Penerbit Jalena Rejab tampil memberikan penjelasan mengenai drama terbitannya, Rahimah Tanpa Rahim (RTR) yang menerima reaksi pelbagai serta menjadi bahan gurauan ramai di media sosial.

Drama bersiri yang bersiaran di slot Akasia sejak 22 Januari lalu lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah itu menjadi perhatian berikutan judulnya yang dikatakan tidak sesuai.

“Rahimah Dibesarkan Ibu Tiri Tanpa Kasih Sayang, Jadi…,” – Tajuk Jadi Bahan Gurau, Penerbit Minta Tonton Sampai Habis Rahimah Tanpa Rahim “Rahimah Dibesarkan Ibu Tiri Tanpa Kasih Sayang, Jadi…,” – Tajuk Jadi Bahan Gurau, Penerbit Minta Tonton Sampai Habis Rahimah Tanpa Rahim

“Drama RTR ini dia mengisahkan mengenai kekeluargaan. Maknanya sisi yang ada dalam masyarakat kita, ada dalam drama tersebut.

“Cerita utamanya adalah kisah berkenaan dengan Rahimah, lakonan Puteri Aishah yang dibesarkan oleh ibu tiri tanpa diberikan kasih sayang. Jadi di situ wujudnya konflik dan ibu tiri turut mencemburuinya. Rahimah membesar tanpa kasih sayang yang sepenuhnya.

IKLAN

“Lalu muncul watak hero, Jauhar (Azlee Khairi). Kiranya Jauhar adalah penyelamat kepada Rahimah. Dari situ bermulanya konflik dan kemudian barulah timbul isu Rahimah ni sebenarnya dia tidak tahu, dia tidak mempunyai rahim,” jelasnya.

Jelena berkata demikian menerusi satu temu bual bersama program Melodi, Ahad lalu.

“Isu Rahimah tanpa rahim ini adalah sub-plot kepada cerita tersebut yang menjadikan satu isu oleh watak Nurul (Ezzaty Abdullah) yang menggunakan isu itu dengan memperlekeh dan mempersendakan kehidupan Rahimah.

IKLAN

“Kalau penonton nak tahu lanjut dengan situasi tajuknya yang sedemikian, kena tonton hingga kesudahannya 28 episod,” katanya lagi.

“Rahimah Dibesarkan Ibu Tiri Tanpa Kasih Sayang, Jadi…,” – Tajuk Jadi Bahan Gurau, Penerbit Minta Tonton Sampai Habis Rahimah Tanpa Rahim

IKLAN

“Rahimah Dibesarkan Ibu Tiri Tanpa Kasih Sayang, Jadi…,” – Tajuk Jadi Bahan Gurau, Penerbit Minta Tonton Sampai Habis Rahimah Tanpa RahimDrama RTR arahan Eoon Shuhaimi itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di TV3.

Ikuti temu bual secara penuhnya di sini;

Sumber: Melodi, Instagram Drama Sangat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI