Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim yang kini sah bergelar isteri dengan jejaka pilihan hatinya, Shahzemir Shahzulkarib, pada Rabu.
Menerusi hantaran di Instagram, Rafidah dan suami dilihat telah mengenakan busana pengantin rona emas.
Dalam pada itu, Rafidah meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya telah berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan.
“Assalamualaikum & selamat pagi .Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib. Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yg sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan.
Ads
“Hanya dihadiri adik beradik & keluarga terdekat sahaja. (*Maaf saudara mara, sahabat & semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yg sgt terhad🙏🏻) .
“Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua.
“Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis #akadnikah kami. Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung,” tulisnya panjang lebar.
Pelawak dan pelakon Saiful Apek mendedahkan dirinya tidak tahu menahu mengenai kontroversi yang dipercayai melibatkan rakan baiknya, Lan Pet Pet yang tular sehinggalah diberitahu oleh pihak lain, baru-baru ini.
Apek, 51, berkata, dia juga tidak menghubungi sahabatnya itu bagi bertanyakan mengenai perkara tersebut secara terperinci.
“Saya tahu mengenai cerita tersebut pun selepas diberitahu orang lain. Saya juga tidak menghubungi dia sebab saya kenal sahabat saya.
“Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa. Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui.
“Saya berkata begini bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat ‘jatuh hukum’.
“Kami (Senario) ini dah macam ahli keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan ‘sejuk’ dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap,” katanya kepada MH.
Apek berkata demikian ketika ditemui pada Malam Aspirasi & Anugerah Vieura 2021 di Avenue Bangi Convention Centre, Selangor.
Tambah Apek, sepanjang mengenali Lan, dia tidak disifatkan sebagai seorang panas baran atau cepat melenting.
“Mungkin ada sesuatu yang ‘trigger’ dia bertindak di luar kawalan. Sebab saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh ‘haters’.
“Tetapi saya berjaya managed dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.
“Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang khilaf. Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri,” katanya lagi.
Terdahulu, sejak malam Ahad lalu, video lelaki mirip Lan Pet Pet yang didakwa memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial.
Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya itu, lelaki berkenaan dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.
Terkini, menerusi laporan Kosmo!, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pelakon dan pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berhubung satu insiden.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya juga telah terkesan satu video tular membabitkan seorang pelakon yang dirakam oleh orang awam di lokasi kejadian.
“Kejadian berlaku pada 1 Mei 2021 kira-kira pukul 6.30 petang dan menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan pelakon tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan.
“Kejadian berlaku di hadapan kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat perselisihan faham di jalan raya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut Ashari, setakat ini pihaknya telah menerima laporan daripada pelakon tersebut berhubung kejadian namun semakan mendapati tiada menerima laporan daripada penunggang motosikal.
Dalam pada itu, pihak polis meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan orang ramai yang mempuyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Ameera Khan ada menitipkan ucapan buat ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang disambut hari ini.
Menerusi Instagram, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu turut melayangkan ucapan indah buat nenek tersayang, Bibi Khoteja Yusof.
“Happy mother’s day Mama & Umi. My mama, my bestfriend, i’m so lucky to have your love in my life and your light guiding my steps.
“Thank you for not telling my siblings that im your favourite.
“My sweet grandmother, Umi, you’re the most selfless, caring person in my life. Thank you for still cooking for me on your laziest days and thank you for giving birth to my bestfriend hehe. I love you,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.
Posting yang sudah pun menerima lebih 40,000 tanda suka itu turut disusuli dengan pelbagai komen peminat.
Malah, rata-ratanya memuji foto lama ibu dan neneknya yang digambarkan cantik pada usia muda.
“Lawa dooh! Mace cerito mat salleh jamee dulu-dulu,” puji pengguna Instagram.
“She so pretty omg,” tulis seorang lagi warganet.
“Cantinya nenek dan emak. Patutlah menurun kat Neelofa cantik,” tambah seorang warganet lain.
“Ingatkan Neelofa and your mom dah cantik, rupanya nenek lagi cantik. Patutlah semua cantik-cantik je,” puji seorang individu lain.
“Happy mothers day. Tetap anggun,” tulis seorang lagi.
Foto: Instagram Ameera Khan, Datin Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Faizal Tahir meluahkan rasa jijik dan kesal saat melihat reaksi warga Israel yang didakwa bersuka ria selepas tentera meraka berjaya melakukan serangan menerusi ruang udara Gaza malam tadi.
Jelas Faizal, serangan udara tersebut difahamkan telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang rakyat Palestin dan tiga daripanya adalah kanak-kanak.
“Just look at them. Utterly disgusting.
Just so you know that so far 20 innocent Palestinian civilians have been killed from the airstrikes in Gaza last night including at least 3 children.
“And this is how they react and celebrate. Utterly sick and disgusting behaviour i cannot find the right words to use right now,” tulisnya.
Rasa kesal tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Assalamualaikum Dunia itu menerusi entri di laman Instagram.
Katanya lagi, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan suasana tersebut dengan kata-kata memandangkan apa yang telah dilakukan disifatkan kejam dan tidak berperikemanusian.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga Allah melindungi seluruh rakyat Palestin yang berada di bumi bergolak itu.
“Mungkin sekarang dia rasa dah menang tetapi tidak di akhirat nanti,” tulis seorang individu.
“Pasti Allah akan membalasnya dengan balasan yang lebih dasyat lagi,” komen seorang individu lain di Instagram.
“Allah maha berkuasa. Hari mereka semua akan tiba. Tidak di dunia, di akhirat sudah pasti,” komen individu lain pula.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.