Seperti sedia maklum, sambutan Ramadan seluruh dunia pada tahun ini pastinya akan jadi sedikit berbeza berbanding sebelumnya.

Penularan pandemik COVID-19 tidak dinafikan memberi satu impak besar dalam kehidupan kini dan pastinya, rutin serta situasi umat Islam dalam menyambut Ramadan tidak seperti tahun tahun terdahulu.

Bagaimanapun, Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga ke bulan puasa tentu juga menjadi peluang terbaik untuk kita satu famili beribadah bersama keluarga di rumah.

Syukur kerana Ramadan tahun ini, kita semua dapat isi masa bersama keluarga untuk merebut ganjaran pahala berlipat ganda, serta sambut puasa apa adanya.

Misalnya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut meluahkan rasa syahdu apabila mengenangkan sambutan Ramadan tahun ini.

Kongsinya, Yang Maha Esa sedang menguji UmatNya bagi melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita semua.

IKLAN

“Bila nak masuk Ramadhan hati makin sayu bila kenangkan Ramadhan kali ini tidak seperti selalu. Rindu ke Mekah dan madinah, Solat terawih berjemaah, berbuka ramai ramai, solat tahajjud sampailah tiba solat subuh.

“Kali ni hanya mampu #throwback dulu kenangan indah ini, InsyaAllah semua akan kembali seperti biasa.

“Allah SWT menguji kita untuk melihat tahap keimanan & ketaqwaan kita kepadaNya.

“Ramadan tetap bulan yang dinanti-nantikan. Ya Allah, makbulkan doa kami & hapuskan covid19 di muka bumi ini,” tulis ibu kepada seorang cahaya mata ini pada satu entri di Instagram.

IKLAN

Menerusi entri sama, bintang ini turut berkongsi beberapa keping foto saat dirinya bersama keluarga menjejakkan kaki ke tanah suci.

Apa yang pasti, meski wujud kesukaran, namun terselit 1001 hikmah yang cukup indah.

IKLAN

#Syukurbersama kerana kita setidak-tidaknya masih mampu beribadah di rumah bersama keluarga serta dapat belajar dan menghayati Al-Quran bersama-sama.

Alangkah indah apabila dapat melaksanakan solat sunat tarawih berjemaah di rumah dengan keluarga, syukur alhamdulillah.

Dalam perkembangan lain, Siti turut menubuhkan satu dana iaitu Dana Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin (PKP) atau singkatan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.

Ia khusus bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang terkesan berikutan situasi semasa yang berlaku kini.

Kami di NU Ideaktiv menyokong kempen duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini. Teruskan menghargai setiap perkara terbaik dalam hidup anda! #syukur bersama

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI