Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tetap memilih pendekatan untuk mengunci mulut mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya sudah bertunang dan bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi.

Menurut Nabila, dia berharap agar semua pihak dapat menghormati privasinya ketika ini.

“Saya Tak Marah Cuma…,” – Gosip Bertunang Dah Nak Kahwin? Nabila Razali Minta Hormat Privasi

“Saya tetap tak boleh nak memberikan sebarang jawapan dan respon saya akan tetap sama seperti sebelum ini.

“Saya mengharapkan agar semua pihak dapat menghormati privasi saya. Sekiranya saya sudah bersedia, InsyaAllah saya akan umumkan.

“Jadi, buat masa sekarang tiada kenyataan rasmi yang ingin saya keluarkan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada MH

IKLAN

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta yang berlangsung di Galah Gala Seafood Restaurant pada Ahad.
“Saya Tak Marah Cuma…,” – Gosip Bertunang Dah Nak Kahwin? Nabila Razali Minta Hormat Privasi

Ditanya mengapa dia memilih untuk berahsia sedangkan perkara tersebut telah pun tular di media sosial, Nabila menafikan dirinya yang memuat naik hantaran tersebut.

“Saya tiada berkongsi apa-apa kenyataan, gambar atau video di mana-mana platform media sosial saya.

“Apa yang berlaku di luar, ia merupakan luar bidang kuasa saya,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Saya Tak Marah Cuma…,” – Gosip Bertunang Dah Nak Kahwin? Nabila Razali Minta Hormat Privasi

Pada masa sama, Nabila turut mendedahkan dirinya tidak tertekan apabila diasak tentang soal perkahwinan kerana menganggapnya lumrah sebagai anak seni.

“Kalau bercakap soal tekanan, saya memang sudah biasa menghadapinya sejak daripada dahulu lagi bukan sahaja tentang soalan berkahwin tapi juga kritikan dan cemuhan.

“Itu asam garam bergelar anak seni apabila kehidupan kita sering kali diperhatikan dan dijadikan bahan bualan.

IKLAN

“Saya pun tiada menyimpan sebarang perasaan marah cuma saya harapkan agar semua pihak dapat menghormati
keputusan saya buat masa ini,” akhirinya.

Sebelum ini, media melaporkan Nabila sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, Nabila bakal membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta yang merupakan adaptasi daripada drama fenomena Korea Selatan, Autumn In My Heart.

Selain Nabila, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Auni Yusrii dan Bella Luna.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI