Kalau kita lihat sekarang industri muzik dibanjiri dengan pendatang-pendatang baru di mana lagu-lagu mereka mendapat perhatian netizen.

Tetapi tidak dinafikan, ada juga sesetengah dikalangan mereka yang hanya bernasib baik kerana pakej dan perlukan sedikit masa untuk mengasah bakat dalam bidang ini dan perlu berkerja keras untuk memperbaiki segala kelemahan.

Berikutan itu, dalam kesempatan MH bertemu dengan penyanyi ini di Majlis Pratonton Didi And Friends, semalam, MH tanyakan kepadanya mengenai perkara ini.

IKLAN

‘Ramai Bakat Baru Tapi Yang Berkualiti Itu Boleh Dikira’- Tomok

IKLAN

“Sejujurnya, saya sangat gembiran dengan perkembangan bakat-bakat baru dalam industri ini tapi… yang berkualiti itu sebenarnya memang boleh dikira.

“Bukanlah bermaksud yang ini tidak berkualiti,ada..cuma masih belum capai. Sekarang ini ini pun kalau kita lihat nak jadi artis tu senang berbanding dahulu,” katanya.

Tomok juga sempat meninggalkan pesan buat para pendatang baru.

IKLAN

“Pesan saya, gunakan platform yang ada ini untuk cari ilmu lebih lagi. Bagi saya, penyanyi macam Hakiem Rusli dan Aiman Tino, mereka berbakat, ada potensi, begitu juga yang lain,” katanya lagi.

Sementara itu, Tomok kini dalam perancangan untuk album solonyanya namun tidak dapat mengulas lanjut mengenai kumpulan, New Boys.

“Album tersebut masih dalam proses, masih dalam perbincangan lagi. InsyaAllah, akan ada 10 lagu.

“Sebenarnya saya nak ada lagu baru untuk New Boys tapi masalahnya adalah masing-masing dah gerak sendiri, jadi susah nak kumpulkan semua semula.

“Lagipun yang masih dalam industri, saya seorang sahaja..lain semua dah keluar, tapi memang saya nak ada macam ‘reunion’ New Boys tu,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI