Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli berkongsi tangkap layar ‘perbualannya’ bersama anak sulung, Aqeef Anaqi yang kini sudah mencecah usia lima tahun.
Meski membalas menggunakan pelbagai abjad kerana belum mahir menulis, namun sebagai Ibu, Amyra terharu apabila Anaqi dilihat ada usaha untuk berkomunikasi dengannya ketika waktu bekerja.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting. Love you son,” tulis Amyra ringkas menerusi kapsyen Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ada peminat yang memuji perkembangan Anaqi selain ada yang turut berkongsikan pengalaman bersama anak masing-masing.
Ads
Untuk rekod, Amyra dan suami yang juga pelakon Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan selain Anaqi, pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya perempuan, Ayra Aryssa yang lebih setahun usianya.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mendedahkan emosi isterinya, Nazirah Muhammad masih lagi belum stabil selepas pemergian anak, Khairul Afnan Khairul Azmi yang meninggal dunia pada 30 September lalu.
Menurut Azmi, dia akan isteri sehingga kini masih menziarahi pusara arwah Afnan.
“Alhamdulillah sekarang saya okey, cuma saya dan isteri akan ke pusara arwah anak sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa yang penting adalah untuk tenangkan emosi isteri memandangkan kami jarang ada masalah dalam rumah tangga.
“Bagi saya, soal kehilangan adalah masalah yang paling besar terjadi. Mungkin sebab kami menunggu zuriat sudah lama, jadi apabila dia (anak) pergi sudah pasti ia satu kerinduan berat.
“Malah, ada ketikanya dia tiba-tiba akan menangis rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata. Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memeluknya dan meminta dia untuk bersabar atas ujian daripda-Nya,”’katanya.
Azmi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kempen Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah di Kajang, Selangor.
Menurutnya lagi, buat masa ini dia belum merancang untuk mengambil anak angkat atau meminta isterinya menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata baru.
“Setakat ini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat kerana soal zuriat perancangan Allah SWT.
“Lagipun usia kami masih mampu untuk merancang zuriat. Saya bimbang kalau ambil anak angkat nanti, tiba-tiba ada anak sendiri dan risau akan terbahagi kasih sayang itu.
“Jadi seeloknya saya tunggu saja rezeki daripasa Ilahi. Mengenai rawatan IVF pula memang ada berbincang dengan isteri tapi belum ke fasa serius,” katanya.
Terdahulu Azmi hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas anaknya terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September tahun lalu akibat kegagalan fungsi otak.
Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menggunakan elemen air sebagai konsep persembahannya, persembahan Marsha Milan di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) menerusi lagu Cinta, Ahad lalu kini trending nombor satu di YouTube.
Sehingga hari ini, ia sudah pun menerima hampir 2 juta tontonan di saluran YouTube TV3 MALAYSIA Official dengan disusuli komen pelbagai pelayar.
Rata-ratanya memuji persembahan penuh emosi Marsha selain ramai akui lagu ciptaan suami isteri, Hang Nadim dan Bunga Cantik ini cukup dekat dengan jiwa pendengar.
“Gabungan Marsha, Stacy dan Akim memang mantap dan padu. Tahniah Marsha, Stacy & Akim dan team. Goosebumps. Juara di jiwa peminat. Outstanding performance.”
“Previously she only performed as opening act on AJL but not this year. She aimed and SHE NAILED IT!! BRAVO MARSHA.”
“Suka dengan lirik lagu ni. Kadang-kadang bila kita hilang arah, macam-macam kita buat. Kita ingin mencari Tuhan, tapi kita lupa untuk berdoa atau menutup mata untuk merasai kehadiranNya yang sentiasa ada dekat dengan kita.”
“Marsha has gone a long way as an underated singer. But this grand performance was her way of telling. LIHATLAH DUNIA. Kudos to Akim and Stacy to write such a unique song. Also Tok Ram to conduct a very mystify orchestral arrangement.”
“Teknik nyanyian, penjiwaan, persembahan pentas, dan penampilan yang sebegini yang perlu dikekalkan untuk AJL, supaya masih relevan untuk ditonton. Jika yang lepas ada Dayang Nurfaizah memperkenalkan konsep ini, seterusnya adalah Marsha dan diharap menyusul pendatang yang baru menggunakan konsep MAHAL yang sebegini.”
Itu antara komen yang ditinggalkan pelayar menerusi ruangan komen di YouTube.
Terdahulu media sebelum ini melaporkan, Marsha pada ketika itu sebenarnya berdepan masalah batuk kesan jangkitan Covid-19 yang dialaminya sebelum ini.
Dia juga masih dalam proses pemulihan daripada Covid-19 berkata, masalah batuk itu sedikit-sebanyak mengganggu tumpuannya.
“Kalau diikutkan, saya kurang berpuas hati dengan persembahan saya sebab saya menahan batuk. Dalam banyak-banyak malam, malam ini (semalam) saya diduga dengan batuk ini.
“Sewaktu membuat persembahan, tiba-tiba pula tekak rasa gatal. Apapun, semuanya sudah ditentukan,” katanya yang turut menyifatkan persiapannya menuju AJL36 bukanlah satu perjalanan mudah.
Lagu Cinta berjaya menduduki tempat kedua AJL36 melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pembaca berita, Ezreena Amir Hamzah mendedahkan dirinya kini sudah bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya.
Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya mula terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab selepas abangnya diserang lumpuh separa badan Febuari lalu.
Katanya lagi, dia juga berharap agar perubahannya itu dapat menjadi salah satu asbab buat abangnya untuk kembali sembuh.
“Apa yang membuat saya berubah?
Kisahnya begini.
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pembaca berita Buletin Utama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
Tanggal 1 Mac yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yg tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqomah selepas ini.
Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezreena Amir Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.