Penyanyi Haqiem Rusli baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila dia merancang untuk menamatkan zaman bujang, hujung tahun ini.
Penyanyi yang kini muncul menerusi lagu Mimpi itu bercakap mengenai perkara itu semasa melakukan sesi live di laman Instagram miliknya.
Sementara itu, menerusi Twitter pula, Haqiem ada memberikan respon kepada ciapan peminat yang nyata gembira dengan pengumuman tersebut.
“Positive feedback, seriously, im so happy! Thank You!,” tulisnya ringkas.
Ads
Bagaimanapun setakat ini, bintang muda itu belum mendedahkan identiti gadis yang bakal bergelar isteri selain tarikh spesifik perkahwinan mereka berdua.
Ads
Namun, Haqiem pada sesi ‘live’ mendedahkan dia telah pun selesai menyertai kursus kahwin sebelum ini.
“In shaa Allah pada hujung tahun ini saya akan menamatkan zaman bujang” – Haqiem Rusli pic.twitter.com/I1qn5dtIzI
Penyanyi Aliff Iskandar memaklumkan keadaan dirinya kini beransur baik setelah disahkan positif Covid-19 kira-kira seminggu lalu.
Dia yang kini sedang berada di pusat kuarantin di MAEPS Serdang, bagaimanapun masih perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar sedikit masa lagi.
Berkongsi gejala awal, Aliff yang mula dikenali menerusi single, Perit mendedahkan, dia alami demam dan tidak sedap badan sejak 28 April lalu dan terus melalukan ujian calitan di sebuah klinik swasta pada keesokan harinya sebelum disahkan positif sehari kemudian.
“Memang saya alami demam panas, sesak nafas, batuk dan sakit kepala pada waktu itu. Saya pengsan tiga kali di rumah.
“Tapi saya tak tunggu lama dan terus melalukan ujian calitan memandangkan keadaan tersebut tidak pernah dialami sebelum ini.
“Bila dapat sahaja keputusan, klinik tersebut terus memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ambulans malam itu juga ‘jemput’ untuk dikuarantin di MAEPS Sedang,” katanya.
Sementara itu, Aliff menambah, rakan serumahnya juga sudah melakukan ujian calitan dan mereka didapati positif seminggu kemudian.
Manakala pihak pengurusan tempatnya belajar juga sudah melakukan beberapa saringan untuk mengenal pasti kontak rapat.
Dalam pada itu, Aliff menyatakan yang dirinya sudah semakin sihat daripada wabak berkenaan. Gejala demam dan batuk yang dialaminya juga sudah pulih dan dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada tempat tersebut.
“Memang keadaan saya agak lemah pada peringkat awal. Tapi beberapa hari kemudian semuanya semakin baik dan saya dapat rasakan perubahan itu. Saya beruntung kerana tidak mengalami komplikasi yang serius.
“Di sini saya diberikan layanan baik dan kami sama-sama membuat pelbagai aktiviti seperti mana yang disarankan oleh petugas kesihatan. Jangan takut, semuanya akan baik-baik saja, insya-Allah,” katanya lagi.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuknya lebih berhati-hati selepas ini, Aliff memohon maaf kepada kontak rapatnya yang terpaksa melakukan kuarantin kendiri setelah dirinya disahkan positif.
“Saya minta maaf kerana menyusahkan rakan-rakan yang lain. Tidak ada siapa mahu menerima dugaan sebegini tapi saya reda.
“Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat terutamanya keluarga dan sahabat yang sudah mengetahui perkara ini.
“Untuk mereka yang berada di luar sana, jaga diri, jaga jarak dan ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita jaga diri, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.
Aliff merupakan artis naungan Indigital Music dan baru sahaja melancarkan lagu Sedar Ku bersama Syahmi Irfan, Syafiq Naser dan Killa Driz sempena Ramadan.
Selepas ini, dia bakal muncul menerusi single berjudul Takdir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit popular, Fadzil Teh meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pelakon tanah air yang disifatkan terlalu berkira dalam isu mempromosikan drama atau filem lakonan mereka sendiri di laman media sosial peribadi.
Menurut Fadzil atau lebih mesra disapa Haji Zil, ada juga diantara mereka yang enggan melakukan perkara sedemikian kerana bimbang ia akan menjejaskan struktur posting di laman media sosial milik mereka.
“@beingsalmankhan hari hari promo filem dia. Artis kita nak promo filem sendiri pun malaih.
“Katanya kotoq ig macam la hang tu duta projek juta juta. Kadang artis Malaysia ni bodoh ls,” tulisnya.
Luahan tersebut disuarakan oleh pemilik syarikat Zeel Production itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Malah, Haji Zil turut memuji bintang Bollywood, Salman Khan yang dilihat tidak jemu-jemu mempromosikan filem lakonannya di laman Instagram miliknya sendiri.
Katanya lagi, sekiranya barisan pelakon kerap mempromosikan filem atau drama lakonan mereka di platform media sosial peribadi, perkara tersebut tetap akan memberikan kebaikkan dan keuntungan buat mereka dikemudian hari.
“Depa tak tau if drama ke filem depa ka meletop yang dapat job banyak yang harga naik depa.
“Meluat dengan kerenah artis artis mcm ni,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan yang diberikan oleh Haji Zil selain turut berharap agar ia dapat memberi kesedaran buat pelakon-pelakon yang lain.
Sumber: Instagram Haji Zil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya hari ini menitipkan dedikasi buat isteri tercinta, Nurul Anati Ismail bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
Sambil menyifatkan masa berlalu begitu pantas, Fedtri turut mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali sepanjang melayari bahtera rumah tangga.
“Salam Jumaat. Alhamdulillah, today is our 10th anniversary. Pantas waktu berlalu, sudah satu dekad berjuang membina kehidupan bersama isteri danempat orang cahaya mata.
“Empat kali bertarung nyawa melahirkan. Empat kali juga pernah keguguran. Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran,” tulisnya.
Fedtri yang memberikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram turut berterima kasih atas doa yang dipanjatkan buat mereka seisi keluarga.
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...