Ads

“Puak AADK Panggil Nama Kami. Dengan Bangganya…,” – 9 Tahun Lalu, Niena Baharun Dedah Pernah Jalani Ujian Saringan Air Kencing Bersama Rakan Baik!

Pelakon cantik, Niena Baharun ada berkongsi momen lucu pada zaman persekolahan sekitar sembilan tahun lalu menerusi Instagram.

Menerusi kapsyen yang ditulis terhadap dua keping foto throwback bersama rakan baiknya itu, pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini mendedahkan, dia pernah dipanggil guru disiplin bagi menjalani ujian saringan air kencing.

“Dulu kami selalu berkepit sampai ada satu kisah masa zaman sekolah kami kena panggil dengan cikgu disiplin.

“Tatau apa cite tetiber kena panggil masuk dewan untuk urine test okey. Haa masa tu puak AADK dah ada tengah prepare nak urine test pelajar yang dipanggil,” tulis Niena.

Ads

Pada masa sama, bintang berusia 26 tahun itu turut memberitahu ujian tersebut dilakukan bersama rakan pelajar lain yang dipanggil.

“Dalam dewan tu rasanya muka kitorang je yang berjenis sikit. Bila turn kitorang dipanggil, ikut la apa yang dieorang suruh.

“Ok lepas tu tunggu result. Masa tu cikgu disiplin bukan main lagi tunggu dengan muka tak puas hati nak tahu result kami sangkut ke tak.

Ads

“Last last, puak AADK panggil nama kami. Dengan bangganya dieorang bagitahu kami negative! Huhu masa tu kami tepuk tangan senyum lebar laaa.

“Selepas kejadian tu, baru cikgu tu ok kalau jumpa kami dekat sekolah. Tapi sampai sekarang kami tatau sebab apa kami kena panggil.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Adakah muka kami macam budak budak nakal?,” tulis Niena panjang lebar sambil bertanya sama ada pengikutnya di Instagram juga pernah mengalami situasi sama.

Memori zaman persekolahan pasti ada sesuatu untuk dikenang…

Foto: Instagram Niena Baharun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Dialah Kawan Baik & Kawan Gaduh Saya,” – Siti Nordiana Berat...

Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.
error: Hello. Cannot.