‘Bagai pinang di belah dua’. Itu ungkapan sesuai buat pasangan Farah Nabilah dan bakal suaminya, Mohamed Amirul Yunus.

Pasangan sama cantik sama padan ini akan mendirikan rumah tangga pada 20 Disember depan.

Meski sudah tujuh tahun menjalin hubungan cinta, namun pasangan ini memegang pada satu prinsip iaitu kesetiaan dan kejujuran dalm setiap perhubungan.

“Sepanjang tujuh tahun bercinta ini, dugaan yang menimpa kami hanya sedikit, tidaklah terlalu berat. Ia tertumpu dari segi kesetian masing-masing.

“Kami bercinta dari jarak jauh kerana saya tidak selalu ada di Malaysia. Ada masanya saya ke luar negara seperti Jeddah, Jakarta, Jerman dan beberapa tempat lagi atas tugasan berkerja. 

“Jadi kami sentiasa berhubung melalui video call antara satu sama lain,” kongsi Amirul yang berkerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). 

“Ramai Cuba Dekat, Tapi Saya Tak Layan. Di Mata Hanya Ada Dia,” – Farah Nabilah Kongsi Perasaan Sebenar Pada Bakal Suami

IKLAN

Jelasnya, dia sudah bersedia untuk ‘terjun’ dalam industri hiburan bersama Farah yang pastinya tidak akan lari dari gosip sebagai seorang selebriti.

“Saya faham kerjaya dia sebagai seorang artis yang tidak lari dari gosip, jadi saya sudah bersedia untuk menerima semua itu. 

“Jika gosip itu melibatkan Farah, saya akan bertanya terus kepada dia. Kemudian tiada apa, kami okay sahaja.

“Terkadang, cemburu juga, tapi tiada yang serius kerana itu hanyalah gosip yang sentiasa ada bergelar selebriti,” jelas Amirul. 

“Ramai Cuba Dekat, Tapi Saya Tak Layan. Di Mata Hanya Ada Dia,” – Farah Nabilah Kongsi Perasaan Sebenar Pada Bakal Suami

IKLAN

Sementara itu, Farah akui bahawa dia tertarik dengan sikap Amirul yang bersifat gentleman.

“Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya Amirul sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya. 

“Dia tidak pernah putus asa selama tujuh tahun untuk ambil hati mereka.

“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” kongsi pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu jujur.

IKLAN

Terdahulu, keduanya ditemui media di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.

Sementara itu, Farah,27, bersama bakal suami yang berusia 28 tahun itu difahamkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember untuk sebelah pihak lelaki.

Manakala seminggu sebelum itu, majlis pihak perempuan akan dilangsungkan iaitu pada 21 Disember.

Tarikh 5 Januari 2020 pula turut dipilih bagi meraikan pasangan yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Amirul merisik bintang cantik itu awal tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=Msa1d790t0k

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI