Usahawan dan pempengaruh popular, Puteri Zarith mengakui dirinya sudah penat dan tertekan susulan kes perceraiannya dengan Dr Munzir Shkori kini berlarutan lebih setahun.
Puteri berkata, setiap kali menghadiri perbicaraan di mahkamah dia sentiasa berdoa agar kes membabitkan rumah tangganya dapat diselesaikan dengan cepat.
“Saya ingatkan semalam boleh selesai (bercerai) tapi tidak seperti yang diharapkan. Saya akui sudah penat dan mental saya agak terganggu setiap kali berada di mahkamah. Saya begitu berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Sebenarnya saya sudah berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental saya dan doktor memberitahu saya mengalami tekanan setiap kali ada masalah datang.
“Walau bagaimanapun saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Saya sendiri pun tiada jawapan kenapa kes ini berlarutan begitu lama, jawapannya hanya ada di tangan suami,” katanya.
Ads
Walaupun berdepan dengan ujian, Puteri Zarith bagaimanapun bersyukur kerana dikelilingi sahabat yang sentiasa mengambil berat terutama rakan baiknya yang juga aktres, Nora Danish.
“Nora sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta saya fokus kepada kehidupan dan keluarga.
“Bayangkan saya yang terlebih dahulu berdepan masalah tapi dia juga berdepan ujian yang hebat. Saya sendiri pun tak tahu masalah yang dihadapi sehinggalah dia beritahu pada media baru-baru ini.
Ads
“Selain Nora, ramai juga rakan-rakan artis yang mendoakan dan sanggup buat solat hajat supaya kes ini berjalan dengan lancar.
Walaupun saya cuba senyum setiap kali buat siaran langsung di media sosial, tapi hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya sekarang ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei tahun lalu.
Ads
Puteri dan Dr Munzir berkahwin pada 1 Januari 2009 dan hasil perkongsikan hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hampir 15 tahun bercerai, Rossa akhirnya membuka mulut mengenai kisah perceraian di antara dirinya dengan bekas suami, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali Yoyo.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Pudar itu dalam sesi temubual bersama Denny Sumargo.
Dikongsikan oleh Rossa, sebelum bercerai secara rasmi, dia dan Yoyo sebelum itu telah terlebih dulu duduk berasingan selama setahun.
Dalam waktu itu, mereka sama-sama menahan diri sebelum Yoyo kemudiannya memfailkan perceraian terhadap Rossa.
Salah satu momen yang paling menyakitkan ketika itu apabila dia mengetahui aduan perceraian itu terjadi saat dirinya sedang melangsungkan konsert di Kuala Lumpur.
“Sewaktu disolek di belakang pentas, peguam datang dan memberitahu kepada saya bahawa aduan perceraian sudah sampai ke pihak mahkamah,” ujar Rossa mengingat kembali momen tersebut.
Menjadikan suasana lebih sayu, lagu yang akan dinyanyikan Rossa selepas itu adalah lagu Hati Yang Kau Sakiti. Menangis saat melantunkan lagu tersebut, peminat menyangkakan dia menghayati lirik tanpa mengetaui perkara yang terjadi di sebalik tabir.
Walau bagaimanapun, menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, keputusan untuk bercerai adalah yang terbaik untuk dirinya dan Yoyo. Dia juga merasakan rumah tangganya tidak mampu bertahan lagi meskipun kedua-dua mereka mencuba bertahan.
“Yang terbaik memang berpisah, kerana kalu tidak berpisah semakin tidak baik buat kedua-dua pihak,” kongsinya lagi.
Walaupun berpisah, hubungan di antara Rossa dan Yoyo kini baik. Hasil perkongsian hidup mereka memiliki seorang cahaya mata, Rizky Langit Ramadan yang bakal menginjak usia 18 tahun Ogos ini.
Sehingga kini video tembual Rossa bersama Denny Sumargo telah mendapat tontonan lebih 2.1 juta.
Terharu dengan komen-komen positif yang ditinggalkan peminatnya pada video tersebut, Rossa dalam hantaran terkini di Instagram berkata, “Aku jadi sedih membaca semua komen di podcast Denny Sumargo. Terima kasih segala doa baik untuk saya dan anak. Yang sama juga buat anda semua.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Ammar Titan akui kini agak selektif dalam soal pemilihan tawaran kerja selaku anak seni.
Menurut Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, dia kini mahu memastikan sesebuah tawaran itu berbaloi untuk diterima sesuai dengan pengalaman dan kebolehannya.
“Saya bukan memilih karya. Namun, saya perlu ambil kira sama ada tawaran tersebut berbaloi atau tidak.
“Dahulu mungkin saya terima apa sahaja jenis tawaran, tapi kini walaupun saya bukan nama besar, saya kena pastika ia berbaloi.
“Penontan hanya nampak apa yang keluar di tv sahaja. Sebaliknya, ada minyak kereta yang harus dibayar, usaha dan masa yang dihabiskan,” katanya kepada MH.
Bekas penyampai radio Hot FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Siapa Buka Lampu yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, Ammar turut memaklumkan selain bergelar anak seni, dirinya juga kini sudah pun menceburi bidang insuran.
“Ya, saya kini ejen insuran. Pada akhirnya, saya yang bayar bil saya sendiri, orang yang bercakap tidak akan membayar bil-bil saya. Melainkan mereka berikan saya tawaran kerja.
“Saya buat perkara yang harus saya lakukan,” katanya lagi.
Katanya, meskipun mempunyai reputasi sebagai selebriti, Ammar memaklumkan pekerjaan sebagai ejen insuran ini mempunyai cabaran yang tersendiri.
“Mudah atau tidak itu perkara subjektif. Bila bercakap soal insuran ini, ini turut berkait dengan kepercayaan.
“Mungkin orang sudah percaya saya sebagai seorang pelakon dan pelawak tapi mereka belum percaya saya sebagai seorang yang menguruskan kewangan.
“Saya suka pekerjaan ini kerana dapat bantu orang. Saya boleh bagi mereka jalan penyelesaian terhadap masalah mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ammar menjelaskan dirinya tidak mempuyai masalah untuk membahagikan masa melaksanakan dua pekerjaan ini.
“Kerja ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ketika aktif berlakon dahulu, ada juga tempoh yang kita tidak bekerja langsung.
“Jadi, kini saya boleh bahagikan masa. Bila kerja melibatkan lakonan dan pengacaraan, saya akan fokus. Bila saya lapang, saya boleh buat kerja insuran pula,” akhirinya.
Terdahulu, Amar merupakan antara tunjang utama filem Siapa Buka Lampu bersama-sama barisan pelakon seperti Qasrina Karim, Gheetha Ammasee, Issey Fazlisham dan Gesya Shandy.
Filem seram komedi ini merupakan karya gabungan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia daj Thailand.
Siapa Buka Lampu yang diarahkan oleh Reka Wijaya ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Julai ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah terkenal Michael Ang terkilan dengan tindakan segelintir pihak terutamanya golongan berpengaruh yang mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti penipuan dalam bentuk derma demi kepentingan peribadi.
Menurut Michael, tambah menyedihkan apabila golongan ini sanggup menggunakan agama demi mengaburi mata orang ramai.
“OMG! Influencers pun scammer derma? Saya rasa semua scammer ni kena dihentikan.
Cara untuk hentikan ada satu cara sahaja iaitu diri kita.
“Kita tak boleh dah nak percaya pada derma-derma pempengaruh, individu dan terutama sekali yang mengunakan agama, program agama, ahli politik atau mamat-mamat dekat Tik Tok yang asyik hentam orang politik lepas kena tangkap terus mintak derma untuk peguam dan sebagainya,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pengarah drama Janga Lupa Janji itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Michael turut menyerukan kepada semua pihak untuk mengutamakan keluarga dan orang terdekat sekiranya ingin menyalurkan derma.
“Lagi baik kita derma dan tolong orang yang terdekat dengan kita dan kaum keluarga. Apapun, tolonglah keluarga dahulu sebelum nak tolong orang lain.
“Kita menderma untuk tolong orang yang memerlukan tapi diorang yang berbanglo dan kereta mewah lima enam buah. Lepas tu bertutup litup dan guna nama Allah.
“Manusia jenis apa ni eh? Lebih teruk berbanding binatang namanya. Orang menderma sebab mereka nak tolong tapi mereka mengambil kesempatan. Keji,” ujarnya lagi.
Awal pagi tadi, media melaporkan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dan dua lelaki lain akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi membantu siasatan kes menyeleweng kutipan derma.
Memetik sumber Sinar Harian, tahanan reman tersebut dibuat berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.