Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbesar hati apabila berkesempatan bertemu secara empat mata bersama pelakon terkenal dunia, Rajinikanth di pejabatnya pada Isnin.

Menurut Anwar, hero filem Sivaji: The Boss itu sememangnya amat mengagumi perjuangannya untuk membela nasib rakyat yang tertindas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni asia dan antarabangsa.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat,” tulisnya.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Ahli Parlimen, Tambun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Rajinikanth Jumpa PMX, Mahu Angkat Perjuangan Anwar Dalam Filem

IKLAN

Pada masa sama, Anwar turut memaklumkan dia sempat berkongsi beberapa kisah mengenai perjalanan hidupnya sepanjang bergelar pejuang politik.

“Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut menyifatkan pertemuan tersebut sebagai sesuatu yang sangat istimewa.

“Hari yang sangat bersejarah buat mereka yang berbangsa India di Malaysia.

IKLAN

“Boss meets the boss.

“Fuh padu, hero tamil kegemaran ramai mengadap PMX.

“Two legends in one frame.

“This is incredible to watch,” antara komen-komen netizen.

IKLAN

Rajinikanth Jumpa PMX, Mahu Angkat Perjuangan Anwar Dalam Filem

Sebelum ini, Rajinikanth pernah beberapa kali ke Malaysia termasuk mempromosikan filem Kabali yang turut mengadakan penggambaran di Malaysia.

Kabali ialah filem ke-159 lakonan legenda filem Tamil itu, dan pelakon itu membawakan watak ketua mafia, mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson.

Filem tersebut ditayangkan pada 14 April 2016 turut membariskan tiga pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan turut diundang membintangi filem gangsterisme itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Anwar Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI