Selepas mengikat tali pertunangan sejak Mei tahun lalu, pelakon, Saidah Kamarudin mendedahkan hubungannya bersama pelakon muda, Muntazar Ghufran kini sudah pun berakhir.
Menurut Saidah, dia dan Muntazar telah memilih untuk membawa haluan masing-masing sejak Oktober lalu.
“Ramai yang bertanya sejak beberapa minggu ni tentang status hubungan saya dan
Muntazar.
Ads
“Kami dah berpisah sejak bulan
Oktober tahun lepas dan memilih untuk mengikut haluan masing-masing,” tulisnya.
Doakan Yang Terbaik Buat Tunang
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Akira Khan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories pada petang Ahad.
Pada masa sama, Saidah turut memaklumkan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas tunangya itu.
Ads
“Saya harap kenyataan ni menjawab semua persoalan. Saya doakan yang terbaik sahaja untuk dia. Selamat berbuka,” kongsinya lagi
Ads
Sekadar informasi, Saidah dan Muntazar telah mengadakan majlis pertunangan pada 25 Mei lalu dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Saidah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang popular menerusi francais filem Harry Potter, Simon Fisher-Becker, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun.
Berita pemergian aktor berbadan besar itu disahkan sendiri oleh pengurusnya, Kim Barry dari Jaffrey Management, serta pasangannya, Tony, dalam satu hantaran di media sosial.
“Hari ini saya kehilangan bukan sahaja seorang klien, tetapi juga seorang sahabat rapat selama 15 tahun,” kata Barry dalam satu kenyataan rasmi kepada media.
Selain itu, Kim Barry turut berkongsi kenangan istimewanya bersama Fisher-Becker sepanjang bekerjasama dalam memacu kerjaya pelakon itu dalam dunia lakonan.
“Saya masih ingat saat saya menelefonnya untuk memberitahu bahawa dia ditawarkan watak Dorium Maldovar dalam Doctor Who,” katanya.
Selain berbakat besar dalam lakonan, Fisher-Becker juga dikenali sebagai seorang penulis, pencerita dan penceramah yang hebat.
“Dia sangat baik hati, penuh budi bahasa, dan sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya. Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada suaminya, Tony, keluarganya, serta semua peminat yang menyayangi Simon,” tambah Barry.
Pada hari Ahad lalu, suami kepada Fisher-Becker, Tony, memuat naik hantaran menyayat hati di Facebook bagi mengesahkan berita pemergian pelakon itu.
“Halo semua. Ini Tony, suami Simon. Saya ada berita yang sangat sedih. Pada pukul 2:50 petang tadi, Simon telah meninggal dunia,” tulisnya.
“Saya akan mengekalkan akaun ini buat sementara waktu. Saya tidak pasti sama ada saya akan membuat hantaran lagi. Terima kasih,” tambahnya.
Muncul dalam filem Harry Potter yang pertama Harry Potter and the Philosopher’s Stone, watak Fisher-Becker sebagai hantu Fat Friar dalam Harry Potter sememangnya meninggalkan kesan kepada peminat francais magis tersebut.
Hantu rasmi Rumah Hufflepuff itu cukup dikenali kerana perwatakannya yang ceria dan mesra. Selain Harry Potter, Fisher-Becker juga sinonim dengan wataknya sebagai Dorium Maldovar dalam musim ke-5 dan ke-6 siri hit Doctor Who.
Malah, dia turut mengulangi peranannya dalam siri podcast Doctor Who: The Eleventh Doctor Chronicles and Jenny — The Doctor’s Daughter.
Tidak hanya itu, mendiang juga pernah membintangi beberapa siri TV British terkenal seperti Puppy Love, One Foot in the Grave, The Bill, Love Soup, dan Afterlife.
Dalam dunia perfileman pula, Fisher-Becker terlibat dalam filem Les Misérables yang disiarkan pada 2012, filem tersebut berjaya memenangi kategori Filem Terbaik di anugerah Oscar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya, mengakui keputusan untuknya berhijab bukanlah sesuatu yang mudah.
Tidak dinafikan dia juga berdepan dengan pelbagai cabaran untuk terus beristiqamah, termasuk ekspektasi orang lain.
Menurut Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, perjalanan ini benar-benar menguji kesabaran dan mental, lebih-lebih lagi apabila ada yang menganggap dia telah menjadi individu yang sempurna dalam agama.
“Sejak saya pakai tudung, perjalanan ini memang sangat mencabar, menguji kesabaran dan mental. Ia bukan semudah yang kita nampak seperti yang orang tunjuk di media sosial.
“Ada kalanya, kita akan terfikir kembali semula mungkin menjadi jalan yang lebih mudah. Orang gambarkan kita seperti sudah alim dan nak jadi ustazah. Padahal tidak pun.
“Kita sama sahaja seperti orang lain yang masih mencuba setiap hari untuk menjadi orang yang lebih baik dan perbaiki diri,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh Syasya menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Tambah Syasya, memakai hijab bukan bermakna seseorang itu lebih baik daripada orang lain, sebaliknya ia adalah satu proses untuk terus belajar dan memperbaiki diri.
“Bila sudah memakai tudung, itu tidak bermaksud kita ini ‘terpaling’ bagus daripada orang lain. Saya selalu ingatkan diri saya berkali-kali untuk tidak riak.
“Semua orang ada dosanya yang tersendiri. Masih banyak lagi bahagian di dalam diri saya yang saya kena perbaiki.
“Sebagai manusia, kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Setiap hari adalah peluang untuk kita perbaiki diri,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Syasya turut menasihati wanita yang ingin berubah ke arah yang lebih baik agar tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri.
“Kepada para wanita yang sedang berjuang untuk terus istiqomah, ini sedikit peringatan buat kalian, tidak mengapa kita mulakan dengan langkah kecil.
“Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri. Perjalanan kita semua berbeza. Tak perlu banding dengan orang lain. Slowly but surely,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok & Instagram Syasya Rizal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee berpendapat pelancaran lagu raya di awal Ramadan sebagai satu perkara biasa dalam industri muzik.
Menurutnya, strategi ini diperlukan untuk memberi ruang promosi yang mencukupi sebelum tiba Hari Raya.
“Bagi pihak kami pula, ini adalah sebahagian daripada perjalanan bisnes. Bila kita lancarkan lagu lebih awal, sebelum raya nanti, pendengar boleh tahu lagu mana yang mereka suka.
“Persaingan lagu raya juga sangat kuat. Untuk tahun ini sahaja, mungkin ada dalam lingkungan 40 hingga 50 buah lagu. Dari sudut bisnes, memang sudah budayanya sebegini.
“Orang yang faham sahaja akan mengerti. Buat mereka yang tidak faham, saya minta maaf,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Donde itu berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia, baru-baru ini.
Andi juga memberikan respon terhadap teguran sesetengah pihak yang beranggapan pelancaran lagu raya sejak awal Ramadan seolah-olah tidak menghormati kesucian bulan tersebut.
Andi bagaimanapun menghormati pandangan tersebut dan memahami keresahan yang dirasakan.
“Bagi saya, pandangan itu ada betulnya juga. Bila di bulan Ramadan ini, kita kena hormat bulan mulia ini. Janganlah terlalu awal kita promosikan lagu raya.
“Bulan Ramadan ini hanya datang setahun sekali. Jadi, keresahan yang dirasakan oleh individu berkenaan tidak salah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Andi turut mengulas pandangan penyanyi dan komposer legenda, Datuk M. Nasir, yang berpendapat lagu-lagu raya moden tidak mempunyai jiwa dan rasa seperti lagu-lagu klasik.
Namun, bagi Andi, lagu raya moden tetap perlu diberikan peluang demi kepelbagaian genre dalam industri muzik.
“Memang betul apa yang diperkatakan oleh Datuk M. Nasir. Beliau seorang komposer lagenda.
“Pendapatnya memang ‘valid’. Beliau orang lama dan sudah gubah pelbagai jenis melodi.
“Lagu-lagu raya M. Nasir pun memang semua orang tahu. Budak-budak generasi baru pun kenal lagu beliau. Lagu-lagunya malar segar.
“Namun, pada pandangan saya pula, lagu-lagu raya berentak baharu ini juga sangat bagus. Kita kena terima peredaran zaman. Evolusi setiap muzik itu akan berkembang.
“Mana yang elok, kita ambil. Yang tak elok kita jadikan iktibar. Zaman sekarang, semua orang mudah untuk berkarya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...