin ada sebab lain yang buatkan perkara tersebut belaku, contohnya kan?
“Akan tetapi, saya berdoa agar kita yang sudah berkahwin ini dijauhkan perkara tersebut.
“Peranan kita sebagai isteri pula, kena tahu dan peka soal kebersihan luaran dan dalaman. Komunikasi bersama suami bagi saya adalah yang terbaik,” katanya lagi.
Sekadar mengimbas, Tila dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy, 2.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa pilu dan sedih sebaik sahaja menziarahi pusara bekas pengurusnya, Allahyarham Ghazi bin Mat Lawi.
Menurut Datuk Seri Aliff, dia amat berbesar hati apabila kehadirannya disambut baik oleh seluruh ahli keluarga allahyarham bersama ketua kampung kawasan tersebut.
“Sebak pilu dan sedih yang saya boleh gambarkan pada harini apabila melawat kubur arwah @ghazi_ml bukan sahaja seperti perkerja saya. Tetapi seperti adik dalam keluarga saya.
“Saya dapat rasakan betapa kuatnya kekeluargaan beliau apabila semua family beliau ada.
“Hari ini saya memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Saya juga di temani oleh ketua kampung dan juga wakil dari perkeso.
“Semoga arwah diletakkan di tempat orang-orang yang beriman amin. Apapun yang terjadi saya percaya pada yang di tentukan oleh Allah.
“Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan kenangan harta benda dan juga nama,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Datuk Seri Aliff menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Datus Seri Aliff turut menjelaskan bahawa dia kini ingin berhenti menghasilkan video buat sementara waktu kerana ingin masa untuk berehat.
“Dan kepada waris ibu bapa arwah terima kasih layanan baik dari semua keluarga arwah @ghazi_ml yang menyambut kedatangan saya.
“Apa pun semoga keluarga arwah tenang dan kuat menempuh dugaan hidup ini
“(Maaf kalau video saya kurang posting kerana saya dah penat buat videosaya nak berehat),” katanya lagi
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut memberi kata-kata semangat buat Datuk Seri Aliff.
Terdahulu, Allahyarham Ghazi telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 9 September lalu.
Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi akaun Twitter, penyanyi terkenal, Shila Amzah ada berkongsi tips untuk merasai kebahagian dalam kehidupan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu ini menasihati kepada netizen untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa.
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menyarankan netizen untuk menghindari sifat cemburu dengan kejayaan yang dimiliki oleh orang lain.
“Ajarlah hati untuk jangan cemburu dengan kehidupan atau kejayaan orang lain .
“Ambil lah ia sebagai inspirasi untuk kita berjaya di tahap kita sendiri..
Setelah kita berusaha dan bertawakal..
Rezeki tak pernah salah Alamat.
“Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain , Sebab kadang2 Tuhan beri apa yang kita perlu..bukan apa yang kita mahu..
Yang terbaik untuk kita.
“Makan “ lah yang ada dalam pinggan kita, jangan sibuk tengok pinggan orang lain punya lebih atau kurang..You will be happier, Trust me,” tulisnya.
Ajarlah hati untuk jangan cemburu dengan kehidupan atau kejayaan orang lain .
Program hiburan, Big Stage 2020 menyaksikan lima peserta lelaki yang bersaing berjaya mara ke peringkat akhir selepas satu-satunya peserta wanita yang lolos ke semi final, Farisha Iris dimumkan tersingkir.
Lima finalis lelaki yang akan berentap di malam kemuncak Big Stage 2020 minggu depan ialah Usop, Azzam Sham, Fadh Majid, Qody Rany dan Dinie Rashid.
Sementara itu pada malam tadi, Farisha membawakan dua buah lagu iaitu Semalam yang dipopularkan oleh Aina Abdul dan persembahan duet bersama Syamel menerusi lagu Ratusan Purnama.
Juara Big Stage tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, manakala tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000 masing-masing.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 16 Ogos 2020 lalu jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.