Semenjak menyertai petandingan Muzikal Lawak Superstar musim pertama, hubungan diantara pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini bersama penyanyi, Azmi Saat kini dilihat semakin akrab.
Malah, mereka juga sering kali dilihat ada bersama untuk menjayakan beberapa buah projek khas.
Terbaru, diatas permintaan ramai, Danial ada berkongsi sebuah video yang memaparkan cara Azmi yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) menggunakan telefon bimbitnya untuk kegunaan harian.
“Ramai tanya macam mana @azmi_saat balas whatsapp tengok handphone semua. Ni lah jawapan nye. Hebatkan Azmi,” tulisya.
Jelas Azmi, telefon bimbitnya itu telah pun disertakan dengan sistem pembesar suara yang akan mengenal pasti kesemua butang dan aplikasi yang hendak dia gunakan.
Ads
Katanya lagi, dia juga akan menggunakan deria pendengarannya untuk menaip mesej.
Video berdurasi hampir semint itu dikongsikan oleh Danial menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja selain turut meluahkan rasa kagum melihat kebolehan yang ditunjukkan oleh Azmi.
“SubhanaAllah, maha suci Allah yang menciptakan semuanya,” komen seorang pengguna Instagram.
“Lajunyaaa, aku yang nampak ni pon selalu kena marah dengan suami lambtt balas mesej. Dah la lmbat, typo plak tu. Hebat,” tulis individu lain pula.
Ads
“Biasa nampak dah orang yang x nampak guna serius laju benda tu cakap. Kita pon tak dspst tangkap,” jelas seorang individu.
Terdahulu, Azmi dan Danial kini sedang bergandingan bersama pelawak senior, Shamsul Ghau Ghau bagi program lawak terbaru bersempena bulan Ramadan yang berjudul Gema Lawak Superstar (GLS2021)
GLS 2021 yang dihoskan oleh pelakon, Kamal Adli boleh ditonton pada setiap hari Jumaat pada jam 9 malam di saluran Astro Warna dan Warna HD.
Sumber: Instagram Danial Zaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi saluran YouTube rasmi penyanyi Zarul Umbrella, penyanyi Amy Mastura telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah pengalaman dirinya menceburi dalam dunia penerbangan sebagai seorang pramugari.
Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi telah memulakan karier sebagai pramugari sebelum menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus tidak lama dulu.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Jawapan Kasih ini mendedahkan dia pernah hadir ke temuduga sebagai pramugari syarikat Singapore Airlines sebelum bekerja di langit biru bersama Malaysia Airlines (MAS).
“Saya tak banyak pergi temuduga kerja dan satu-satunya temuduga yang saya pernah pergi adalah temuduga pramugari. Saya pergi temuduga tu bukan sebab nak pergi melancong atau nak pakai kebaya.
“Mula-mula saya pergi temuduga Singapore Airlines, ada sedikit riak tanpa mengenal ukur baju di badan sendiri saya pun pergilah Singapore Airlines punya temuduga.
“Tapi tak dapat sebab tak cukup tinggi lepas tu saya rasa ‘give up’ dan malu sampai tak nak jadi pramugari.
“Selepas itu, tak tahu macam mana Malaysia Airlines hantar surat, agaknya dia dapat nama-nama yang pernah pergi ke temuduga Singapore Airlines,” katanya.
Amy pada masa sama menjelaskan proses tersebut dipermudahkan.
“Jadi dia hantar surat ke rumah untuk hadir ke temuduga Malaysia Airlines lepas tu saya pun pergi, sampai tempah baju kebaya.
“Lepas tu, alhamdulillah dapat dan kalau kita percaya itu rezeki, semuanya akan berjalan lancar,” katanya lagi.
Penyanyi kelahiran Batu Gajah, Perak ini telah memulakan karier sebagai pramugari MAS pada tahun 1989 sehingga 1994.
Mengenang memori, saksikan video temubualnya di sini;
Foto: Instagram Amy Mastura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersyukur diberikan Allah kesempatan untuk kembali bertemu bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam itu, penyanyi Ameng mengakui Ramadan kali ini istimewa apabila dia turut berpeluang mendekati peminat dengan buah tangan terbaru.
Muncul dengan lagu raya berjudul Aidilfitri Yang Ku Rindu, ia pastinya menjadi hadiah berharga buat peminat yang sentiasa menanti kemunculan terbarunya.
Menurut Ameng, lagu itu juga menjadi simbolik silaturahim antara dirinya dan peminat kerana ia dihasilkan oleh peminat setia yang mengikuti perjalanan karier seninya sejak bersama Spring lebih tiga dekad lalu, dikenali sebagai Rash.
“Memang saya pernah merakamkan lagu raya, tetapi usaha sebelum ini tidak memberikan kepuasan jitu kepada diri saya sebagai penyanyi. Dalam projek itu, saya berganding bahu dengan barisan penyanyi popular yang bernaung di bawah pengurusan Sony Music Entertainment, sedikit masa lalu.
“Secara peribadi, saya melihat ada ruang baharu untuk saya teroka kerana saya masih belum mempunyai lagu raya yang betul-betul popular. Di samping itu, saya juga ingin kembali mendekati peminat yang mungkin merindui kemunculan terbaru saya.
“Saya ambil peluang itu dengan merakamkan lagu raya kerana mahu memberikan sedikit kelainan. Secara tidak langsung, usaha saya itu turut memberikan lebih pilihan kepada peminat, selain menambah khazanah komposisi lagu raya baharu untuk dinikmati pencinta muzik,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu masih mengekalkan genre muzik yang sinonim dengan dirinya iaitu pop balada.
“Sebagai peminat fanatik kumpulan Spring, Rash sangat memahami cara nyanyian dan genre lagu yang saya hasilkan ketika bersama kumpulan itu.
“Untuk memastikan sentuhan ini memenuhi kriteria yang saya inginkan, saya turut memberikan idea dari segi komposisi melodi kerana saya mahukan keselesaan ketika rakaman.
“Dengan pengalaman yang ada, saya dan Rash berkongsi idea serta mencari titik tengah kerana mahukan proses penghasilan lagu ini memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Ameng juga percaya, lagu ini bakal menjadi pilihan peminat setia yang merindui kemunculan terbarunya, meskipun dia menghadirkan karya yang sedikit berbeza.
“Kebanyakan lagu raya menyuntik elemen nostalgia dan kemelayuan dengan mengetengahkan genre muzik tradisional dan seperti asli, joget serta keroncong.
“Saya pula memilih untuk tampil dengan genre balada kerana muzik seperti itu adalah cerminan jiwa saya,” katanya lagi.
Sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak, dia juga begitu teliti dalam pemilihan lagu. Namun pada satu sudut, dia juga perlu mengimbangi antara kemahuan peribadi dan kehendak peminat.
“Saya perlu akur dengan selera peminat, tetapi pada masa sama cuba menghasilkan karya yang mengikut peredaran zaman, tanpa mengetepikan identiti muzik yang sinonim dengan diri.
“Pada asalnya, melodi lagu ini kedengaran sangat berbeza dengan apa yang dirakamkan.
“Memandangkan saya agak teliti dalam pemilihan lagu, saya tidak kisah mengambil sedikit masa untuk memastikan lagu ini memenuhi kriteria yang saya inginkan.
“Kerja penghasilan lagu ini mengambil masa hampir setahun kerana ia melalui beberapa proses tambah baik. Hanya selepas betul-betul berpuas hati, baru saya mengambil keputusan untuk merakamkannya,” katanya.
Tidak menafikan, tempoh promosi untuk lagu raya agak terbatas memandangkan ia hanya diputarkan pada musim perayaan.
Ameng bagaimanapun yakin, Aidilfitri Yang Ku Rindu bakal bertahan, seterusnya menjadi pilihan peminat setiap kali lebaran menjelma.
“Aidilfitri Yang Ku Rindu mempunyai nilai sentimenal yang tersendiri dan saya percaya, ia mampu merentas sempadan masa untuk terus menjadi pilihan peminat setiap kali musim perayaan tiba.
“Saya berharap pencinta industri muzik bersikap lebih terbuka dan terus memberikan sokongan terhadap karya terbaru saya, meskipun lagu raya nostalgia lebih mendapat tempat kerana sudah sebati di pendengaran ramai.
“Lagu baharu akan tetap ada kerana sebagai pengkarya, kami perlu sentiasa mencuba dan menghasilkan karya untuk terus memajukan industri muzik.
“Secara peribadi, saya tidak terlalu mengharapkan penerimaan yang luar biasa, tetapi saya percaya sudah memberikan yang terbaik seperti yang dimahukan peminat,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai kenyataan yang menyifatkan kebanyakan masalah rogol yang berlaku ketika ini adalah daripada sikap mangsa yang mengenakan pakaian mencolok mata.
Jelasnya, mana-mana lelaki pun tidak akan dapat menahan nafsu mereka sekiranya terlihat wanita yang terdedah auratnya.
“Dah kene rogol tak payah nak salahkan orang yang rogol kaulah. Kalau pakaian kau pon dah buat orang bernafsu dengan kau, bangga tayang body?
“Nk tunjuknya body cantik yang tidak akan kekal lama tu?
“Ape guna Islam suruh tutup aurat betul-betul kalau sendiri tak ikut? Tanyalah laki mana-mana semua akan bernafsu tengok,” tulis seorang individu.
Kenyataan tersebut ternyata mengundang reaksi ramai termasuklah pengacara dan penyampai radio, Hanif Hamzah.
Jelas Hanif, individu berkenaan tidak sepatutnya menyifatkan seluruh lelaki di dalam dunia ini adalah sama kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza.
Malah penyampai radio Era itu turut menambah, tiada gunanya dilahirkan sebagai seorang orang Islam sekiranya kita tidak mampu untuk menjaga nafsu dan pemikiran kita.
“Kau jangan sama kan aku dengan kau. Jangan pukul habis semua lelaki. Aku jaga nafsu aku. Apa guna Islam kalau otak kau kotor,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Hanif selain turut menyifatkan mentaliti tersebut hendaklah diubah.
Sumber: Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.