“Putera Sulung Kami Noah Eusoff,” – Ameer Forteen Selamat Terima Anak Sulung

Share

Anggota kumpulan Fourteen, Ameer berkongsi berita gembira apabila selamat menerima kehadiran cahaya mata pertama tanggal 14 Mac lalu. Dia turut mendedahkan nama putera sulung, Noah Eusoff di laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan Putera Sulung kami Noah Eusoff @ameerais.naja.jr , semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungaNya. Amin, Amin Yarabbalamin.

🤲🏻 👶🏻🍼♥️😍😍😍😍😍 #NoahEusoff

#AmeeraisNajaJunior

#babyforteen,” kongsinya.

Rata-rata netizen teruja melihat wajah bayi yang dikongsikan dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Sekadar imbasan, Ameer 

diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar pada 1 Mac tahun lalu di Kuala Lumpur.

Foto : Instagram Ameer

IKLAN